Alhamdulillah…Penyatuan Ummah untuk Islam Melayu Bumiputera Malaysia

_*ASSALAMUALAIKUM WBT*_

Melihat kembali sejarah orang Melayu, orang Melayu akan bersatu apabila tertekan dan saya yakin gelombang yang sama akan berlaku kali ini menerusi Penyatuan Ummah UMNO dan PAS.

Kita bimbang tentang agenda meminggirkan Islam dan agenda meminggirkan orang Melayu yang ada pada pentadbiran kerajaan sekarang.

Penyatuan Ummah bukan sahaja melibatkan UMNO dan PAS tetapi juga melibatkan keseluruhan orang Melayu.

Penyatuan ummah ini merupakan kebangkitan rakyat menentang kerajaan yang gagal menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam.

Terima kasih kepada mereka yang telah menghadiri Ceramah Perdana, Himpunan Penyatuan Ummah, PWTC semalam. Tahniah saya ucapkan!

*DSIS*

Categories: Politic