*APA KAITAN KES TEMBAKAN KEJAM DI CHRISTCHURC NEW ZEALAND DENGAN PENYATUAN UMMAH UMNO/PAS? LAGI KENYATAAN BIADAP PEMIMPIN DAP.*

*KITA RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA SERANGAN KEJAM KEATAS 2 MASJID DI CHRISTCHURCH NEW ZEALAND*

ASSALAMUALAIKUM WBT

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*KETUA PEMBANGKANG*

https://dsismailsabri.com/apa-kaitan-kes-tembakan-kejam-di-christchurch-new-zealand-dengan-penyatuan-umno-pas-jelas-dap-takutkan-bayang-penyatuan-ummah/

8 Rejab 1440H/15 Mac 2019

Melihat kepada perkembangan terkini insiden tembakan rambang yang berlaku di dua masjid di Christchurch New Zealand hari ini amat menyedihkan kita.

Jika benar objektif serangan merupakan dendam dan perkauman keagamaan maka kita merasakan ianya sebagai alasan yang tidak boleh diterima akal kita sebagai rakyat yang menikmati keamanan dan kemakmuran disebuah negara seperti Malaysia.

Apa jua alasan serangan itu , kita mengutuk sekeras-kerasnya disamping mengharapkan keadaan saudara Islam kita di New Zealand dan rakyat Malaysia khususnya berada dalam keadaan yang terkawal dan selamat.Sama-sama kita mendoakan keselamatan mereka.

*Cuma saya amat kesal dalam insiden sebegini ada pihak yang melihat dari sudut yang salah seperti seorang ADUN DAP Mengkibol YB Chew Chong Sin yang mengaitkan Penyatuan Ummah UMNO/PAS.Apa kaitannya? Mangsa yang terbunuh adalah dari kalangan Islam.Pelaku atau penembak pula dari bukan Islam.Kenapa dikaitkan dengan keganasan Islam?Jadi, apa kena mengena dengan mengaitkan kerjasama UMNO/PAS?*

Kononnya penyatuan ini dibimbangi boleh menimbulkan kecenderongan politik agama dan kaum semata.Kebimbangan Chew juga dengan Penyatuan Ummah UMNO/PAS yang didakwa menimbulkan naratif berkisar mengenai isu agama dan kaum merupakan pandangan yang mencerminkan kebimbangan sebenar DAP kepada penyatuan Islam Melayu Malaysia yang bakal menguburkan politik jahat mereka.

Akhir-akhir ini terlalu banyak kenyataan dari pemimpin DAP yang amat jelas sedang meluahkan kebimbangan mereka kepada penyatuan antara UMNO dan PAS tanpa sedar dan berselindung disebalik alasan kebimbangan akan mencetuskan pertembungan agama dan kaum di Malaysia.

Pertanyaan saya kepada pemimpin-pemimpin DAP ialah kenapa mereka harus bimbang kepada penyatuan islam melayu ini? Apakah sejarah dibeberapa buah kerajaan negeri yang selama ini diperintah oleh BN(UMNO sebagai parti dominan) dan PAS di Kelantan,Terengganu sebelum ini di Kedah dan Perak telah membuktikan rakyat bukan melayu dan islam tidak pernah diabaikan atau menjadi mangsa kezaliman kepada pemerintahan 2 parti Islam Melayu terbesar di negara ini.

Kebimbangan ini bukan kebimbangan rakyat tetapi kebimbangan pemimpin DAP yang tahu mereka akan kehilangan kuasa satu hari nanti apabila Penyatuan Ummah ini berjaya menyatukan seluruh Islam dan Melayu.DAP bakal kehilangan sokongan dibanyak tempat dan bakal kehilangan kuasa yang mereka nikmati hari ini hasil dari perpecahan Islam Melayu yang mereka cipta. *Jelas kenyataan biadap mereka ini datang dari pemikiran rasis dan anti-islam dari pemimpin-pemimpin DAP.*

Tidak seharusnya insiden yang berlaku di negara luar dikaitkan dengan perkembangan politik negara kita yang jauh berbeza.Disebabkan keamanan dan nikmat bernegara inilah MCA dan MIC masih bersama BN sehingga hari ini.Ini bukti bahawa Penyatuan Ummah UMNO/PAS tidak mengetepikan rakan bukan islam untuk terus menjadi sebahagian dari rakan seperjuangan untuk membina negara majmuk dari pelbagai kaum dan agama.

*Disamping mengutuk sekerasnya serangan rambang di ChristChurch di New Zealand ,saya juga mengutuk kenyataan jahat dan tidak bertanggungjawab ADUN DAP MENGKIBOL yang jelas sekali lagi merupakan usaha provokasi terbuka pemimpin DAP terhadap orang bukan melayu untuk menakutkan mereka terhadap penyatuan UMNO/PAS.Kita tahu LGE telah memulakan provokasi ini dan disambut oleh beberapa pemimpin lain seperti Nga Ko Ming dan Pengerusi DAP Sarawak dalam isu menyamakan kerjasama UMNO/PAS akan berlaku pemerintahan seperti Taliban di Afganistan dan hari ini kita lihat ADUN DAP MENGKIBOL pula meneruskan provokasi terbuka sebegini.*

Dari siri dan episod kenyataan-kenyataan provokasi dari pemimpin-pemimpin DAP ini saya mendesak kesemua mereka memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Saya menggesa agar pihak PDRM di bawah KDN melihat provokasi ini sebagai satu perkara serius yang harus ditangani dengan segera.Jangan hingga ada pihak yang melakukan penghukuman mereka sendiri apabila provokasi demi provokasi tidak ditangani dengan pantas dan tuntas.Perkara ini harus dibendung segera bagi mengelak kepada terjadinya perpecahan kaum yang lebih serius.

_*#penyatuanumno/pas*_
_*#penyatuansemuakaumdanagama*_

Categories: Uncategorized