Author: admin

TIADA “DUIT RAYA” – PENEROKA KECEWA DAN RASA TERTIPU.

*TIADA “DUIT RAYA” – PENEROKA KECEWA DAN RASA TERTIPU*ASSALAMUALAIKUM WBT18 Ramadhan 1440H/23 Mei 2019*ISMAIL SABRI YAAKOB**Ketua Pembangkang Malaysia**Naib Presiden UMNO*Kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi YB Dato Seri Mohamad Azmin Ali tiada “duit raya” untuk Peneroka sangat mengecewakan seluruh warga peneroka.Tidak seperti Kerajaan BN sebelum ini walau apa kedudukan kewangan Felda tetap mereka diutamakan terutama dalam keadaan kos sara hidup yang makin meruncing menjelang Syawal.Setidaknya ada sedikit saguhati untuk mereka berbelanja dalam persiapan raya.Ketika pemerintahan BN .Felda mampu memberikan duit raya RM450/500 dan Duit Bonus RM350.Setidaknya jumlah ini mampu meringankan keluarga peneroka menjelang Aidilfitri.Peneroka menunggu-nunggu duit raya kerana memang setiap tahun mereka terima duit raya dan bonus raya.Lebih-lebih lagi di dalam waktu harga sawit yang rendah sekitar RM350 setiap tan untuk buah tandan segar seperti ini mereka sangat mengharapkan pemberian duit raya tersebut.Ditambah dengan kenaikan kos barangan di pasaran menambah perit mereka.Pendapatan mereka hari ini kadang-kadang kurang RM700 dan ada yang hanya berbaki RM50 selepas di tolak hutang, upah ladang, sewa lori, baja dan lain-lain.Dulu sewaktu BN memerintah segala pembayaran hutang ditangguhkan jika pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.Hari ini walaupun pendapatan kurang tapi potongan hutang tetap dikenakan.Saya bersama rakan-rakan pembangkang bawa perkara ini dalam parlimen untuk pihak kementerian mengkaji cadangan supaya menangguhkan potongan hutang jika pendapatan kurang dari RM1,500.Akhirnya Menteri janji untuk tangguhkan pembayaran hutang namun pendapatan mereka tetap dipotong untuk pembayaran hutang.Jika diikutkan janji Pilihanraya 14 PH berjanji untuk hapuskan hutang.Namun sekarang bukan sahaja hutang tidak dihapuskan tapi pendapatan kurang RM1,500 pun hutang tetap dipotong.Bagi peneroka yang sedang tanam semula.Pinjaman Sara Hidup sewaktu Kerajaan BN sebanyak RM1,500 sebulan.Walaubagaimana pun kadar tersebut dikurangkan kepada RM1,000 selepas PH ambil alih pemerintahan.Difahamkan ada cadangan untuk kurangkan kepada RM750.Saya membangkitkan isu ini dalam parlimen supaya kekalkan RM1,500 sepertimana sebelum dan Menteri Ekonomi di dalam membentangkan Kertas Putih telah berjanji untuk menaikkan semula kepada RM1,500.Namun sehingga hari ini masih kekal RM1,000.Tiada tindakan segera dari kerajaan PH dalam melaksanakan apa yang sudah mereka janjikan.Bukan itu saja malah ada potongan lain seperti untuk keceriaan kampung dan lain-lain menjadikan baki RM900 sahaja.Bagi peneroka yang menanam semula dengan Technoplant sebuah anak Syarikat Felda, pendapatan mereka terjejas kerana kegagalan Technoplant menguruskan ladang dengan baik.Kegagalan tersebut menyebabkan hasil ladang makin berkurang.Menteri hanya beri sedikit harapan berkaitan Pinjaman Sara Hidup dan Bayaran Pendahuluan Hasil tetapi ianya masih tidak dapat mengembirakan peneroka yang semakin tertekan berdepan persiapan raya yang tidak lama lagi.Alasan kedudukan kewangan negara yang tidak mengizinkan untuk diberikan “duit raya” merupakan alasan yang tidak dapat diterima oleh peneroka.Seperti ada sesetengah pendapat jika BN masih memerintah pada hari ini sudah pasti akan ada duit raya walau apa kedudukan ekonomi negara.Kenapa BN boleh bagi?Kerajaan yang dikatakan rasuah boleh bagi “duit raya” tapi kerajaan yang kononnya bersih tak mampu bagi “duit raya”.Sudah jadi terbalik.Sepatutnya kerajaan yang rasuah yang tak mampu kerana hasil Felda dijaras dan di rompak.Mana lagi ada duit untuk diagih.Tapi sebaliknya berlaku.Kerajaan yang tak rasuah (kononnya) tapi tak mampu bagi “duit raya”.Siapa perompak sebenar ni?Kesimpulannya. Peneroka telah melakukan kesilapan yang besar apabila memilih PH.Janji untuk menghapuskan segala hutang sangat mempersonakan peneroka.Namun harga sawit terus rendah dan tiada polisi jangka pendek untuk bantu peneroka ,pendapatan terus dipotong walaupun pendapatan rendah.Tambah menyedihkan duit raya dan bonus yang diterima setiap tahun masih seperti di dalam mimpi yang tak menjadi nyata.Walau apa pun saya dan barisan pembangkang tetap akan berjuang tanpa henti untuk peneroka sehingga kerajaan memulangkan hak yang seharusnya diberikan kepada peneroka.Kekadang setiap dugaan itu datang untuk menyedarkan kita akan kesilapan kita untuk selepas ini kita tidak lagi melakukan kesilapan sama dengan mempercayai kerajaan yang hanya pandai bercakap sebelum menang dan khianat selepas mendapat mandat._*DSIS*_

Categories: Politic

KENYATAAN MEDIA DATO SRI ISMAIL SABRI YAAKOB -UMNO SELANGOR

*KENYATAAN MEDIA OLEH YB DATO SERI ISMAIL SABRI YAAKOB, NAIB PRESIDEN UMNO BERKAITAN KEPIMPINAN UMNO SELANGOR*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Ketua Pengarang dan wakil-wakil media.

Sebagaimana yang telah dimaklumi, saya telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor bagi tempoh sementara dalam usaha untuk meningkatkan prestasi Umno Selangor.

Setelah hampir setahun mengemudi UMNO Selangor, prestasi UMNO Selangor telah dapat dipertingkatkan. Kejayaan terbesar adalah kemenangan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Kecil (PRK) DUN itu pada 2 Mac 2019 lalu.

Sehubungan itu, saya merasakan UMNO Selangor sudah boleh dipimpin oleh pemimpin-pemimpin UMNO dari Negeri itu sendiri yang mempunyai kemampuan untuk meneruskan kebangkitan UMNO di Selangor.

Justeru, saya telah memanggil Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Selangor pada 05 April 2019, yang melibatkan Ketua-Ketua Bahagian serta Ketua-Ketua Sayap dan telah mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkuatkuasa pada 01 Mei 2019.

Sementara mendapatkan calon pengerusi yang baru, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan memangku tugas Pengerusi.

Dalam tempoh tersebut, saya juga telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua sayap parti untuk mendapatkan pandangan mereka.

Sehingga kini beberapa Ketua Bahagian telah menyatakan minat untuk mengisi jawatan tersebut. Mereka adalah pemimpin yang berkebolehan dan berwibawa untuk menerajui UMNO Selangor.

Saya akan berbincang dengan Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Dato Seri Utama Mohamad Hasan untuk memutuskan nama Pengerusi Perhuhungan UMNO Selangor.

InsyaAllah nama Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dijangka akan diumumkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Sekian. Salam Ramadan Al Mubarak dan Salam Aidilfitri yang akan menjelang.

Terima kasih.

*DATO SERI ISMAIL SABRI YAAKOB*
*NAIB PRESIDEN UMNO*
*18 MEI 2019*

Categories: Politic

STATUT ROM – AKHIRNYA KERAJAAN PH-DAP TUNDUK DENGAN DESAKAN RAKYAT

STATUT ROM – AKHIRNYA KERAJAAN TUNDUK DENGAN DESAKAN RAKYAT

ASSALAMUALAIKUM WBT

11 Ramadhan 1440H/16 Mei 2019

ISMAIL SABRI YAAKOB

KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA

Naib Presiden UMNO

Allahuakbar..

Allahuakbar..

Allahuakbar..

Hanya ayat ini boleh saya lafazkan apabila mendapat perkhabaran bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan pengesahan menyatakan Malaysia telah menarik balik niat untuk menyertai atau _*Meratifikasi Statut Rom.*_

Sepanjang ramadhan ini kita melalui saat tegang dan berada dibawah tekanan kerana Kerajaan DAP-PH melalui Menteri Luar YB Dato Saifuddin Abdullah masih beria-ia untuk mengkaji dan mahu meneruskan usaha meratifikasi Statut Rome ini walau Perdana Menteri telah mengumumkan pembatalannya sebelum ini seperti perincian yang ada dalam tulisan saya sebelum ini diblog saya :-
https://dsismailsabri.com/menteri-luar-masih-mahukan-statut-rom-diratifikasikan-apa-agenda-ph/
Pengesahan PBB yang bertarikh 15 Mei 2019 dengan caption *MALAYSIA: WITHDRAWAL OF THE INSTRUMENT OF ACCESSION* telah memberikan rasa lega kita rakyat Malaysia setelah pelbagai perjuangan dan tekanan khususnya dari Blok Pembangkang,NGO dan individu yang cintakan negara dalam acuan dan bentuk Malaysia yang tersendiri.Blok pembangkang membantah ratifikasi Statut Rom didalam parlimen.UMNO dan PAS mengadakan ceramah bersama.Kumpulan NGO-NGO mengadakan himpunan dengan kemuncaknya himpunan menentang Statut Rom di Sogo pada 4hb Mei 2019 .Kita tidak perlukan undang-undang luar untuk diamalkan kerana perlembagaan dan perundangan dalam negara kita sudah cukup untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan damai juga selamat untuk rakyatnya.
Kejayaan rakyat hari ini merupakan sebuah kejayaan bersama menentang kerajaan DAP-PH yang sedang membawa masuk agenda tersembunyi untuk menghapuskan hak Melayu,Hak umat Islam dan Institusi Raja-Raja terutama untuk menghapuskan Kekebalan Raja-Raja Melayu yang selama ini kita dokong dan julang sebagai hak keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan.Dalam masa yang sama Statut Rom juga memperlekehkan Raja-Raja Melayu malah segala undang-undang yang terdapat di Malaysia terutama Mahkamah Khas untuk membicarakan Raja-Raja Melayu.
Agenda demi agenda boleh kita lihat yang mahu dibawa oleh kerajaan DAP-PH ini sepanjang setahun mereka berkuasa.Kesemua agenda yang mahu dibawa ialah berkaitan penghapusan hak istimewa Islam,Melayu,Bumiputera dan samarata agama melalui cadangan ratifikasi ICERD.Maka jelaslah bahawa kerajaan DAP-PH ini merupakan sebuah kerajaan Anti Islam dan Anti Melayu.
Kita tahu siapa yang ada dibelakang kesemua agenda yang telah dibawa.Kita tahu keterlibatan individu-individu penting yang sentiasa mencuba dan mengkaji apajua cara untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu.
Alhamdulillah, dalam bulan Ramadhan yang barakah ini perjuangan kita diberikan kemenangan oleh Allah SWT.Benarlah, dalam bulan mulia ini doa kita semua dimakbulkan oleh Allah SWT.Bagaimana Rasulullah berjaya dalam Perang Badr bersama para Sahabat pada 17 Ramadhan berdepan Kaum Quraisy dan begitu juga kita telah mencatat sejarah kemenangan pada 10 Ramadhan menentang Bangsa DAP-PH di Malaysia..Allahuakbar.
Kita semua harus sujud syukur kepada-Nya atas pengurniaan kemenangan ini yang telah menidakkan agenda jahat DAP-PH yang mahu dibawa.Moga Allah terus melindungi kita rakyat Malaysia dari dihina dan dizalimi oleh sebuah kerajaan DAP-PH.

_*DSIS*_

Categories: Politic

UMNO-PAS BERSATU DIKATAKAN RASIS..CINA BERSATU MELALUI DAP???

MELAYU BERSATU MELALUI UMNO-PAS DIKATAKAN RASIS..CINA BERSATU MELALUI DAP APA PULA???

ASSALAMUALAIKUM WBT

7 Ramadhan 1440H/12 Mei 2019

ISMAIL SABRI YAAKOB

KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA

NAIB PRESIDEN UMNO

Kemenangan DAP di PRK Parlimen Sandakan memang sudah dijangka. Melihat kepada komposisi kaum di kawasan itu yang didominasi pengundi Cina, kita memang sudah menjangkakan DAP akan menang. Parti Bersatu Sabah (PBS) bukan bersama Barisan Nasional (BN) lagi. PBS sudah meninggalkan BN dan tidak lagi berada dalam komponen itu. Walau bagaimanapun oleh kerana PBS merupakan parti pembangkang maka sebagai menunjukkan solidariti, UMNO Sabah membantu calon PBS dalam PRK ini.

PRK ini mengesahkan lagi bahawa sokongan pengundi Cina masih kepada DAP. Semasa PRU14 sokongan pengundi Cina terhadap DAP berada pada tahap 95 peratus. Ini bermakna orang Cina telah bersatu di bawah DAP untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang ketika itu diterajui BN. Jika dilihat daripada keputusan PRU lalu, DAP menguasai negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka malah Johor.
Di dalam Parlimen pula, DAP merupakan parti kedua terbesar selepas PKR. Kemenangan mereka di kerusi campuran pengundi Cina yang ramai. Ini jelas menunjukkan orang Cina bersatu di bawah DAP untuk menumbangkan Kerajaan BN. Trend sokongan ini berterusan dan dapat dilihat di PRK Sandakan.
Kita tidak menyalahkan orang Cina untuk bersatu menyokong DAP. Itu hak mereka berlandaskan hak demokrasi. Itu hak mereka untuk memperkukuhkan solidariti kaum mereka. Itu hak mereka untuk meneruskan agenda mereka bagi menuntut lebih banyak yang mereka anggap hak mereka. Demi demokrasi tiada siapa berhak menghalang.
Cuma yang menghairankan mengapa hak-hak tersebut tidak boleh diperjuangkan oleh orang Melayu? Apabila orang Melayu ingin bersatu di atas platform *Perpaduan Ummah* seperti penyatuan kerjasama antara UMNO dan PAS, ada pula pihak tertentu yang keras menentang. Pemimpin DAP seperti Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng membuat kenyataan menuduh kerjasama ini sebagai satu pengistiharan perang terhadap orang bukan Melayu. Malah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming membuat kenyataan bahawa jika UMNO-PAS berjaya menubuhkan kerajaan, Malaysia kononnya akan ditadbir oleh kerajaan ala Taliban.
Persoalannya kenapa orang Melayu dihalang daripada bersatu bersama UMNO-PAS dan dituduh pula dengan pelbagai persepsi negatif, sedangkan mereka merasakan tidak salah pula orang Cina bersatu di bawah DAP? Apakah hak untuk bersatu memperkukuhkan kerjasama kaum hanya merupakan hak orang “Cina DAP” semata-semata? Apakah Orang Melayu tidak mempunyai hak untuk bersatu? Jika bersatu itu dianggap rasis dan boleh mengancam kaum lain? Orang Cina bersatu dengan DAP bukan sahaja untuk menuntut apa yang mereka fikir hak mereka, tetapi turut mencabar dan menggugat hak orang Melayu dan Bumiputera.Sedangkan orang Melayu bersatu hanya untuk mempertahankan hak mereka seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial yang sedang digugat dan dicabar oleh DAP.
Saya harap DAP tidak bersikap bias terhadap orang Melayu. Jangan kerana untuk menutup sikap perkauman mereka yang rakus dan jahat, maka orang Melayu dilemparkan pelbagai fitnah sedangkan dalam masa yang sama DAP menghalalkan pula segala tindak tanduk chauvanis mereka.
Sejak merdeka negara berada dalam keadaan aman sejahtera. Sikap toleransi dan hormat-menghormati antara kaum membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman makmur dan tenteram. Janganlah cuba pecah-belahkan keadaan sedia ada. Gunakan hak masing-masing dalam ruang lingkup yang telah dipersetujui berlandaskan Perlembagaan. Jangan menceroboh ke luar garisan sempadan yang dibenarkan.*Ingat!* Keamanan dan kemakmuran negara adalah tanggungjawab bersama.
MCA juga merupakan parti kaum Cina yang memperjuangkan kepentingan kaum tersebut tetapi perjuangan mereka di dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan. Namun MCA dianggap pembelot kepada kaum cina oleh penyokong DAP. Jelas bahawa DAP bukan sahaja rasis tetapi cuba mencabar dan merobah sesuatu yang dipersetujui oleh semua kaum di dalam *”sosial kontrak”* yang seterusnya membentuk Perlembagaan Persekutuan.
Tindakan DAP ini merupakan “time bomb” kepada kedamaian Malaysia. Penghinaan tanpa henti kepada Islam dan Bangsa Melayu secara terbuka tanpa henti benar-benar mencabar kesabaran kaum Melayu.
Kerisauan saya ialah kesabaran orang Melayu yang semakin tercabar. Kekhuatiran saya apabila kesabaran yang sudah sampai kepada kemuncak ini akhirnya akan membinasakan keamanan negara dan boleh mencetuskan huru-hara yang pernah tercatat dalam lipatan sejarah negara. Penghinaan terhadap Islam dan Melayu harus dihentikan dan tidak sesekali boleh dijadikan perkara enteng dan remeh.
Dengan semangat Ramadhan yang berkat ini saya menyeru orang Melayu supaya bersatu dan istiqamah tanpa kita perjudikan sikap kepartian yang jelas telah merugikan kaum pada hari ini. Melayu dipecah-belahkan kepada banyak segmen agar lemah, tetapi dalam masa yang sama “orang cina DAP” jelas dalam politik kaum mereka sehingga ada pihak yang sudah terlalu berani menuntut sesuatu yang bukan hak mereka pun.
Melayu perlu bersatu untuk mempertahankan hak kita dan mengekalkan segala isi kandungan Perlembagaan Persekutuan yang sama kita persetujui sebagai rakyat Malaysia yang bijak dan bertoleransi. Keamanan bukan sesuatu yang boleh dijual-beli.
Dengan itu marilah kita sama-sama tanpa mengira ugama, kaum atau latar belakang keturunan mengekalkan keamanan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini tanpa memperjudikan masa depan Malaysia.

_*DSIS*_

Categories: Politic

ULANGTAHUN KE 73 UMNO

Assalamualaikum wbt..

*Selamat Menyambut Hari Ulangtahun UMNO yang ke-73.*

UMNO adalah perjuangan. Ahli UMNO telah bersedia mengharungi segala cabaran demi membina kembali negara yang luhur ini. Saya ingin mengucapkan syabas atas jasa-jasa kalian yang tidak pernah terhenti menyambut perjuangan sebenar parti keramat ini.

Semangat Perjuangan Parti Keramat UMNO tidak akan luntur dengan segala retorik-retorik Pakatan Harapan. UMNO tidak akan berdiam apabila harapan rakyat terabai dan nasib rakyat tidak lagi terbela. Sehingga kini UMNO sentiasa berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira kaum dengan membawa prinsip menjulang agama, bangsa dan negara.

UMNO terus berbakti kepada rakyat. Kemenangan UMNO didalam PRK Cameron Highland, Semenyih dan Rantau membuktikan bahawa UMNO adalah suara rakyat yang sebenar. Rakyat mengharapkan UMNO untuk membela kembali nasib mereka; petani, peladang, nelayan, penduduk pedalaman, peniaga, belia dan seluruhnya.

Kita telah mengambil sebuah langkah yang besar menjalinkan kerjasama bersama parti PAS demi mengukuhkan Perpaduan Ummah kerana kita tidak mahu umat Islam berpecah belah.

UMNO adalah parti yang menjaga perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan :

1) Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.

2) Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

3) Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

4) Soal berkaitan kerakyatan.

Kita tidak akan membiarkan agenda-agenda seperti Ratifikasi ICERD, STATUT ROME, Pindaan Perlembagaan dan agenda-agenda terselindung mengganggu gugat keamanan negara yang tercinta.

UMNO dibina dengan penuh kepayahan, kewibawaan untuk membentuk sebuah kerajaan yang merdeka. Jasa UMNO juga terlalu besar untuk kita biarkan parti keramat ini musnah oleh kerana retorik-retorik yang dibawa oleh Pakatan Harapan.

Semoga perjuangan UMNO dirahmati Allah SWT hendaknya, InsyaAllah.

*DSIS*

Categories: Politic

GENAP SETAHUN KERAJAAN PH.APAKAH RAKYAT MAKIN SENANG DAN TERBELA?

GENAP SETAHUN KERAJAAN PH.APAKAH RAKYAT SEMAKIN SENANG DAN TERBELA?

ASSALAMUALAIKUM WBT

4 Ramadhan 1440H/9 Mei 2019

ISMAIL SABRI YAAKOB

Ketua Pembangkang Malaysia/

Naib Presiden UMNO

Saya menunggu tarikh ini dengan rasa terkilan dan sedih dari apa yang berlaku kepada rakyat negara ini.Menginsafi jatuhnya Kerajaan BN mungkin dari kegagalan yang terwujud sehingga menghilangkan keyakinan dan kepercayaan rakyat sehingga memaksa rakyat memilih Kerajaan PH dan akhirnya rakyat menanggung beban yang berlaku dari salah memilih dan beberapa sebab lain.

Tumpuan saya kepada 60 Janji Manifesto PH yang diletakkan dibawah 5 Teras Utama dalam Buku Harapan yang jelas gagal ditunaikan secara total.Malah rakyat tidak pernah tahu pun apa isi kandungan dalam Buku Harapan yang lebih 193 muka surat.
Rakyat terpesona hanya kerana *10 Janji 100 Hari* yang dijanjikan PH.Usahkan 10 Janji dalam masa 100 hari tapi genap setahun pun janji ini masih gagal di tunaikan.*Apakah salah untuk rakyat merasa tertipu?*
Jawapannya ada dalam diri diantara kita sebagai rakyat yang hidup dalam era pemerintahan DAP-PH atau era pemerintahan Bangsa DAP yang menafikan banyak perkara berkaitan Islam,Melayu dan Bumiputera.
Sebelum ini semua agama boleh di amalkan dengan aman dan kekadang wujud penghinaan antara penganut secara terbuka.Jika ada pasti tindakan segera diambil.Kini penghinaan ugama dilakukan secara terbuka khususnya kepada agama Islam sehingga Rasulullah SWT pun dihina.Rakyat dididik dengan menghormat semua kaum.Tapi mutakhir ini jelas dalam pemerintahan DAP-PH pihak-pihak yang lantang mengeluarkan penghinaan kepada kaum lain dan Institusi Raja-Raja makin berani dan makin bertambah jumlahnya dan boleh dilihat tindakan *Pendakwaan Terpilih* berlaku apabila hanya pengkritik kerajaan yang ditangkap dan didakwa.Sudah pasti aktivis masyarakat yang menyuarakan kerisauan rakyat menjadi tumpuan dan mangsa “Pendakwaan Terpilih” kerajaan DAP-PH.Penghina Agama dan Raja-Raja masih bebas dan semakin berani.
Blok Pembangkang di Parlimen sentiasa berjuang dan membawa permasalahan rakyat khususnya rakyat luar bandar yang terkesan dari polisi dan dasar Kerajaan DAP-PH yang menghapuskan segala bentuk bantuan dan skim-skim yang selama ini banyak membantu dan meringan bebanan dari kos sara hidup.
Bantuan Sara Nelayan dikurangkan dari RM 300 kepada RM 200 sebulan.Penoreh Getah tiada lagi bantuan “One Off” RM 500 ketika harga getah menjunam.Walaupun peneroka Felda dijanjikan untuk dihapuskan hutang tapi hutang masih tidak dihapuskan dan keadaan lebih membebankan bila harga sawit jatuh menjunam.Bantuan pelajar setiap kali buka sesi persekolahan RM 100 tidak lagi diteruskan.Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diperkecilkan jumlahnya.
Tapi setelah ditekan dan diperjuangkan oleh pembangkang maka kerajaan terpaksa akur dengan meneruskan dasar-dasar yang ternyata baik ini tetapi dengan jumlah yang dikurangkan.Apakah ini yang rakyat mahukan? Dalam keadaan komoditi yang menjunam, rakyat lebih bertambah bebanan dan penderitaan mereka apabila harga barang terus meningkat.Penggantian Sistem Pencukaian GST kepada SST dengan janji akan menurunkan harga barangan hanya janji palsu dan kosong semata-mata.Kalangan peniaga juga turut terkesan apabila kuasa beli rakyat semakin menurun.Para Kontraktor tidak mempunyai projek lagi apabila projek-projek banyak dibatalkan.Kontraktor Kecil Bumiputera menghadapi tekanan apabila tender terbuka diperkenalkan dan terpaksa bersaing dengan kontraktor bukan bumiputera.
Puluhan ribu rakyat kehilangan pekerjaan dari pemberhentian projek-projek kepentingan rakyat.Apakah nasib mereka?Aset dan harta syarikat-syarikat utama negara dijual untuk mengambus lopong dan lubang yang digali Kerajaan DAP-PH dari tindakan “Tax Holiday” sebelum meneruskan SST.Kekurangan wang mengurus memaksa kerajaan menjual aset-aset penting Orang Melayu dibawah Khazanah dan aset berharga Umat Islam di Tabung Haji dan banyak lagi.
PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018 sahaja, jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion untuk tahun 2017 kepada kerajaan BN.
Nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion. Buat kali pertama sejak 10 tahun yang lalu, nilai ekuiti PETRONAS jatuh.
Kakitangan Kerajaan tidak dilayan dengan baik kerana sikap prejudis kerajaan yang menganggap kakitangan kerajaan masih setia kepada BN.
Hutang Negara terus meningkat dari RM686 juta kepada RM777 selepas DAP-PH mengambilalih kerajaan dalam jangka masa 8 bulan sahaja.Kononnya hapuskan pemberian tunai kepada rakyat untuk berjimat namun hutang terus bertambah.Pasaran saham merudum menjadikan Malaysia pasaran saham terburuk bagi seluruh Negara Asia.Pelaburan Asing makin berkurang malah ratusan juta dibawa keluar dari pelaburan.Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019.
Saya sedar bahawa kerajaan BN bukan kerajaan yang sempurna tetapi kami BN tidak sesekali memperbodohkan rakyat dengan menjanjikan bulan dan bintang tetapi mengkhianatinya tanpa rasa bersalah.Kami bukan kerajaan sempurna tetapi kami tidak sesekali mengkhianati apa jua yang ada dalam perlembagaan khususnya melibatkan Agama Islam dan Bangsa Melayu Bumiputera.Dalam masa yang sama kami tidak sesekali menganiaya rakan bangsa selain melayu yang terbukti mendapat layanan yang baik tanpa wujud perbedaan dan keistimewaan yang telah dijanjikan dalam perlembagaan.
BN pernah memerintah negara dalam masa yang lama.Pelbagai dasar dan polisi kerajaan yang sentiasa ditambahbaik untuk kebajikan rakyat.Tetapi itu semua masih tidak cukup apabila janji bulan dan bintang yang dijanjikan DAP-PH jauh lebih enak dan lunak menjadi harapan rakyat.Akhirnya kebenaran terbukti hari demi hari.Rakayat makin matang menilai soal bukan sayu perkara yang mudah menguruskan sebuah negara.Hutang negara makin bertambah dalam pemerintahan Kerajaan DAP-PH.Pinjaman Bon Samurai dari Jepun menambah duka ekonomi negara.Pembatalan projek kepentingan rakyat menghilangkan keyakinan pelabur yang mengangkat punggung keluar dari negara.Rakyat makin terbeban dengan kos sara hidup yang berlaku tanpa wujud penyelesaian dari sebuah kerajaan yang gagal.
Akhirnya rakyat hanya mampu mengharapkan satu keajaiban berlaku untuk terus hidup.Rakyat terpaksa menunggu 5 tahun sengsara untuk menukar kerajaan tetapi apa jaminan bahawa negara kita tidak akan punah dan rosak sehingga satu tahap hancur apabila kerajaan ditadbir urus oleh DAP-PH yang tidak berkemampuan mengurus sebuah negara.
Kesimpulan kepada *1Tahun Kerajaan DAP-PH* merupakan kerajaan yang _*GAGAL*_ .Ekonomi gagal berkembang malah pertumbuhan terus mengucup.Rakyat terus terbeban dan sengsara.Tiada dasar baru untuk rakyat.Pemimpin Kerajaan DAP-PH terus-menerus menyalahkan kerajaan BN yang lepas dari ketidakmampuan mereka mengurus negara.Kerajaan DAP-PH hanya mampu menukar nama dasar-dasar yang telah dibuat Kerajaan BN.Projek-projek,dasar kerajaan dan program-program hanya bertukar nama dan lambang.
Paling membimbangkan hubungan antara kaum dan agama semakin tegang.Sikap hormat menghormati semakin luntur.Masa depan negara dan rakyat di bawah Kerajaan DAP-PH semakin menakutkan.

_*DSIS*_

Categories: Politic

PEGUAM NEGARA PERLU JELASKAN KENAPA KOS GUAMAN RM 2 JUTA?

PEGUAM NEGARA PERLU PERJELASKAN KENAPA KOS GUAMAN KES EQUANIMITY RM 2 JUTA.

*ASSALAMUALAIKUM WBT*

3 Ramadhan 1440H/8 Mei 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*

*Ketua Pembangkang Malaysia*

_*KENYATAAN MEDIA*_

1. Ramai yang terperanjat apabila Peguam Negara mengumumkan kos guaman untuk kes kapal mewah Equanimity berjumlah RM2 juta dari keseluruhan kos berjumlah RM15.5 juta termasuk kos penyeliaan (maintenance), pelabuhan dan lain-lain. Kos guaman RM 2 juta ini dianggap terlalu tinggi lebih-lebih lagi keputusan kes ini adalah secara penghakiman mungkar *(default judgment)* iaitu tiada sebarang perbicaraan.

2. Ramai yang masih ingat apabila Peguam Negara mengumumkan untuk melantik peguam luar; Peguam Sitpa dari firma guaman milik Tommy Thomas mewakili kerajaan, ramai mempersoalkan tindakan tersebut lebih-lebih lagi mengenai kos guaman. Namun Peguam Negara menjelaskan, tiada sebarang bayaran akan dikenakan kepada kerajaan atau *pro bono*.

3. Namun terkini kerajaan terpaksa menanggung kos RM 2 juta yang dianggap terlampau tinggi berbanding dengan kesukaran mengendalikan kes tersebut.

4. Sejak dari awal ramai yang mempersoalkan kenapa perlu dilantik peguam luar? Apakah Peguam Negara tidak mempunyai kemampuan dan keyakinan untuk mengendalikan sendiri kes ini?
Apakah Peguam Negara tidak mempunyai keyakinan terhadap kemampuan peguam-peguam di Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengendalikan kes ini?
Seperti yang kita semua tahu, AGC mempunyai peguam-peguam yang kompeten dan pakar di dalam semua cabang perundangan termasuk undang-undang Kelautan Antarabangsa dan lain-lain.*Jadi kenapa perlu ambil peguam luar?*

5. Jika pun kurang yakin, Peguam Negara perlu mendapat nasihat atau pandangan perundangan dari peguam pakar. Malah jika peguam negara atau peguam-peguam AGC kurang yakin, mereka masih boleh menjemput mereka untuk membantu mereka sewaktu perbicaraan.Dengan cara ini, perbicaraan masih dijalankan oleh peguam AGC dan kos guamannya jauh lebih rendah dan pastinya bukan RM 2 juta.

6. Apa yang jelas, dari kes ini adalah Peguam Negara tidak layak menjadi Peguam Negara lagi kerana ketidakmampuan beliau bertindak sebagai Peguam Negara. Beliau tidak mampu mengendalikan kes untuk mewakili kerajaan. Bukan kes ini sahaja tetapi juga di dalam kes-kes jenayah lain seperti kes yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak dengan melantik peguam luar untuk mengendalikannya.Akibat ketidakmampuannya kerajaan terpaksa membayar kos guaman yang terlalu tinggi seperti RM 2 juta untuk bayaran guaman kes Kapal Equanimity ini.

8. Peguam Negara juga memalukan AGC kerana tidak meyakini peguam-peguam di bawah beliau sendiri.Malah lagi mengecewakan apabila berbohong mengatakan *pro bono* tetapi akhirnya kos guaman tetap dikenakan.

9. Saya berpandangan di atas kelemahan Peguam Negara, maka Peguam Negara perlu mengambil tanggungjawab ini dengan meletakkan jawatan beliau sebagai Peguam Negara atau Perdana Menteri memastikan Yang Dipertuan Agong untuk menggugurkan beliau dari jawatan Peguam Negara.

10.Ini kerana banyak kesilapan-kesilapan yang dilakukan beliau telah memalukan kerajaan seperti kegagalan menasihatkan kerajaan sehingga kerajaan menandatangani Statut Rom yang akhirnya kabinet membatalkannya.
Tidak cukup dengan itu kenyataan beliau sewaktu Forum Statut Rom dengan jelas menunjukkan beliau gagal bertindak sebagai Peguam Negara yang bertanggungjawab menasihati kerajaan. Beliau mengatakan tugas Peguam Negara adalah menerima arahan dari kerajaan sedangkan tugas Peguam Negara adalah menasihatkan kerajaan dari segi undang-undang. Ini bertentangan dengan prinsip dan tanggungjawab beliau untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang.Ramai mempersoalkan apakah beliau menarikbalik tuduhan rasuah terhadap YB Lim Guan Eng kerana menerima arahan dari kerajaan?
Peguam Negara mesti menjelaskannya kepada rakyat.

Kesimpulannya di atas kelemahan dan ketidakmampuan Peguam Negara maka kerajaan terpaksa menanggung kos guaman yang terlalu tidak munasabah dan menanggung malu dengan membuat u-turn dalam kes-kes tertentu.
Untuk itu, Peguam Negara perlu berhenti atau diberhentikan.

_*DSIS*_

Categories: Politic

SALAM RAMADHAN KAREEM -DSIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, sekali lagi kita dipilih untuk menikmati kemuliaan Ramadan pada tahun ini 2019, 1440 Hijrah.

Ramadan adalah bulan yang menjanjikan seribu rahmat buat seluruh umat Islam. Pada bulan ini pintu keampunan oleh Allah SWT dibuka seluas-luasnya buat hambanya sejajar dengan hadis Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu dan barangsiapa yang bersolat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim).

Tarbiyyah Ramadan juga mengajar kita erti tawaduk. Kita dididik untuk terus istiqamah melakukan kebaikan, mempertingkat kebajikan dan lebih empati terhadap golongan miskin dan mereka yang memerlukan. Kita harus menepati janji-janji kita dan menghormati amanah yang diletakkan pada kita.

Sama-sama jua kita menjayakan prinsip ihsan pada mereka yang memerlukan dan fastabiqul khairat (berlumba-lumba melakukan kebaikan) pada bulan yang mulia ini.

Marhaban ya Ramadan.

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Naib Presiden UMNO Malaysia

Categories: Politic

BUANG ISLAM DALAM KAD PENGENALAN.PROSES AWAL AGENDA DAP UNTUK HAPUSKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN?

BUANG ISLAM DALAM KAD PENGENALAN.PROSES AWAL AGENDA DAP UNTUK HAPUSKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN?

ASSALAMUALAIKUM WBT

1 Mei 2019/25 Syaa’ban 1440H

ISMAIL SABRI YAAKOB

Ketua Pembangkang/

Naib Presiden UMNO

Sudah terang lagi bersuluh tentang sikap DAP kepada Islam.Ini dapat dilihat dari tindakan Senator DAP Nga Hock Cheh yg mencadangkan supaya perkataan ugama digugurkan di dalam kad pengenalan.Lebih jelas lagi kuasa dominan DAP dalam PH apabila Menteri KDN membuat kenyataan untuk mengkaji cadangan tersebut walaupun cadangan tersebut sangat tidak munasabah dan terus boleh ditolak tanpa dikaji pun.
Cadangan menghapuskan perkataan Islam dilihat sebagai percubaan awal untuk menyamaratakan ugama Islam dengan ugama lain. Ianya jelas bertentangan dengan *Perlembagaan Persekutuan Perkara 3* yang menjelaskan Islam agama rasmi persekutuan dan segala bentuk faedah dan keistimewaan kepada ugama islam.
Apakah rasional wakil Senator DAP di dalam Dewan Negara ini merupakan sebuah agenda yang mewakili perjuangan sebenar DAP yaitu untuk menghapuskan segala bentuk dan apa jua berkaitan Islam di Malaysia ini.Kesan kepada cadangan itu boleh membangkitkan kemarahan dan keadaan tegang antara kaum di Malaysia.Itu baru cadangan.Cuba bayangkan jika kerajaan DAP hari ini merealisasikan cadangan ini dan apa yang bakal berlaku?
Sikap *anti islam* dan sikap tidak menghormati islam telah diungkapkan oleh beberapa pemimpin kanan DAP sebelum ini seperti *cadangan membenarkan murtad di kalangan umat islam*, *Mempersoalkan pakaian songkok sewaktu pembukaan Dewan Undangan Negeri*, *Menghina pramugari yg memakai tudung* , *Mempersoalkan agihan wang zakat* dan lain-lain.Sebenarnya sikap biadap mereka ini boleh mengundang musibah besar kepada perpaduan rakyat dan keharmonian negara.
Paling menyedihkan apabila kenyataan Menteri KDN Tan Sri Muhyidin Yasin yang merupakan seorang Islam tidak sedikit pun merasa sensitif dan tercabar oleh rakan dalam pakatan beliau apabila mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan memperhalusi cadangan YB Senator DAP tersebut.Apakah ini gambaran sebenar bahawa menteri melayu dalam PH juga harus tunduk dengan apa jua tuntutan atau arahan dari DAP ?
Sepatutnya Menteri KDN terus menolak cadangan tersebut tanpa mengkaji kerana ianya jelas bertentangan dengan perlembagaan dan alasan mengelakkan bencana kepada perpaduan rakyat.
Tidak cukup dengan cadangan itu Hock Cheh juga mencadangkan Malaysia membuka Pejabat Kedutaan Malaysia di Israel.
Dalam cadangan membuka Kedutaan Malaysia di Israel ,saya melihat betapa bebal dan biadap Senator yang mewakili DAP ini kerana gagal mengkaji sejarah kenapa dan mengapa kerajaan Malaysia tidak pernah wujud hubungan Diplomatik dengan Israel.Negara-negara OIC tak pernah mengiktiraf Israel di Palestin.Apakah hari ini DAP mahu mengakui bahawa mereka sebenarnya sedang cuba untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat sama dengan tanah-tanah negara lain?
Sikap tidak menghormati perasaan umat islam dgn cadangan membuka Pejabat Kedutaan Malaysia di Israel jelas menggambarkan sikap buta hati beliau kerana isu Israel bukan semata-mata soal umat islam tetapi isu kemanusiaan.Isu kezaliman Israel bukan sahaja di tentang oleh seluruh negara Islam tetapi juga negara-negara bukan Islam diatas dasar kemanusiaan kerana kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.Namun diatas sikap prejudis YB Senator DAP ini kepada Islam beliau lupa tentang faktor kemanusiaan. Mungkin beliau berpuas hati apabila hati org islam di Malaysia dapat disakiti.
Saya dgn ini menggesa menteri kdn supaya terus menolak cadangan senator nga hock cheh tsb bagi mempastikan keamanan antara rakyat berlainan agama ini terus dikekalkan.

Begitu juga dgn cadangan membuka pejabat kedutaan Malaysia di Israel mesti terus ditolak.. Malaysia mesti terus kekal sbg negara yg menolak penaklukan haram Israel terhadap bumi palestin & menolak segala bentuk kekejaman terhadap penduduk palestin oleh kerajaan Israel.

_*DSIS*_

Categories: Politic

MENTERI LUAR MASIH MAHUKAN STATUT ROM DIRATIFIKASIKAN.APA AGENDA PH?

MENTERI LUAR MASIH MAHUKAN STATUT ROM DIRATIFIKASIKAN.APA AGENDA PH?

ASSALAMUALAIKUM WBT
24 April 2019/18 Syaa’ban 1440H

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*Ketua Pembangkang/*
*Naib Presiden UMNO*

Membaca kenyataan terbaru Menteri Luar YB Dato’ Saifuddin Abdullah yang jelas menunjukkan beliau masih mahu memperjuangkan Statut Rom Jenayah Mahkamah Antarabangsa (ICC) sehingga diratifikasikan oleh Kerajaan PH.Dengan kenyataan *”Jalan mati buat ICERD tapi Statut Rom kita akan lihat bagaimana (kesudahannya) nanti”* – *FreeMalaysia Today / 23 April 2019* menunjukkan beliau dan PH akan memperjuangkan Statut Rom ini walau mendapat tentangan dari rakyat dan pihak pembangkang.

Bagi saya dengan kenyataan Saifuddin ini mereka masih berniat jahat terhadap Institusi Raja-Raja Melayu.

Beliau tidak bercakap benar dalam parlimen tentang kegagalan membawa Statut Rome ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja.Menteri Luar ketika menjawab dan menggulung perbahasan di dalam parlimen tidak memberi jawapan dengan jelas seolah ingin menyembunyikan agenda sebenar mereka terutamanya apabila cuba mengelak dari menjawab mengenai keperluan kerajaan berdasarkan perlembagaan untuk membentangkan Statut Rom kepada Majilis Raja-Raja.

Jelas kenyataan kali ini membayangkan Saifuddin Abdullah masih berniat untuk meratifikasi Statut Rom dengan apa cara sekali pun dan saya merasa ada sesuatu yang memaksa beliau untuk terus dan terus bercakap berkaitan Statut Rom walhal pada 5 April lalu Perdana Menteri sendiri yang mengumumkan selepas mesyuarat kabinet bahawa mereka membatalkan niat untuk meratifikasikan Statut Rom.Tindakan ini jelas membelakangkan keputusan kabinet dan tidak menghormati Perdana Menteri.

Di atas kegagalan menjawab dan menyembunyikan fakta sebenar kepada dewan rakyat, kami pihak pembangkang telah mengemukakan usul potong gaji terhadap Menteri Luar ini.

Dalam pada itu juga sikap yang tidak mencerminkan seorang Menteri dengan tindakan beliau menggelarkan *“Prof Kangkung”* kepada Professor yang membentangkan laporan kepada Majlis Raja-Raja sebagai tindakan angkuh dan biadap.

Dikhabarkan melalui Menteri Pendidikan bahawa Prof dan beberapa ahli akedemi ini akan dipanggil dan diambil tindakan menjelaskan sikap kerajaan yang tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan mereka.Ianya jauh bertentangan dengan apa yang mereka laungkan sebelum menjadi kerajaan.

Hari ini saya faham kenapa pihak kerajaan tidak mengambil cadangan saya di dalam Dewan Rakyat supaya kerajaan mengumumkan dan merekodkan di dalam Dewan Rakyat mengenai keputusan kabinet untuk membatalkan _Ratifikasi Statut Rom_ tersebut melalui pernyataan menteri.

Saya difahamkan jika pembatalan tidak dilakukan sebelum Jun 2019 maka walaupun dibatalkan selepas itu Statut Rom ini akan terus berkuatkuasa selama 1 tahun dari tarikh ratifikasi.Setakat ini kita mahu kerajaan menjelaskan mengenai status tindakan membatalkan proses ratifikasi ini kepada rakyat.

Kita tidak mahu lagi isu Statut Rom ini dibincangkan semula kerana kabinet harus menghormati keputusan mereka sendiri.Malah kita mahu kerajaan mengambil tindakan segera untuk membatalkan ratifikasi Statut Rom tanpa berdolak-dalih lagi.

Wallahualam

_*DSIS*_

Categories: Politic