BUANG ISLAM DALAM KAD PENGENALAN.PROSES AWAL AGENDA DAP UNTUK HAPUSKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN?

BUANG ISLAM DALAM KAD PENGENALAN.PROSES AWAL AGENDA DAP UNTUK HAPUSKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN?

ASSALAMUALAIKUM WBT

1 Mei 2019/25 Syaa’ban 1440H

ISMAIL SABRI YAAKOB

Ketua Pembangkang/

Naib Presiden UMNO

Sudah terang lagi bersuluh tentang sikap DAP kepada Islam.Ini dapat dilihat dari tindakan Senator DAP Nga Hock Cheh yg mencadangkan supaya perkataan ugama digugurkan di dalam kad pengenalan.Lebih jelas lagi kuasa dominan DAP dalam PH apabila Menteri KDN membuat kenyataan untuk mengkaji cadangan tersebut walaupun cadangan tersebut sangat tidak munasabah dan terus boleh ditolak tanpa dikaji pun.
Cadangan menghapuskan perkataan Islam dilihat sebagai percubaan awal untuk menyamaratakan ugama Islam dengan ugama lain. Ianya jelas bertentangan dengan *Perlembagaan Persekutuan Perkara 3* yang menjelaskan Islam agama rasmi persekutuan dan segala bentuk faedah dan keistimewaan kepada ugama islam.
Apakah rasional wakil Senator DAP di dalam Dewan Negara ini merupakan sebuah agenda yang mewakili perjuangan sebenar DAP yaitu untuk menghapuskan segala bentuk dan apa jua berkaitan Islam di Malaysia ini.Kesan kepada cadangan itu boleh membangkitkan kemarahan dan keadaan tegang antara kaum di Malaysia.Itu baru cadangan.Cuba bayangkan jika kerajaan DAP hari ini merealisasikan cadangan ini dan apa yang bakal berlaku?
Sikap *anti islam* dan sikap tidak menghormati islam telah diungkapkan oleh beberapa pemimpin kanan DAP sebelum ini seperti *cadangan membenarkan murtad di kalangan umat islam*, *Mempersoalkan pakaian songkok sewaktu pembukaan Dewan Undangan Negeri*, *Menghina pramugari yg memakai tudung* , *Mempersoalkan agihan wang zakat* dan lain-lain.Sebenarnya sikap biadap mereka ini boleh mengundang musibah besar kepada perpaduan rakyat dan keharmonian negara.
Paling menyedihkan apabila kenyataan Menteri KDN Tan Sri Muhyidin Yasin yang merupakan seorang Islam tidak sedikit pun merasa sensitif dan tercabar oleh rakan dalam pakatan beliau apabila mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan memperhalusi cadangan YB Senator DAP tersebut.Apakah ini gambaran sebenar bahawa menteri melayu dalam PH juga harus tunduk dengan apa jua tuntutan atau arahan dari DAP ?
Sepatutnya Menteri KDN terus menolak cadangan tersebut tanpa mengkaji kerana ianya jelas bertentangan dengan perlembagaan dan alasan mengelakkan bencana kepada perpaduan rakyat.
Tidak cukup dengan cadangan itu Hock Cheh juga mencadangkan Malaysia membuka Pejabat Kedutaan Malaysia di Israel.
Dalam cadangan membuka Kedutaan Malaysia di Israel ,saya melihat betapa bebal dan biadap Senator yang mewakili DAP ini kerana gagal mengkaji sejarah kenapa dan mengapa kerajaan Malaysia tidak pernah wujud hubungan Diplomatik dengan Israel.Negara-negara OIC tak pernah mengiktiraf Israel di Palestin.Apakah hari ini DAP mahu mengakui bahawa mereka sebenarnya sedang cuba untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat sama dengan tanah-tanah negara lain?
Sikap tidak menghormati perasaan umat islam dgn cadangan membuka Pejabat Kedutaan Malaysia di Israel jelas menggambarkan sikap buta hati beliau kerana isu Israel bukan semata-mata soal umat islam tetapi isu kemanusiaan.Isu kezaliman Israel bukan sahaja di tentang oleh seluruh negara Islam tetapi juga negara-negara bukan Islam diatas dasar kemanusiaan kerana kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.Namun diatas sikap prejudis YB Senator DAP ini kepada Islam beliau lupa tentang faktor kemanusiaan. Mungkin beliau berpuas hati apabila hati org islam di Malaysia dapat disakiti.
Saya dgn ini menggesa menteri kdn supaya terus menolak cadangan senator nga hock cheh tsb bagi mempastikan keamanan antara rakyat berlainan agama ini terus dikekalkan.

Begitu juga dgn cadangan membuka pejabat kedutaan Malaysia di Israel mesti terus ditolak.. Malaysia mesti terus kekal sbg negara yg menolak penaklukan haram Israel terhadap bumi palestin & menolak segala bentuk kekejaman terhadap penduduk palestin oleh kerajaan Israel.

_*DSIS*_

Categories: Politic