CAMERON HIGHLAND BUKTI RAKYAT TOLAK KERAJAAN PH

*CAMERON HIGHLAND KEMENANGAN RAKYAT MENOLAK KERAJAAN PH*

ASSALAMUALAIKUM WBT
20 JamadilAwal 1440H/26 Januari 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

Alhamdulllah syukur kepada Allah SWT kerana BN menang cemerlang di Cameron Highland.

Kemenangan Sdr Ramli Mohd Nor calun dari Masyarakat Orang Asli mencipta satu sejarah baru kepada Orang Asli kerana pertama kali Orang Asli mempunyai Ahli Parlimen dari kaum mereka.

Kemenangan ini jelas menunjukkan kebangkitan rakyat menolak kerajaan PH yang dilihat gagal menjaga kebajikan rakyat dan mentadbirkan negara dengan baik.Dengan pelbagai krisis baru yang timbul dalam Kerajaan PH sehingga memberikan kesan kepada pelbagai lapisan rakyat samaada di bandar dan luar bandar untuk lebih memahami dan menggunakan kuasa yang mereka ada untuk memberikan satu signal dan isyarat kepada Kerajaan PH bahawa mereka bersedia untuk terus menolak mana-mana kerajaan sekali pun jika tanggungjawab sebagai kerajaan yang memerintah tidak menunaikan tanggungjawab sebenar mereka sebagai sebuah kerajaan yang peka dan prihatin kepada permasalahan rakyat.

Keputusan ini merupakan referendum rakyat menolak kerajaan PH.Rakyat sudah jelak dengan Kerajaan PH yang tidak habis-habis dengan fitnah dan menyalahkan Kerajaan BN namun gagal menyelesaikan masalah rakyat seperti kos sara hidup yang semakin meningkat sedangkan kos komoditi terus menurun dan ditambah dengan ekonomi yang semakin merudum.

Walaupun mereka berjanji pelbagai janji baru khusus untuk pengundi di Cameron Highland namun rakyat sudah tidak mempercayai janji Kerajaan PH kerana kegagalan mereka menunaikan janji PRU14 terlalu ketara dan menganggap janji mereka itu perkara yang boleh untuk tidak ditunaikan walhal pengundi memberikan kepercayaan kepada mereka atas sebab janji dan manifesto mereka.Bagi rakyat ,Kerajaan PH merupakan kerajaan yang tidak langsung ada tanggungjawab terhadap janji mereka kepada rakyat dan kerajaan sebegini harus ditolak.

Amat mengagumkan dan ianya jarang berlaku dimana kemenangan BN mendahului Undi Awal dan Undi Pos jelas menunjukkan kakitangan kerajaan juga sudah tidak meyakini kerajaan hari ini dan menyuarakan penolakan mereka secara total terhadap majikan mereka sendiri.

Apa yang ingin saya tegaskan dan paling penting ialah kesan dan keputusan PRK Cameron Highland kali ini berkait rapat soal kerjasama UMNO – PAS yang membawa makna yang besar kepada BN kerana BN menang besar undi melayu dan Orang Asli.Sudah pasti kerjasama ini harus diteruskan untuk UMNO dan PAS menerajui sebuah perjuangan Agama dan Bangsa secara bersama.

Saya dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan syabas dan terima kasih kepada seluruh jentera pelbagai peringkat, UMNO Cawangan dan UMNO Cameron Highland,Bahagian-Bahagian UMNO Pahang,Ahli-ahli MT UMNO,Ketua-Ketua Bahagian dan wakil Negeri-Negeri,Terima Kasih kepada seluruh jentera PAS,MCA,MIC,NGO dan orang perseorangan yang sanggup turun membantu BN sepanjang tempoh kempen tanpa mengharapkan imbuhan.

Sudah pasti kemenangan ini juga merupakan kebangkitan Melayu,Bumiputera dan Islam disamping kemenangan batang tubuh calun BN yang sudah bergelar YB Ramli Mohd Nor. *Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada seluruh pengundi Parlimen Cameron Highland*

*Ini perjuangan kita.Ini kejayaan kita.Melayu Islam dan Bumiputera terus BANGKIT*

_WASSALAM_

Categories: Uncategorized