Category: Celebration

Selamat Hari Guru 2018

No Comments

Setiap tahun, kita akan menyambut hari guru pada 16hb Mei bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik kita.

Saya masih ingat waktu saya belajar dahulu, guru-guru saya pada ketika
itu sangat berdedikasi. Walaupun tegas, namun dalam ketegasan itu
terselit rasa kasih dan sayang.

Penat lelah jerih payah para guru hanyalah kerana mereka menginginkan yang terbaik bagi kita.

Jasa guru tidak mungkin dilupakan, dan bagi diri saya sendiri serta
semua rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan Terima Kasih Cikgu, dan
Selamat Hari Guru!

Ismail Sabri Yaakob

Categories: Celebration

Hari Umno ke-72

No Comments

Hari UMNO 72: Ahli UMNO Perlu Bangkit, Bina Semula Semangat Perjuangan Parti Keramat

Saya mahu kita kembalikan UMNO kepada semangat yang asal. Di mana UMNO tidak dilihat sebagai parti yang terpisah dari rakyat.

Kita mesti melalui perubahan yang besar dalam parti. Kita mesti lakukan
perubahan yang tidak pernah kita fikirkan. Yang kita perlukan hari ini
ialah kejujuran yang mendalam, keberanian yang luar biasa dan
pengorbanan yang pedih.

Jasa UMNO kepada agama, bangsa dan negara terlalu besar untuk kita biar parti keramat ini musnah dan hilang selama-lamanya

Categories: Celebration UMNO