Category: Islam

Ramadhan 2018

No Comments

Alhamdulillah, bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam telah pun
tiba. Kedatangan Ramadan al-Mubarak memang cukup bermakna untuk kita
umat Islam tidak kira di Malaysia mahupun di serata dunia.

Dalam
bulan inilah diturunkan kitab suci Al-Quran sebagai bimbingan serta
panduan buat kita umat Islam, dan sepanjang 30 hari, kita semua
menggandakan amal ibadat dengan berpuasa, menunaikan solat terawih,
mempamerkan kesabaran dan istiqamah, serta memupuk sifat muhasabah dan
kemurahan hati.

Salam Ramadan Al-Mubarak

Ismail Sabri Yaakob
Ahli Parlimen Bera
Ahli Majlis Tertinggi Umno

Categories: Islam Ramadhan