Category: Politic

SALAM RAMADHAN KAREEM -DSIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, sekali lagi kita dipilih untuk menikmati kemuliaan Ramadan pada tahun ini 2019, 1440 Hijrah.

Ramadan adalah bulan yang menjanjikan seribu rahmat buat seluruh umat Islam. Pada bulan ini pintu keampunan oleh Allah SWT dibuka seluas-luasnya buat hambanya sejajar dengan hadis Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu dan barangsiapa yang bersolat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim).

Tarbiyyah Ramadan juga mengajar kita erti tawaduk. Kita dididik untuk terus istiqamah melakukan kebaikan, mempertingkat kebajikan dan lebih empati terhadap golongan miskin dan mereka yang memerlukan. Kita harus menepati janji-janji kita dan menghormati amanah yang diletakkan pada kita.

Sama-sama jua kita menjayakan prinsip ihsan pada mereka yang memerlukan dan fastabiqul khairat (berlumba-lumba melakukan kebaikan) pada bulan yang mulia ini.

Marhaban ya Ramadan.

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Naib Presiden UMNO Malaysia

Categories: Politic

BUANG ISLAM DALAM KAD PENGENALAN.PROSES AWAL AGENDA DAP UNTUK HAPUSKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN?

BUANG ISLAM DALAM KAD PENGENALAN.PROSES AWAL AGENDA DAP UNTUK HAPUSKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN?

ASSALAMUALAIKUM WBT

1 Mei 2019/25 Syaa’ban 1440H

ISMAIL SABRI YAAKOB

Ketua Pembangkang/

Naib Presiden UMNO

Sudah terang lagi bersuluh tentang sikap DAP kepada Islam.Ini dapat dilihat dari tindakan Senator DAP Nga Hock Cheh yg mencadangkan supaya perkataan ugama digugurkan di dalam kad pengenalan.Lebih jelas lagi kuasa dominan DAP dalam PH apabila Menteri KDN membuat kenyataan untuk mengkaji cadangan tersebut walaupun cadangan tersebut sangat tidak munasabah dan terus boleh ditolak tanpa dikaji pun.
Cadangan menghapuskan perkataan Islam dilihat sebagai percubaan awal untuk menyamaratakan ugama Islam dengan ugama lain. Ianya jelas bertentangan dengan *Perlembagaan Persekutuan Perkara 3* yang menjelaskan Islam agama rasmi persekutuan dan segala bentuk faedah dan keistimewaan kepada ugama islam.
Apakah rasional wakil Senator DAP di dalam Dewan Negara ini merupakan sebuah agenda yang mewakili perjuangan sebenar DAP yaitu untuk menghapuskan segala bentuk dan apa jua berkaitan Islam di Malaysia ini.Kesan kepada cadangan itu boleh membangkitkan kemarahan dan keadaan tegang antara kaum di Malaysia.Itu baru cadangan.Cuba bayangkan jika kerajaan DAP hari ini merealisasikan cadangan ini dan apa yang bakal berlaku?
Sikap *anti islam* dan sikap tidak menghormati islam telah diungkapkan oleh beberapa pemimpin kanan DAP sebelum ini seperti *cadangan membenarkan murtad di kalangan umat islam*, *Mempersoalkan pakaian songkok sewaktu pembukaan Dewan Undangan Negeri*, *Menghina pramugari yg memakai tudung* , *Mempersoalkan agihan wang zakat* dan lain-lain.Sebenarnya sikap biadap mereka ini boleh mengundang musibah besar kepada perpaduan rakyat dan keharmonian negara.
Paling menyedihkan apabila kenyataan Menteri KDN Tan Sri Muhyidin Yasin yang merupakan seorang Islam tidak sedikit pun merasa sensitif dan tercabar oleh rakan dalam pakatan beliau apabila mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan memperhalusi cadangan YB Senator DAP tersebut.Apakah ini gambaran sebenar bahawa menteri melayu dalam PH juga harus tunduk dengan apa jua tuntutan atau arahan dari DAP ?
Sepatutnya Menteri KDN terus menolak cadangan tersebut tanpa mengkaji kerana ianya jelas bertentangan dengan perlembagaan dan alasan mengelakkan bencana kepada perpaduan rakyat.
Tidak cukup dengan cadangan itu Hock Cheh juga mencadangkan Malaysia membuka Pejabat Kedutaan Malaysia di Israel.
Dalam cadangan membuka Kedutaan Malaysia di Israel ,saya melihat betapa bebal dan biadap Senator yang mewakili DAP ini kerana gagal mengkaji sejarah kenapa dan mengapa kerajaan Malaysia tidak pernah wujud hubungan Diplomatik dengan Israel.Negara-negara OIC tak pernah mengiktiraf Israel di Palestin.Apakah hari ini DAP mahu mengakui bahawa mereka sebenarnya sedang cuba untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat sama dengan tanah-tanah negara lain?
Sikap tidak menghormati perasaan umat islam dgn cadangan membuka Pejabat Kedutaan Malaysia di Israel jelas menggambarkan sikap buta hati beliau kerana isu Israel bukan semata-mata soal umat islam tetapi isu kemanusiaan.Isu kezaliman Israel bukan sahaja di tentang oleh seluruh negara Islam tetapi juga negara-negara bukan Islam diatas dasar kemanusiaan kerana kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin.Namun diatas sikap prejudis YB Senator DAP ini kepada Islam beliau lupa tentang faktor kemanusiaan. Mungkin beliau berpuas hati apabila hati org islam di Malaysia dapat disakiti.
Saya dgn ini menggesa menteri kdn supaya terus menolak cadangan senator nga hock cheh tsb bagi mempastikan keamanan antara rakyat berlainan agama ini terus dikekalkan.

Begitu juga dgn cadangan membuka pejabat kedutaan Malaysia di Israel mesti terus ditolak.. Malaysia mesti terus kekal sbg negara yg menolak penaklukan haram Israel terhadap bumi palestin & menolak segala bentuk kekejaman terhadap penduduk palestin oleh kerajaan Israel.

_*DSIS*_

Categories: Politic

MENTERI LUAR MASIH MAHUKAN STATUT ROM DIRATIFIKASIKAN.APA AGENDA PH?

MENTERI LUAR MASIH MAHUKAN STATUT ROM DIRATIFIKASIKAN.APA AGENDA PH?

ASSALAMUALAIKUM WBT
24 April 2019/18 Syaa’ban 1440H

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*Ketua Pembangkang/*
*Naib Presiden UMNO*

Membaca kenyataan terbaru Menteri Luar YB Dato’ Saifuddin Abdullah yang jelas menunjukkan beliau masih mahu memperjuangkan Statut Rom Jenayah Mahkamah Antarabangsa (ICC) sehingga diratifikasikan oleh Kerajaan PH.Dengan kenyataan *”Jalan mati buat ICERD tapi Statut Rom kita akan lihat bagaimana (kesudahannya) nanti”* – *FreeMalaysia Today / 23 April 2019* menunjukkan beliau dan PH akan memperjuangkan Statut Rom ini walau mendapat tentangan dari rakyat dan pihak pembangkang.

Bagi saya dengan kenyataan Saifuddin ini mereka masih berniat jahat terhadap Institusi Raja-Raja Melayu.

Beliau tidak bercakap benar dalam parlimen tentang kegagalan membawa Statut Rome ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja.Menteri Luar ketika menjawab dan menggulung perbahasan di dalam parlimen tidak memberi jawapan dengan jelas seolah ingin menyembunyikan agenda sebenar mereka terutamanya apabila cuba mengelak dari menjawab mengenai keperluan kerajaan berdasarkan perlembagaan untuk membentangkan Statut Rom kepada Majilis Raja-Raja.

Jelas kenyataan kali ini membayangkan Saifuddin Abdullah masih berniat untuk meratifikasi Statut Rom dengan apa cara sekali pun dan saya merasa ada sesuatu yang memaksa beliau untuk terus dan terus bercakap berkaitan Statut Rom walhal pada 5 April lalu Perdana Menteri sendiri yang mengumumkan selepas mesyuarat kabinet bahawa mereka membatalkan niat untuk meratifikasikan Statut Rom.Tindakan ini jelas membelakangkan keputusan kabinet dan tidak menghormati Perdana Menteri.

Di atas kegagalan menjawab dan menyembunyikan fakta sebenar kepada dewan rakyat, kami pihak pembangkang telah mengemukakan usul potong gaji terhadap Menteri Luar ini.

Dalam pada itu juga sikap yang tidak mencerminkan seorang Menteri dengan tindakan beliau menggelarkan *“Prof Kangkung”* kepada Professor yang membentangkan laporan kepada Majlis Raja-Raja sebagai tindakan angkuh dan biadap.

Dikhabarkan melalui Menteri Pendidikan bahawa Prof dan beberapa ahli akedemi ini akan dipanggil dan diambil tindakan menjelaskan sikap kerajaan yang tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan mereka.Ianya jauh bertentangan dengan apa yang mereka laungkan sebelum menjadi kerajaan.

Hari ini saya faham kenapa pihak kerajaan tidak mengambil cadangan saya di dalam Dewan Rakyat supaya kerajaan mengumumkan dan merekodkan di dalam Dewan Rakyat mengenai keputusan kabinet untuk membatalkan _Ratifikasi Statut Rom_ tersebut melalui pernyataan menteri.

Saya difahamkan jika pembatalan tidak dilakukan sebelum Jun 2019 maka walaupun dibatalkan selepas itu Statut Rom ini akan terus berkuatkuasa selama 1 tahun dari tarikh ratifikasi.Setakat ini kita mahu kerajaan menjelaskan mengenai status tindakan membatalkan proses ratifikasi ini kepada rakyat.

Kita tidak mahu lagi isu Statut Rom ini dibincangkan semula kerana kabinet harus menghormati keputusan mereka sendiri.Malah kita mahu kerajaan mengambil tindakan segera untuk membatalkan ratifikasi Statut Rom tanpa berdolak-dalih lagi.

Wallahualam

_*DSIS*_

Categories: Politic

Yang Di Kejar Tak Dapat

No Comments

Hapuskan tol, hapuskan hutang PTPTN, turunkan harga barang, turunkan harga minyak..

BR1M sepatutnya RM2000, kakitangan kerajaan kenaikan satu tangga gaji.. BR1M untuk orang muda..

Semua terbatal! Yang dikendong berciciran..

Categories: Politic

Bagai Meracik Tubuh Melayu

No Comments

Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan merombak atau memecahkan MARA hanya akan menjejaskan peranannya membantu orang Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan dan ekonomi.

MARA tidak boleh dipecahkan kerana ia bukan saja merencat rancangan pembangunan pendidikan dan keusahawanan Melayu serta Bumiputera, tetapi Seksyen 3(1) Akta MARA menetapkan penubuhannya berkekalan di bawah satu menteri, tidak boleh ada pelbagai kementerian menjaga MARA.

Mengikut Seksyen 6(1), MARA bertanggungjawab membangunkan usahawan dan pendidikan orang Melayu. Menerusi MARA, kita melahirkan satu juta usahawan dan 1.2 juta pelajar Melayu dan Bumiputera. Mengikut Seksyen 36, MARA hendaklah disifatkan sebagai orang Melayu, maka memecahkan MARA bermakna meracik-racik tubuh orang Melayu.

Categories: Politic

Batalkan Projek ECRL

No Comments

Kerajaan hari ini tidak perlu menghukum rakyat di Pahang, Terengganu dan Kelantan hanya kerana mereka memilih pembangkang..

Inikah kerajaan ‘adil dan berperikemanusiaan’ yang dilaung-laungkan selama ini?

Categories: Politic

Terima Kasih

No Comments

Terima kasih saya ucapkan kepada semua perwakilan yang telah memberikan kepercayaan kepada saya sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia penggal 2018-2021.

Categories: Politic UMNO