Category: UMNO

Selamat Hari Raya Aidilfitri

No Comments

Saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga Parlimen Bera dan rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Tidak lupa kepada warga kota yg dalam perjalanan ke Bera atau di mana saja anda berada.. saya mendoakan keselamatan ketika dalam perjalanan untuk pulang ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga.

Moga Allah SWT memberi kita semua hikmah dan kebahagiaan dan penyatuan antara kita umat Islam demi kemurniaan agama dan bangsa di tanahair tercinta.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Categories: Aidilfitri UMNO

Terima Kasih

No Comments

Terima
kasih saya ucapkan kepada semua perwakilan yang telah memberikan
kepercayaan kepada saya sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia penggal
2018-2021.

Categories: Politic UMNO

Kunjungan Hormat

No Comments

Kunjung
hormat ke rumah Dato’ Sri Najib Razak bersama rakan-rakan Ketua
Bahagian, semoga DSN bersabar dalam menghadapi segala cabaran.

Pesanan beliau agar ahli-ahli UMNO terus bersemangat dalam meneruskan perjuangan!

Categories: UMNO

Hari Umno ke-72

No Comments

Hari UMNO 72: Ahli UMNO Perlu Bangkit, Bina Semula Semangat Perjuangan Parti Keramat

Saya mahu kita kembalikan UMNO kepada semangat yang asal. Di mana UMNO tidak dilihat sebagai parti yang terpisah dari rakyat.

Kita mesti melalui perubahan yang besar dalam parti. Kita mesti lakukan
perubahan yang tidak pernah kita fikirkan. Yang kita perlukan hari ini
ialah kejujuran yang mendalam, keberanian yang luar biasa dan
pengorbanan yang pedih.

Jasa UMNO kepada agama, bangsa dan negara terlalu besar untuk kita biar parti keramat ini musnah dan hilang selama-lamanya

Categories: Celebration UMNO

Terima Kasih Pengundi Bera P090

No Comments

Terima
kasih pengundi Bera P090 kerana masih mengundi, dan memilih Barisan
Nasional sebagai parti menerajui yang Parlimen Bera. Bagaimanapun bagi
peringkat Nasional, kami terima keputusan rakyat..dengan hati yang
terbuka.

Terima kasih jua saya ucapkan kepada jentera,
penyokong, pendokong dan semua rakan kepimpinan Barisan Nasional yang
sentiasa setia mempertahankan perjuangan ini.

Saya akan terus
berkhidmat untuk rakyat khususnya di Bera, dan terus berpegang kepada
tali perjuangan rakyat kerana ini falsafah saya dulu, kini dan
selamanya.