DAP TAKUTKAN “JIHAD” UMNO/PAS UNTUK TEGAKKAN KERAJAAN ISLAM MELAYU

*DAP TAKUTKAN KALANGAN BUKAN MUSLIM DENGAN PESONGKAN ERTI “JIHAD”*

*ASSALAMUALAIKUM WBT*
*26 Rajab 1440H/2 April 2019*

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*KETUA PEMBANGKANG/*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

Saya diberi masa 24 jam untuk menarik balik perkataan *”JIHAD”* oleh Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng.Tatkala saya menulis blog saya ini ,masa 24 jam yang diberikan telah tamat dan saya enggan menarik balik kenyataan saya *”Perjuangan kita menentang kerajaan PH hari ini boleh dianggap sebagai Jihad”* berkaitan *Kerjasama UMNO dan PAS merupakan suatu JIHAD untuk menjatuhkan kerajaan anti-islam kepada kerajaan Melayu dan Islam*

Apa salah saya sebagai seorang Islam yang menggunakan satu perkataan yang jelas ada dalam tuntutan syariah dan syarak Islam itu sendiri.Dalam syarak “JIHAD” bermaksud “usaha seorang Muslim mengerah segala daya dan tenaga untuk mencapai kemenangan ISLAM kerana mencari keredaan Allah SWT.

Dengan kata lain Jihad merupakan sebuah perjuangan yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan perkara-perkara yang diperintah ALLAH SWT walau dengan mengorbankan hak kepentingan diri sendiri.

Kenapa YB Kepong sensitif sangat dengan perkataan JIHAD? Saya telah menjelaskan maksud dan pengertian Jihad dan ianya tidak mencerminkan sentimen hasutan atau ugutan kepada mana-mana pihak malah ketika saya menjadi Menteri saya melancarkan kempen dan program “Jihad Memerangi Orang Tengah” dalam membantu nelayan dalam soal harga ikan dan tangkapan.

Jelas bahawa DAP yang selama ini cuba menakutkan rakyat terutama bukan muslim dengan menyalah-ertikan Islam.Islam diperlihatkan seperti Taliban apabila menyamakan Kerjasama UMNO/PAS sebelum ini.Islam dimomokkan dengan pandangan negatif walhal sejarah telah membuktikan tidak tidak berlaku apa jua bentuk penindasan dibawah kerajaan Islam termasuklah di Malaysia.Tetapi sejarah juga membuktikan orang Islam ditindas dibeberapa buah negara yang kerajaannya dari kalangan bukan Islam.Contohnya jelas apa yang berlaku di Rohingya,Selatan Thai dan Filipina.

Apakah hari ini DAP cuba mengambil sikap dan strategi baru mereka dengan memburukkan imej Islam dan secara berterusan memberikan pemahaman yang salah berkaitan ISLAM.Saya cukup yakin DAP akan meneruskan dengan cara memburukkan imej islam ini demi menakutkan rakan kita dari kalangan bukan muslim.

Saya dengan pendirian saya dan enggan sesekali menarik balik kenyataan saya.Tidak sesekali tunduk kepada *Bangsa DAP* yang jelas ketakutan mutakhir ini apabila kesedaran orang melayu/islam yang makin nampak kejahatan dan kerakusan Bangsa DAP apabila mereka berkuasa.

Kerajaan DAP hari ini tidak boleh kita benarkan untuk berkuasa.Kerosakan yang bakal mereka tinggalkan bakal memberikan kesan besar kepada kita umat Islam/Melayu.Walau sekejap mereka berkuasa tetapi sebolehnya mereka cuba merosakkan ekonomi Islam/Melayu melalui Tabung Haji dengan pemindahan aset RM 19.9 billion kepada syarikat SPV yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan yang mana Menteri Kewangannya adalah Setiausaha Agong DAP.Apakah Islam Melayu mahu harta milik orang Islam ditadbirurus oleh bukan islam?

Syarikat seperti Khazanah dan PNB yang menyumbang kepada nilai dividen pelabur ASN/ASB selama ini sedang dijual aset-asetnya.ASN/ASB jelas melibatkan bumiputera di negara kita dan kenapa ianya menjadi objektif utama Kerajaan DAP atas alasan penstrukturan semula dan sebagainya.

Saya mahu lihat sejauh mana YB Kepong mampu menakutkan rakan kita bukan muslim dengan bermain sentimen perkauman dan menyentuh soal agama islam.Rakyat sedang melihat dan rakyat mampu menilai sikap dan sifat sebuah parti yang berada dalam ketakutan apabila kebangkitan Islam/Melayu diterjemahkan dalam Penyatuan Ummah UMNO/PAS.

UMNO/PAS mampu menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Malaysia ini yang tidak sesekali mengetepikan kepentingan rakan bukan muslim.Lihat sahaja sejarah di Kelantan dan Kedah dimana tidak ada seorang pun rakyat bukan muslim ditindas atau disekat hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan latar belakang agama yang berlainan.

Malaysia diperintah lebih 60 tahun oleh BN yang ditunjangi oleh UMNO.Selama pemerintahan BN orang bukan islam dan orang bukan melayu dapat hidup dengan selesa tanpa sebarang tekanan dari kerajaan.Tapi sebaliknya Islam Melayu merasai tekanan demi tekanan dari Kerajaan DAP hari ini.

Saya yakin rakyat bukan muslim tidak takut dengan istilah “*Jihad”* tetapi pemimpin Bangsa DAP yang menggeletar seluruh badan dengan kebangkitan Penyatuan Ummah.

_*#PenyatuanUmmahUMNO/PAS*_
_*#DAPanti-islam*_

Categories: Uncategorized