GENAP SETAHUN KERAJAAN PH.APAKAH RAKYAT MAKIN SENANG DAN TERBELA?

GENAP SETAHUN KERAJAAN PH.APAKAH RAKYAT SEMAKIN SENANG DAN TERBELA?

ASSALAMUALAIKUM WBT

4 Ramadhan 1440H/9 Mei 2019

ISMAIL SABRI YAAKOB

Ketua Pembangkang Malaysia/

Naib Presiden UMNO

Saya menunggu tarikh ini dengan rasa terkilan dan sedih dari apa yang berlaku kepada rakyat negara ini.Menginsafi jatuhnya Kerajaan BN mungkin dari kegagalan yang terwujud sehingga menghilangkan keyakinan dan kepercayaan rakyat sehingga memaksa rakyat memilih Kerajaan PH dan akhirnya rakyat menanggung beban yang berlaku dari salah memilih dan beberapa sebab lain.

Tumpuan saya kepada 60 Janji Manifesto PH yang diletakkan dibawah 5 Teras Utama dalam Buku Harapan yang jelas gagal ditunaikan secara total.Malah rakyat tidak pernah tahu pun apa isi kandungan dalam Buku Harapan yang lebih 193 muka surat.
Rakyat terpesona hanya kerana *10 Janji 100 Hari* yang dijanjikan PH.Usahkan 10 Janji dalam masa 100 hari tapi genap setahun pun janji ini masih gagal di tunaikan.*Apakah salah untuk rakyat merasa tertipu?*
Jawapannya ada dalam diri diantara kita sebagai rakyat yang hidup dalam era pemerintahan DAP-PH atau era pemerintahan Bangsa DAP yang menafikan banyak perkara berkaitan Islam,Melayu dan Bumiputera.
Sebelum ini semua agama boleh di amalkan dengan aman dan kekadang wujud penghinaan antara penganut secara terbuka.Jika ada pasti tindakan segera diambil.Kini penghinaan ugama dilakukan secara terbuka khususnya kepada agama Islam sehingga Rasulullah SWT pun dihina.Rakyat dididik dengan menghormat semua kaum.Tapi mutakhir ini jelas dalam pemerintahan DAP-PH pihak-pihak yang lantang mengeluarkan penghinaan kepada kaum lain dan Institusi Raja-Raja makin berani dan makin bertambah jumlahnya dan boleh dilihat tindakan *Pendakwaan Terpilih* berlaku apabila hanya pengkritik kerajaan yang ditangkap dan didakwa.Sudah pasti aktivis masyarakat yang menyuarakan kerisauan rakyat menjadi tumpuan dan mangsa “Pendakwaan Terpilih” kerajaan DAP-PH.Penghina Agama dan Raja-Raja masih bebas dan semakin berani.
Blok Pembangkang di Parlimen sentiasa berjuang dan membawa permasalahan rakyat khususnya rakyat luar bandar yang terkesan dari polisi dan dasar Kerajaan DAP-PH yang menghapuskan segala bentuk bantuan dan skim-skim yang selama ini banyak membantu dan meringan bebanan dari kos sara hidup.
Bantuan Sara Nelayan dikurangkan dari RM 300 kepada RM 200 sebulan.Penoreh Getah tiada lagi bantuan “One Off” RM 500 ketika harga getah menjunam.Walaupun peneroka Felda dijanjikan untuk dihapuskan hutang tapi hutang masih tidak dihapuskan dan keadaan lebih membebankan bila harga sawit jatuh menjunam.Bantuan pelajar setiap kali buka sesi persekolahan RM 100 tidak lagi diteruskan.Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diperkecilkan jumlahnya.
Tapi setelah ditekan dan diperjuangkan oleh pembangkang maka kerajaan terpaksa akur dengan meneruskan dasar-dasar yang ternyata baik ini tetapi dengan jumlah yang dikurangkan.Apakah ini yang rakyat mahukan? Dalam keadaan komoditi yang menjunam, rakyat lebih bertambah bebanan dan penderitaan mereka apabila harga barang terus meningkat.Penggantian Sistem Pencukaian GST kepada SST dengan janji akan menurunkan harga barangan hanya janji palsu dan kosong semata-mata.Kalangan peniaga juga turut terkesan apabila kuasa beli rakyat semakin menurun.Para Kontraktor tidak mempunyai projek lagi apabila projek-projek banyak dibatalkan.Kontraktor Kecil Bumiputera menghadapi tekanan apabila tender terbuka diperkenalkan dan terpaksa bersaing dengan kontraktor bukan bumiputera.
Puluhan ribu rakyat kehilangan pekerjaan dari pemberhentian projek-projek kepentingan rakyat.Apakah nasib mereka?Aset dan harta syarikat-syarikat utama negara dijual untuk mengambus lopong dan lubang yang digali Kerajaan DAP-PH dari tindakan “Tax Holiday” sebelum meneruskan SST.Kekurangan wang mengurus memaksa kerajaan menjual aset-aset penting Orang Melayu dibawah Khazanah dan aset berharga Umat Islam di Tabung Haji dan banyak lagi.
PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018 sahaja, jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion untuk tahun 2017 kepada kerajaan BN.
Nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion. Buat kali pertama sejak 10 tahun yang lalu, nilai ekuiti PETRONAS jatuh.
Kakitangan Kerajaan tidak dilayan dengan baik kerana sikap prejudis kerajaan yang menganggap kakitangan kerajaan masih setia kepada BN.
Hutang Negara terus meningkat dari RM686 juta kepada RM777 selepas DAP-PH mengambilalih kerajaan dalam jangka masa 8 bulan sahaja.Kononnya hapuskan pemberian tunai kepada rakyat untuk berjimat namun hutang terus bertambah.Pasaran saham merudum menjadikan Malaysia pasaran saham terburuk bagi seluruh Negara Asia.Pelaburan Asing makin berkurang malah ratusan juta dibawa keluar dari pelaburan.Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019.
Saya sedar bahawa kerajaan BN bukan kerajaan yang sempurna tetapi kami BN tidak sesekali memperbodohkan rakyat dengan menjanjikan bulan dan bintang tetapi mengkhianatinya tanpa rasa bersalah.Kami bukan kerajaan sempurna tetapi kami tidak sesekali mengkhianati apa jua yang ada dalam perlembagaan khususnya melibatkan Agama Islam dan Bangsa Melayu Bumiputera.Dalam masa yang sama kami tidak sesekali menganiaya rakan bangsa selain melayu yang terbukti mendapat layanan yang baik tanpa wujud perbedaan dan keistimewaan yang telah dijanjikan dalam perlembagaan.
BN pernah memerintah negara dalam masa yang lama.Pelbagai dasar dan polisi kerajaan yang sentiasa ditambahbaik untuk kebajikan rakyat.Tetapi itu semua masih tidak cukup apabila janji bulan dan bintang yang dijanjikan DAP-PH jauh lebih enak dan lunak menjadi harapan rakyat.Akhirnya kebenaran terbukti hari demi hari.Rakayat makin matang menilai soal bukan sayu perkara yang mudah menguruskan sebuah negara.Hutang negara makin bertambah dalam pemerintahan Kerajaan DAP-PH.Pinjaman Bon Samurai dari Jepun menambah duka ekonomi negara.Pembatalan projek kepentingan rakyat menghilangkan keyakinan pelabur yang mengangkat punggung keluar dari negara.Rakyat makin terbeban dengan kos sara hidup yang berlaku tanpa wujud penyelesaian dari sebuah kerajaan yang gagal.
Akhirnya rakyat hanya mampu mengharapkan satu keajaiban berlaku untuk terus hidup.Rakyat terpaksa menunggu 5 tahun sengsara untuk menukar kerajaan tetapi apa jaminan bahawa negara kita tidak akan punah dan rosak sehingga satu tahap hancur apabila kerajaan ditadbir urus oleh DAP-PH yang tidak berkemampuan mengurus sebuah negara.
Kesimpulan kepada *1Tahun Kerajaan DAP-PH* merupakan kerajaan yang _*GAGAL*_ .Ekonomi gagal berkembang malah pertumbuhan terus mengucup.Rakyat terus terbeban dan sengsara.Tiada dasar baru untuk rakyat.Pemimpin Kerajaan DAP-PH terus-menerus menyalahkan kerajaan BN yang lepas dari ketidakmampuan mereka mengurus negara.Kerajaan DAP-PH hanya mampu menukar nama dasar-dasar yang telah dibuat Kerajaan BN.Projek-projek,dasar kerajaan dan program-program hanya bertukar nama dan lambang.
Paling membimbangkan hubungan antara kaum dan agama semakin tegang.Sikap hormat menghormati semakin luntur.Masa depan negara dan rakyat di bawah Kerajaan DAP-PH semakin menakutkan.

_*DSIS*_

Categories: Politic