GST AKAN DIKEMBALIKAN – RAKYAT DITIPU LAGI?

*GST AKAN DIKEMBALIKAN – RAKYAT DITIPU LAGI?*

_*Assalamualaikum WBT*_

_*4 Safar 1441H/3 Oktober 2019*_

*ISMAIL SABRI YAAKOB*

*KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA*

*NAIB PRESIDEN UMNO*

Rakyat terkejut dan keliru dengan kenyataan bahawa kerajaan PH akan mengkaji untuk memperkenalkan semula GST.Sekali lagi Kerajaan PH membuat U-Turn walaupun berbagai fitnah dilemparkan kepada BN tentang GST sebelum ini.

Memfitnah Cukai GST sebagai asbab barangan dan kos sara hidup rakyat meningkat dan membebankan berjaya membeli undi rakyat Malaysia untuk menolak Kerajaan BN. 1 Julai 2018 diistiharkan “Tax Holiday” selama 3 bulan menyebabkan ramai taikun dan taukey-taukey besar bersorak riang.1 September 2018 kerajaan PH memperkenalkan kembali Cukai SST.

Hasil dari “Tax Holiday” itu kerajaan menanggung kerugian lebih kurang RM7 hingga RM10 billion cukai yang tidak dikutip hanya dalam jangkamasa 3 bulan dan wujud kekurangan perbelanjaan juga hasil dari kejatuhan harga minyak dunia untuk merealisasikan Bajet 2019 ketika itu.Hasil dari itu juga Kerajaan PH terpaksa mencari dana lain seperti meminjam Bon Samurai termasuk menjual aset-aset penting milik syarikat milik kerajaan dan juga Petronas dipaksa membayar dividen khas kepada kerajaan sebanyak RM30 billion https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/538671/petronas-bayar-dividen-khas-rm30-bilion-kepada-kerajaan untuk tujuan menutup kerugian dari Tax Holiday.

Saya harus huraikan sedikit senario ini kerana hari ini Perdana Menteri membuat kenyataan untuk mengkaji semula perlaksanaan GST apabila Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER) menyarankan agar GST diperkenalkan semula.

https://t.co/8Hex4yKjQE?ssr=true

Cuma saya sedikit terkilan dengan kenyataan Tun Mahathir apabila seolah meletakkan kepincangan ini kepada rakyat dengan menyatakan *”Kalau itu kehendak rakyat,kita akan kaji sama ada lebih baik dari SST”* . Setahu kita PH kata rakyat yang berkehendakkan GST dihapuskan.Tiba-tiba sekarang rakyat dipersalahkan kerana seolah mahukan GST.

Bukan semuanya rakyat memahami perkara berkaitan percukaian.Tanggungjawab sebuah kerajaan untuk menyediakan dan memberikan dasar terbaik kepada rakyat.GST diperakui lebih 160 negara di dunia dan hanya Malaysia yang mengundur kebelakang dengan membatalkan GST dan kembali kepada SST.

Rakyat tak peduli SST atau GST asalkan harga barangan lebih murah dan ianya mendatangkan kebaikan kepada status ekonomi negara.Buktinya jelas apabila setelah SST diperkenalkan semula tidak ada satu barang yang turun harga selain Telor Ayam seperti lapor Menteri PH sebanyak RM0.02 sen.Tidak ada kebaikan dan penurunan harga yang dapat dinikmati rakyat hasil kembalinya SST.

Yang mendapat untung ialah syarikat-syarikat besar dan peniaga yang kembali boleh lari dari membayar cukai perniagaan mereka dan tidak mengistiharkan keuntungan syarikat mereka.Yang untung ialah peniaga dan taukey-taukey besar hasil “Tax Holiday” yang diberikan kerajaan PH.Rakyat apa dapat?

Jika cadangan MIER ialah memperkenalkan semula GST dengan kadar yang lebih rendah dari sebelum ini 6% maka ini juga usaha yang pernah dilakukan Ahli Parlimen dari pembangkang yang pernah menyarankan dan memohon untuk kerajaan mempertimbangkan mengekalkan GST tetapi menambah senarai barangan pengecualian dan meletakkan satu kadar yang lebih rendah seperti 3% atau mengikut keperluan.(Lihat link perbahasan di Parlimen)

https://youtu.be/z4rHf-4aPwQ

Jelaslah bahawa tidak ada satu pun janji dan formula yang mampu kerajaan PH lakukan untuk membantu rakyat selain menipu dan mengingkari janji mereka kepada rakyat.Jika masih ada rakyat yang merasa mereka tidak tertipu , saya jadi hairan dan tak masuk akal.

Saya hanya mahu bertanya kepada rakyat hari ini apakah yang kita semua dapat dari mandat yang diberikan kepada kerajaan PH hari ini selain penghinaan ,pembohongan ,pengkhianatan dan penipuan mereka terhadap setiap kategori masyarakat dari luar bandar sehingga penghuni kota.Dari bayi yang baru lahir sehingga warga emas dan pesara.Semuanya telah merasa kesannya.Kerajaan PH merupakan sebuah kerajaan yang telah terbukti gagal.

Kerajaan PH perlu memohon maaf kepada BN dan seluruh rakyat kerana berbohong mengenai GST..Rakyat tertipu dan percaya tentang omongan keburukan GST dan percaya tentang kebaikan SST walhal ia sebaliknya.Kini Kerajaan PH mengakui kebaikan GST.Kesan dari GST di tukar kepada SST, pendapatan berkurangan lebih dari 20 billion.Kesannya banyak insentif untuk rakyat ditarik balik.Malah beberapa syarikat milikan kerajaan dijual untuk menutup lompong kewangan.Akibat penipuan ini rakyat menjadi mangsa.

_*#PHTipuRakyat*_

_*#KerajaanU-Turn*_

_*DSIS*_

Categories: Politic