GUANG ENG RASIS DAN BERNIAT JAHAT DALAM ISU BOIKOT PRODUK NON MUSLIM.

*TUDUH UMNO DAN PAS TERLIBAT BOIKOT BARANGAN BUKAN BUMIPUTERA BUKTI LGE PEMIMPIN RASIS DAN PERKAUMAN JAHAT*

_*Assalamualaikum WBT*_

_*2 Muharram 1441H/2 September 2019*_

*ISMAIL SABRI YAAKOB*

*KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA*

*NAIB PRESIDEN UMNO*

1.Baru sahaja kita melangkah ke tahun hijrah 1441H.Hijrah dan pengorbanan umat Islam dituntut dalam segala hal dan kehidupan kita termasuk memastikan apa jua yang kita lakukan perlu berlandaskan soal halal dan haram.Soal Ibadat,soal makan minum dan soal kehidupan seharian yang pasti tidak boleh terkeluar dari hukum halal dan haram.

2.Membaca kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam isu *”BOIKOT”* barangan dan produk bukan bumiputera(non muslim).Dalam kenyataan beliau menyebut dengan jelas seolah UMNO dan PAS terlibat. *”UMNO dan PAS terlibat?”*

3.Seingat saya tidak ada kempen oleh UMNO dan PAS untuk boikot produk non bumi atau non muslim.Kalau ada kempen dari NGO untuk beli produk halal dari peniaga muslim ,itu adalah diatas dasar kesedaran orang-orang Islam tentang kewajipan mereka untuk mendapatkan produk yang benar-benar halal dan kesucian tanpa was-was.

4.Kenyataan LGE menuduh orang melayu /bumiputera khususnya UMNO dan PAS terlibat dalam kempen memboikot produk non bumi adalah jahat dan sangat tidak bertanggungjawab.Kenyataan seperti inilah yang akan menimbulkan sakit hati dan perpecahan antara kaum di negara ini.Kenyataan ini jelas tentang sikap prejudis dan pemikiran jahat LGE terhadap orang melayu.

5.Kenyataan ini juga jelas menunjukkan sikap rasis sempit beliau yang sentiasa mempunyai sentimen dan persepsi negatif terhadap orang Melayu Islam.LGE tidak wajar mengaitkan UMNO dan PAS.Boikot atau tak itu adalah hak pengguna.Pengguna mempunyai kuasa penuh di dalam membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

6.Statement tentang pengguna sepatutnya datang dari Menteri atau Kementerian KPDNHEP bukannya dari Kementerian Kewangan.Tapi nampaknya LGE membuat kenyataan yang dilihat rasis dan jahat bukannya tentang hak mutlak pengguna untuk membuat pilihan. LGE sepatutnya menghormati keputusan pengguna di dalam membuat pilihan.Sepatutnya LGE selaku Menteri Kabinet gembira kerana pengguna hari ini sudah tau menggunakan hak mereka sebagai pengguna.Sejak dari dulu kempen kesedaran pengguna dilaksanakan oleh KPDNKK dan kini KPDNHEP nampaknya kempen tersebut dilihat sedang berhasil.LGE sepatutnya menghormati keputusan pengguna di dalam membuat pilihan.

7.Harus diingat bahawa kesedaran orang muslim berkaitan produk-produk halal ini setelah terlalu banyak produk-produk non muslim yang menggunakan nama-nama Islam dan Melayu demi mengaburi mata pengguna dalam mana produk-produk non bumi ini tidak menititik-beratkan soal kebersihan dan status halalnya.Kesedaran ini setelah pengusaha-pengusaha non bumi ini menganiaya dan mengkhianati pengguna dengan mengetepikan soal halal dan kesucian demi keuntungan semata.

8.Namun LGE berniat jahat mengaitkan UMNO dan PAS untuk menimbulkan kebencian kaum bukan bumiputera terhadap UMNO dan PAS.Sebenarnya kesuraman di dalam perniagaan dirasai oleh semua peniaga samada peniaga bumiputera atau bukan bumiputera.Ianya berpunca dari kelembapan ekonomi akibat dari kegagalan kerajaan PH di dalam menyediakan dasar bagi meningkatkan ekonomi negara.

9.Rakyat luar bandar kurang berbelanja kerana kejatuhan harga komoditi.Begitu juga rakyat di bandar kerana kos sara hidup yang meningkat.Jadi kesuraman perniagaan disebabkan oleh kelemahan dasar ekonomi kerajaan dan kelemahan Kementerian Kewangan.

10.Kenyataan LGE dengan menuduh UMNO dan PAS tidak lebih dari cubaan mengalih perhatian rakyat untuk menutup kelemahan beliau sebagai Menteri Kewangan yang jelas gagal.

11.Jika benar kempen beli barangan dan produk muslim atau boikot yang dilakukan oleh NGO dan orang persendirian dari kalangan Melayu Islam berkaitan produk halal ini maka saya cukup yakin dengan kuasa yang ada pada majoriti Islam Melayu akan membuka satu lembaran baru kepada produk-produk muslim yang pasti halal dan secara tidak langsung ianya bakal mengangkat ekonomi orang muslim pada kedudukan yang baik dan bakal melahirkan lebih ramai pengusaha bumiputera yang mengutamakan *“Soal Hukum Halal Haram”* setiap produk.

_*#TolakBangsaDAP*_

_*#JihadTolakBangsaDAP*_

_*#TolakApaSajaBerkaitanDAP*_

_*DSIS*_

Categories: Politic