ICERD GUGAT KEDUDUKAN MELAYU DAN ANAK NEGERI SABAH/SARAWAK SECARA SENYAP.

ICERD GUGAT KEDUDUKAN ORANG MELAYU DAN ANAK NEGERI SABAH/SARAWAK

ASSALAMUALAIKUM WBT
Jumaat
8 Rabiul Awal 1440H bersamaan
16 November 2018
ISMAIL SABRI YAAKOB
NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA

Apabila pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan bercadang untuk meratifikasikan ICERD (International Convention on the Elimination of all forms of Racial Discrimination) atau Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan segala bentuk Diskriminasi Kaum, maka timbul pelbagai reaksi mengenainya.Yang pasti orang melayu begitu marah kerana mereka merasakan hak mereka sudah mula dicabar secara terbuka.

Pemuda UMNO dan Pemuda PAS telah memulakan bantahan dan protes secara terbuka.Bantahan ini dijangka berterusan setiap minggu di seluruh negara.

2. Sebenarnya ICERD ini sudah lama wujud. Ianya mula diratifikasi pada tahun 1965 dan mula berkuatkuasa pada 1969.Tujuan asalnya adalah untuk menentang dasar apharteid di Afrika Selatan.Rakyat Malaysia harus tahu sejarah kenapa ICERD ini diwujudkan.Apakah kita di Malaysia mengamalkan Dasar Aphatied(Sistem yang Mengamalkan Perkauman)-Rujuk Sejarah Aphatied Afrika Selatan(Kerajaan Kulit Putih).Dalam Perlembagaan Malaysia terdapat pelbagai klausa dan fasal-fasal yang menjamin dan keistimewaan yang diberikan kepada kaum selain bumiputera dan bagaimana ianya dijamin dalam Perkara 11(Hak kebebasan mengamalkan dan menganut agama mereka) dan Perkara 3(1)(Penganut-penganut agama lain masih lagi bebas mengamalkan agama mereka.Malaysia bukan pengamal Sistem Aphatied dan ICERD tak perlu diratifisikasikan.

3. Walaupun sudah lama diperkenalkan tapi Malaysia tidak pernah terlibat malah tidak ramai pun yang tahu kerana tidak pernah diperbincangkan samada secara sulit lebih-lebih lagi secara terbuka.

4. Pastinya setiap kaum menghormati sensitiviti Kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang merupakan kaum majoriti.Pastinya mereka masih menghormati kontrak sosial di antara semua kaum.Pastinya mereka menghormati toleransi kaum melayu sewaktu pembentukan persekutuan Tanah Melayu yang merdeka serta toleransi Anak Negeri Sabah dan Sarawak melalui pembentukan Malaysia.

5. Pastinya mereka memahami perkara-perkara sensitif yang menjadi taboo dan tidak boleh disentuh.

6. Walaubagaimana pun keadaan berubah selepas PRU14 apabila PH yang didominasi DAP memenangi pilihan raya.

7. DAP mula membuka topeng mereka yang sebenar.Sifat anti-melayu makin mereka terjemahkan.Apakah orang melayu masih tidak nampak kerakusan mereka setelah mereka memiliki kuasa?

8. Isu-isu sensitif sudah tidak lagi menjadi sensitif.Perkara-perkara yang tidak pernah dibincangkan secara terbuka sudah mula mereka berani menjadikan agenda terbuka dan mempertikaikan secara terbuka tanpa lagi menghormati hak-hak sensitiviti Orang Melayu.

9. Rasa hormat kepada kaum majoriti sudah hilang kerana kuasa ditangan mereka.Kerajaan yang ada adalah proxy mereka semata-mata atau hanya boneka yang sedang dicucuk hidungnya oleh DAP.

10. Maka timbullah idea untuk meratifikasikan ICERD.Teori yang menyatakan ICERD merupakan agenda DAP jelas kerana sepanjang pemerintahan Tun Mahathir selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri Ke 4 tidak pernah membincangkan soal mahu meratifikasikan ICERD.Kenapa sekarang?

11. Perkara 1 fasal 1 ICERD mentakrifkan diskriminasi kaum sebagai “sebarang perbezaan, pengecualian, sekatan atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna kulit dan keturunan”. Ini bermakna memberi keistimewaan berdasarkan kaum adalah diskriminasi.

12. Peruntukan inilah sebenarnya yang mencabar hak Orang Melayu dan Anak Negeri Sabah dan Sarawak.Peruntukan inilah yang dilihat jelas bertentangan dengan hak Orang Melayu dan Anak Negeri Sabah dan Sarawak berdasarkan Perkara 153(Hak-hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera), Perkara 89(Berkaitan Perizaban Tanah Melayu) dan Perkara 8(4)(f) (Menghadkan Regimen Askar Melayu DiRaja hanya kepada Orang Melayu) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Banyak lagi Perkara-perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang bakal diubah dan dihapuskan jika ICERD diraktifikasikan di negara kita.

13.Perkara 2 Fasal 1 ICERD menyatakan supaya mana-mana negara yang meratifikasikan ICERD ini dengan kadar segera meminda,batal dan memansuhkan undang-undang negara yang berkait diakriminasi kaum.

14.Tidak cukup dengan itu, apabila ICERD disahkan maka satu komiti dari UN akan diwujudkan bagi memantau perlaksanaan perkara-perkara yang terkandung dalam ICERD.Maka negara-negara yang meratifikasikan ICERD mesti membuat persembahan kepada komiti setiap 4 tahun sekali dan akan ditanya tentang status perlaksanaan.Malaysia juga tidak terkecuali.Malaysia akan dipantau dan terpaksa melapurkan status perlaksanaan ICERD kepada komiti ini.

15.Menandatangan ICERD merupakan usaha “Pintu Belakang” pihak-pihak tertentu untuk menghapuskan hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.Jauh dari itu hak kesamarataan akan di perjuangkan termasuk hak-hak yang telah kita jadikan pegangan hidup Islam seperti hak lelaki dan hak wanita termasuk dalam soal perkahwinan dan ia bakal bertentangan dengan hadis dan quran yang menjadi rujukan Umat Islam.

16.Walaupun kerajaan menyatakan akan membuat reservasi atau pengecualian kepada Perkara 153 dan lain-lain tetapi akhirnya komiti ICERD pasti akan memberikan tekanan supaya Perkara 153 dan lain-lain perkara yang mereka definasikan sebagai diskriminasi akan dihapuskan.Kuasa Raja-raja pasti tergugat secara terus apabila beberapa perkara dalam perlembagaan akan dimansuhkan dan Raja-raja tidak lagi memiliki kuasa sebagai Ketua Negara dan Ketua Agama Islam.

17.Akhirnya ialah kerisauan saya apabila ICERD ini disahkan dan ia bakal membangkitkan amarah Orang Melayu yang terkenal dengan toleransinya sebelum ini.Ini pengakhiran kepada kesabaran dari setiap penghinaan dan cubaan menyusik dan mempertikaikan apa jua hak melayu yang mana Orang Melayu tidak pernah walau sekali atau pernah mempertikaikan hak kaum selain bumiputera.

18.Orang Islam dan Melayu tidak pernah menghina Tokong atau rumah ibadat kaum cina dan india.Orang Islam sekali pun tidak pernah mempertikaikan peruntukan yang disediakan kerajaan pusat sebelum ini kepada kaum selain melayu atau selain ugama islam.Mereka menghormati rakan berlainan agama dan budaya tetapi kenapa hari ini mereka kerap di cabar kesabaran mereka.Kenapa sehingga hari ini kerap soal budaya dan amalan agama Islam terus menerus mempertikaikan semua ini sehingga bab khatan pun dijadikan isu dan perbincangan terbuka.

19.Justeru itu saya mohon kepada semua rakyat pelbagai kaum untuk kita sama menghormati amalan dan pegangan keagamaan sesama kita yang telah termaktub dalam perlembagaan dan kontrak sosial yang menjadi asas kepada memakmuran kita sejak merdeka.Jangan kita membakar api perkauman hasil dari hasutan pihak-pihak yang cuma untuk menghancurkan Malaysia dan formula politik tolak-ansur yang kita amalkan selama ini.

Selama ini tanpa ratifikasi ICERD pun Malaysia terus dipandang tinggi oleh dunia luar dan keharmonian kaum terus terjaga.Namun dengan ratifikasikan ICERD , keharmonian kaum yang dinikmati selama ini pasti akan terjejas teruk.Sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab tidak sepatutnya cuma memuaskan kehendak dunia tetapi yang lebih penting ialah menjaga kebajikan rakyat dan keamanan negara.Justeru itu saya menyeru kerajaan hari ini membatalkan terus hasrat untuk meratifikasikan ICERD demi kepentingan rakyat.

WALLAHUALAM.

Categories: Uncategorized