ICERD,STATUT ROM.APAKAH AGENDA DAP/PH JADIKAN MALAYSIA SEBUAH REPUBLIK?

*SEBELUM INI ICERD DAN SEKARANG STATUT ROM.APA AGENDA KERAJAAN PH TERHADAP INSTITUSI RAJA DAN ISLAM DI MALAYSIA?*

*ASSALAMUALAIKUM WBT*
*29 Rejab 1440H/5 April 2019*

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*KETUA PEMBANGKANG/*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

Alhamdulillah dan rasa lega apabila mendapat tahu keputusan bahawa negara Malaysia akan membatalkan ratifikasi dan menarik diri dari menjadi ahli Statut Rom.

Statut ROM @ Statut Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) merupakan satu lagi bentuk perjanjian(Treati) antarabangsa yang telah diasaskan pada 17 Julai 1998 dan kuatkuasa 1 Julai 2002.

Setelah seluruh pihak pembangkang di Dewan Rakyat cuba mendapatkan penjelasan dari Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang cuba mengelak dari menjawab persoalan dan enggan mengakui bahawa beliau bagi pihak kerajaan telah menandatangi Statut Rom tanpa mendapat Perkenan YDP Agong.

Pihak pembangkang menentang tindakan kerajaan kerana ianya bertentangan dengan perlembagaan seperti cuba mencabar dan menyentuh kuasa dan kekebalan Raja-Raja yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pada hari Rabu lepas,saya mengetuai barisan pembangkang menghantar satu usul kepada Speaker Dewan untuk membincangkan secara tuntas dan terperinci berkaitan Statut Rom yang secara tidak langsung telah membelakangkan Perlembagaan Negara yang sedia ada.Pihak kerajaan PH dilihat seolah tergesa-gesa menandatangani treati ini dan tidak dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan.

Persoalan lain juga,kenapa Statut Rome ini tidak dibentangkan di dalam Majlis Raja-Raja.Perkara ini jelas dalam perlembagaan, apa-apa perkara yang menyentuh keistimewaan Raja-Raja mesti mendapat perkenan YDP Agong dan Majlis Raja-Raja.Kenapa Kerajaan PH sekali lagi dilihat terburu-buru seolah ada agenda tersembunyi.

Pada 11 Mac 2019 melalui Wisma Putra mengeluarkan kenyataan bahawa Statut Rom tidak menjejaskan kedudukan Agong.(Datuk Saifuddin Abdullah -Menteri Luar).Walhal sebahagian besar negara jiran seperti Thailand,Indonesia,Singapore dan lain-lain belum menandatangani Statut Rom.

Kuasa besar seperti USA,Russia,China dan India tidak menandatangani treati ini.Beberapa buah negara yang pernah menandatangani menarik diri dari meratifikasikannya seperti Fhilipina.Kebanyakan negara beraja lain tidak menandatangani Statut Rome.Seperti ada agenda tersembunyi Kerajaan DAP-PH ini.

Amat menghairankan apabila seorang Menteri di zaman pemerintahan PH ini boleh menandatangi sebuah treati antarabangsa tanpa persetujuan atau mendapat perkenan YDP Agong.Apakah sebenarnya agenda kerajaan PH dalam soal Institusi Raja yang ada di negara kita.Apakah benar ini juga usaha untuk sekali lagi menarik dan menghapuskan kuasa Raja dan Sultan.

Tidak cukup dengan isu ICERD yang mencabar hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera dan Islam.Kini kerajaan PH cuba lagi dalam Statut Rom untuk mencabar keistimewaan Raja-Raja Melayu.Apakah Perlembagaan dan Undang-undang yang ada dalam negara kita masih tidak cukup untuk menjatuhkan hukuman kepada penjenayah sehingga memerlukan sebuah mahkamah dunia dan antarabangsa.

Apakah dengan usaha menandatangi Statut Rom ini menjelaskan bahawa ada usaha kerajaan PH yang dikuasai DAP untuk mengheret mana-mana Sultan ke mahkamah tersebut malah Malaysia telah mempunyai Mahkamah Khas untuk membicarakan Raja-Raja Melayu.

Saya mendesak agar Perdana Menteri mengambil tindakan tegas kepada Menteri Luar yang jelas gagal dan tidak memberikan maklumat yang benar kepada YDP Agong sewaktu memaklumkan atau Mengadap YDP Agong tentang tindakan Kerajaan PH menandatangani Statut Rom.

Tindakan tegas juga harus diambil kepada Peguam Negara Tommy Thomas kerana gagal memberikan nasihat kepada kerajaan tentang kesan negatif Statut Rom ini kepada YDP Agong dan Raja-Raja Melayu.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua atas desakan pihak Pembangkang di Parlimen,Parti-parti politik Pembangkang serta NGO akhirnya kerajaan tunduk kepada tekanan ini dan menarik balik penyertaan sebagai Ahli Statut Rom ini.

Walaubagaimana pun, saya menggesa YAB Perdana Menteri atau Menteri Luar mengumumkan keputusan tersebut di dalam Dewan Rakyat.Dewan yang mulia ini harus dimaklumkan jangkamasa penarikan tersebut.Menteri Luar seharusnya memohon maaf kepada seluruh Dewan Rakyat kerana mengelirukan Dewan.

Saya cukup yakin dan percaya *ICERD dan STATUT ROM* merupakan agenda tersembunyi untuk menghapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu/Bumiputera dan Islam serta menghapuskan keistimewaan Raja-Raja Melayu.Apakah ini langkah awal negara menuju kepada agenda kesamarataan dan sebuah *Negara Republik?*

Tepuk Dada Tanya Selera.

_*#TolakBangsaDAP*_
_*#TentangStatutROM*_
_*#DSIS*_

Categories: Uncategorized