JANGAN TERMAKAN DENGAN MAINAN TERDESAK PH DI SEMENYIH.

*KENYATAAN TUN MAHATHIR NAMPAK TERDESAK BILA MEWAKILI PAS*

ASSALAMUALAIKUM WBT
13 JamadilAkhir 1440H/18 Feb 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

Melihat kepada perkembangan isu pertemuan antara TG Hj Hadi dengan Tun Mahathir menyebabkan saya sedikit kehairanan.Tindakan Tun Mahathir membuat kenyataan bagi pihak PAS menggambarkan betapa terdesak Tun Mahathir dalam mencari kemenangan di Semenyih.Jika benar, seharusnya TG Hj Hadi yang membuat kenyataan.

Sekali lagi saya mahu tegaskan.Tindakan Tun Mahathir ini memperlihatkan ketakutan yang amat sangat PH kepada kerjasama UMNO – PAS di semenyih memandangkan kemenangan besar BN di Cameron Highland hasil kerjasama UMNO – PAS.

Kerjasama UMNO – PAS begitu jelas ditunjukkan semasa hari penamaan calun apabila pemimpin PAS turun berarak mengiringi calun BN seperti Ustaz Idris dan Dato Iskandar Naib Presiden PAS,YB Dato Taqiyuddin SUA PAS Malaysia dan Bendahari Agung Pas.Tidak terlepas Pesuruhjaya PAS Selangor Ustaz Solihin Muhyi,Ketua Dewan Muslimat PAS.Pemimpin-pemimpin Dewan Pemuda dan ramai lagi pimpinan kanan dari PAS.Malah unit amal PAS membantu mengawal keselamatan sepanjang proses penamaan calun tempoh hari.Kehadiran mereka semua tidak menggambarkan kenyataan Tun Mahathir sebelum ini bahawa PAS tidak akan membantu UMNO di Semenyih.Malah beberapa pemimpin PAS telah menafikan kenyataan Tun Mahathir tersebut seperti Ustaz Nasaruddin Tantawi Ketua Penerangan PAS.Malah Menteri Besar Terengganu telah membuat kenyataan menyatakan perjumpaan hanya membincangkan soal pentadbiran dan bukan politik.Perbincangan lebih kepada soal MTEN, royalti minyak dan hubungan Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan dengan Kerajaan Pusat.

Malah dari segi kerjasama UMNO – PAS untuk PRK kali ini saya yang mempengerusikan mesyuarat bersama jawatankuasa bersama tersebut bersama SUA PAS Malaysia bagi menyusun program bersama sewaktu kempen hingga ke hari mengundi.

Kenyataan Tun Mahathir hanyalah sebagai usaha terdesak dan psywar untuk memecah-belahkan hubungan UMNO – PAS dan untuk mengelirukan jentera kedua-kedua parti.Ditambah pula berlaku masalah jentera PH dari kalangan PKR dan DAP yang bermasalah dalam kerjasama mereka membantu PPBM dari kepentingan kelompok-kelompok tertentu yang berbalah sesama mereka.

Namun saya yakin jentera UMNO – PAS malah pengundi tidak mudah terpengaruh dengan strategi psywar ini..Bagi pengundi di Semenyih , PH dan penipuan tidak dapat dipisahkan.. Mereka menipu manifesto, mereka menipu sijil dan kali ini di PRK Semenyih ini mereka akan terus menipu.

Saya menyeru kepada jentera UMNO-PAS supaya jangan terkeliru dengan kenyataan tersebut.. Teruskan kerjasama dengan lebih erat dan akrab bagi mempastikan kemenangan calun BN demi masa depan agama dan bangsa serta negara yang lebih cemerlang utk semua kaum.

Categories: Uncategorized