KEMENANGAN BN BUKTI KUKUH RAKYAT MUAK DENGAN KERAJAAN PH

*KEMENANGAN BN BUKTI KUKUH RAKYAT MUAK DENGAN KERAJAAN PH*

*ASSALAMUALAIKUM WBT*
*8 Syaa’ban 1440H/13 April 2019*

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*Ketua Pembangkang /*
*Naib Presiden UMNO*

Syukur alhamdulillah dengan izin Allah BN melalui Tok Mat menang besar di Rantau.Terima kasih kepada semua pengundi dan rakyat Rantau yang memberikan kemenangan ini.Tahniah dan Terima Kasih kepada semua jentera UMNO dan Komponen BN,Jentera PAS,Rakan-rakan BN,NGO dan setiap individu yang bekerja keras untuk kemenangan BN kali ini.Syabas!!!

Selesai Sidang Dewan Rakyat yang banyak menyaksikan kejayaan Blok Pembangkang di Parlimen dalam memperjuangkan isu rakyat dan hari ini Allah kurniakan pula kemenangan PRK Rantau kepada BN dan rakan Pembangkang PAS.

Kemenangan Tok Mat di Rantau melalui BN semakin jelas membuktikan betapa muak rakyat kepada Kerajaan PH.Isyarat rakyat di Rantau menunjukkan rakyat sudah menolak PH dan kembali menyokong BN.

Ini merupakan kekalahan 3 kali berturut-turut atau “hatrik” PH.Rakyat sudah sedar bahawa PH tidak mampu membawa kemakmuran kepada rakyat malah rakyat lebih menderita.

Masyarakat luar bandar dan bandar terus terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.Bagi mereka yang bergantung kepada produk komoditi,harga yang semakin merudum menambahkan keperitan.

Bagi peniaga kecil pula,kekurangan pendapatan rakyat menyebabkan mereka terpaksa berjimat di dalam pembelian yang akhirnya menyebabkan perniagaan peniaga kecil turut dan terus terjejas.

Kita boleh tertipu sekali tetapi tidak mungkin akan ditipu berkali-kali.Kempen PH masih lagi dengan cara menabur janji akan membangunkan itu dan ini.Akan beri itu dan ini jika menang tetapi rakyat Malaysia tidak sebodoh apa yang PH jangkakan.

Sepanjang kempen khususnya beberapa hari sebelum PRK ,PH cuba membuat kononnya pendedahan untuk memburukkan BN melalui isu Tabung Haji dan Felda tetapi ianya tidak mengembalikan kepercayaan rakyat kepada PH.Serangan peribadi ke atas batang tubuh Tok Mat yang diharapkan berjaya telah menambah kebencian pengundi kepada PH kerana rakyat lebih mengenali Tok Mat dan mereka kenal benar hati budi Tok Mat.

Begitulah rakyat Malaysia.Mereka ditipu dengan manifesto PRU14 tetapi tidak akan tertipu lagi. Oleh sebab itulah rakyat terus menolak kerajaan PH. Keputusan PRK Rantau dengan kemenangan besar BN dan Tok Mat merupakan manifestasi dan terjemahan tahap kebencian rakyat kepada kerajaan PH.

Ketidakikhlasan menjaga kepentingan Melayu/Islam serta Raja-Raja Melayu menambahkan kebencian dan tercabarnya rakyat khusus masyarakat Melayu /Islam terhadap kerajaan.

Pelbagai cubaan yang PH lakukan melalui DAP untuk merealisasikan perjuangan mereka untuk menghapuskan hak dan keistimewaan Melayu/Islam.

Rakyat harus ingat.Cadangan dan pencabulan hak melayu yang dibawa DAP dan PH tidak terhenti secara kebetulan atau dari keikhlasan mereka(PH) tetapi semua cadangan mereka seperti cubaan meratifikasi ICERD yang akan menghapuskan hak istimewa Orang Melayu/Bumiputera serta Islam hanya terhenti apabila ditentang dengan kemuncaknya Perhimpunan Ummah UMNO/PAS serta NGO.

Seperti juga cubaan untuk meratifikasi Statut ROM yang akan memberi kesan kepada kekebalan Raja dan Sultan hanya dibatalkan setelah ditentang oleh Raja-Raja dan didedahkan kepincangan yang sengaja mereka rancangkan oleh UMNO/PAS khususnya sepanjang persidangan Dewan Rakyat.Statut ROM ini juga ditentang oleh banyak NGO yang mengetahui agenda jahat yang cuba dibawa oleh PH dalam agenda tersirat mereka.

Semakin hari semakin jelas penentangan dan kebencian yang ditunjukkan rakyat kepada Kerajaan PH.Rakyat sudah tidak yakin dengan PH.Ekonomi terus menjunam yang akhirnya menyusahkan dan membebankan rakyat.Kerakusan DAP makin terang bersuluh apabila kuasa berada dalam genggaman mereka.

Semoga momentum penentangan akan berterusan sehingga PRU15 supaya BN kembali mengambil tampuk pemerintahan negara bagi mengembalikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

_*SUARA RAKYAT MULA MENJELMA*_

_*DSIS*_

Categories: PRK Rantau