KERAJAAN GAGAL DALAM PINDAAN PERLEMBAGAAN ZAHIRKAN KEKUATAN PEMBANGKANG DI PARLIMEN

*PINDAAN PERLEMBAGAAN GAGAL.GAMBARAN KEKUATAN PEMBANGKANG DI PARLIMEN*

*ASSALAMUALAIKUM WBT*

*4 Syaaban 1440H/10 April 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*

*Ketua Pembangkang/*

*Naib Presiden UMNO*

Saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi berita gembira dan kemenangan pembangkang semalam demi memberikan ruang kepada rakan dari Sabah dan Sarawak menjelaskan rasional mereka berkaitan Usul Pindaan Perlembagaan Perkara 1(2) kerana ianya melibatkan hak dan perjuangan rakan dari Sabah dan Sarawak.

Pindaan Perlembagaan yang dibawa oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mendapat sokongan 2/3 iaitu 148 undian sebaliknya cuma dapat 138 di Dewan Rakyat.

Saya ingin tegaskan dan menjelaskan secara khusus berkaitan usul yang dibawa.
Blok Pembangkang tidak menolak usul tersebut kerana kita menghormati perjuangan rakan Sabah dan Sarawak.Tetapi kita memberikan beberapa syarat untuk pihak kerajaan pertimbangkan demi memastikan pindaan ini merupakan pindaan yang menyeluruh dan
bakal memberikan kesan dan baik kepada rakyat Sabah/Sarawak.

Pihak Pembangkang mengemukakan cadangan kepada Kerajaan PH supaya :-

1. *Usul ini memasukkan Malaysia Agreement 1963(MA63) di dalam pindaan.*

2. *Memohon agar usul ini dibentang di dalam DUN Sabah dan Sarawak untuk kelulusan sebelum dibawa di parlimen dan diluluskan demi memastikan ianya dibincangkan ke tahap yang paling terperinci dan tuntas supaya rakyat Sabah dan Sarawak diambil kira kerana pindaan ini melibatkan kepentingan mereka.*

3. *Memohon agar usul dirujuk kepada ‘Select Committee’ Khas / Jawatankuasa Terpilih Khas untuk membincangkan secara terperinci.*

Namun ianya tidak diterima oleh kerajaan. Maka sewaktu undian, pihak pembangkang mengambil pendirian berkecuali. Akibatnya kerajaan gagal mendapat sokongan 2/3 yang diperlukan dan cadangan tidak dapat diteruskan.

Apa yang kami pembangkang lihat ialah keperluan untuk memasukkan *SEMANGAT PERJANJIAN MALAYSIA 1963* dalam pindaan dan ini yang diperjuangkan oleh pemimpin dan rakyat Sabah/Sarawak.

Untuk pemahaman,Pindaan hanya kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang asalnya yang tertulis *”Negeri-Negeri Persekutuan terdiri dari Johor, Kedah,Kelantan,Melaka,Negeri Sembilan,Pahang,Pulau Pinang,Perak,Perlis,Sabah,Sarawak,Selangor dan Terengganu”*.

Apa yang mahu di usulkan hanya pindaan kepada ayat

*”Negeri-Negeri Persekutuan terdiri dari”*

(a).. *Negeri Persekutuan Tanah Melayu seperti Johor,Kedah,Kelantan,Melaka,Negeri Sembilan,Pahang,Pulau Pinang,Perak,Perlis,Sabah,Sarawak,Selangor dan Terengganu”*

b).. *”Negeri-Negeri Borneo Sabah dan Sarawak”*

Pindaan hanya melibatkan pecahan negeri mengikut kedudukan geografi.Itu sahaja.Tidak ada keistimewaan pun kepada Sabah dan Sarawak dengan pindaan tersebut.

Ketika penggulungan Perdana Menteri, saya sempat mencelah dan menjelaskan
berkaitan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan definasi persekutuan dan negeri.Oleh sebab itu kita melihat pindaan ini hanya bersifatkan “Kosmetik” dan tidak merubah apa-apa dalam memberikan kelebihan kepada Sabah dan Sarawak.

Ini merupakan musibah kepada sikap kerajaan yang enggan MENUNAIKAN JANJI DALAM MANIFESTO MEREKA SECARA TOTAL dalam isu MA63 telah mengakibatkan mereka di tewaskan pembangkang di Parlimen.

Kami tidak menolak usul tersebut tetapi kami mahu ianya dilakukan dengan sempurna dan tidak seperti yang mahu dibuat oleh Kerajaan PH yang bersifat *“Kosmetik dan Ala Kadar”*.Kami juga tidak menolak tapi mengambil sikap berkecuali untuk mengelakkan kami dari dipersalahkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak jika ianya tidak menepati keinginan,kehendak dan inspirasi rakyat Sabah dan Sarawak.

Justeru itu,saya berharap agar Kerajaan mengambil iktibar dari apa yang berlaku kelmarin dari hasil keangkuhan mereka dan keengganan menunaikan manifesto yang mereka janjikan.

Kegagalan kerajaan mendapat 2/3 untuk pindaan perlembagaan merupakan sesuatu yg amat memalukan kerajaan.Di negara2-negara maju pastinya seluruh kabinet meletakkan jawatan.Malah jika kegagalan ini dianggap sebagai *“Vote of No Confidence”* atau *”Undi Tidak Percaya”* terhadap kerajaan, bagi sesetengah negara maju kerajaan pasti akan bubarkan parlimen untuk mendapatkan mandat baru rakyat.

*SUARA RAKYAT KALAHKAN KERAJAAN*

_*DSIS*_

Categories: Uncategorized