KERAJAAN PH SELANGOR ZALIM ROBOH RUMAH RAKYAT


*KERAJAAN PH SELANGOR ZALIM ROBOH RUMAH RAKYAT*

_*Assalamualaikum WBT*_

_*18 Muharram 1441H/18 September 2019*_

*ISMAIL SABRI YAAKOB*

*KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA*

*NAIB PRESIDEN UMNO*

Saya amat terkilan dan kecewa apabila melihat mangsa-mangsa rumah yang dirobohkan oleh kerajaan Pakatan Harapan di kampung Sg. Kedondong, Paya Jaras Hilir, Sg. Buloh, Selangor.

Setelah rumah mereka dirobohkan, kerajaan Pakatan Harapan langsung tidak menyediakan tempat tinggal untuk mereka.

Ini tindakan zalim dan kuku besi yang tidak berperikemanusiaan.

Apa nasib mereka, anak-anak kecil yang tak berdosa ini?

Apa salahnya kalau kerajaan sediakan rumah panjang dan sebagainya untuk sementara kalau belum ada lagi rumah PPR? Atau mereka di pindahkan ke tempat yang selamat untuk mereka tinggal?

Tindakan kerajaan Pakatan Harapan ini diluar jangkaan dan diluar batasan kemanusiaan.

Sehingga ke hari ini, ADUN dan Ahli Parlimen tidak turun melihat mangsa-mangsa ini.

Jika diluar negara, rakyat Rohingya, Palestin dan sebagainya yang memerlukan bantuan, kita turun hulurkan bantuan, tetapi di negara sendiri, di layan sebegini rupa.

Ada rumah yang ada geran sementara 99 tahun yang diluluskan oleh kerajaan, pun mereka robohkan dan ada juga yang kata mereka penduduk tetap dan bukan warganegara. Bagi saya setiap manusia perlu dilayan sebagai manusia. Samaada warganegara atau penduduk tetap, mereka tidak boleh dilayan dengan kejam seperti ini. Robohkan rumah mereka tanpa disediakan tempat tinggal alternatif.

Berapa lama mereka harus tinggal di dalam khemah tanpa dinding beralaskan tanah ini. Tiada kemudahan asas lain. Didalam cuaca jerebu yang tidak selamat, berapa lama mereka boleh hidup terdedah kepada udara yang telah diisytiharkan tidak selamat lagi. Ada bayi dan kanak-kanak yang telah mula selsema, ruam dan lain-lain.

Pihak pembangkang Selangor akan kemukakan usul dan membawa isu ini ke dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Malah, saya bersama pembangkang lain di parlimen akan membangkitkan perkara ini di parlimen.

Tindak tanduk zalim dan tidak berperikemanusiaan seperti ini tidak boleh dibiarkan lagi.

Saya mendesak YAB Menteri Besar Selangor dengan segera menyelesaikan isu ini. Pindahkan mereka segera ke tempat yang lebih selamat.

*DSIS*

Categories: Politic