KIT SIANG CUBA TAKUTKAN NON MALAY


*LIM KIT SIANG TAK LAYAK BERCAKAP SOAL PERPADUAN*

Kebimbangan DAP semakin terserlah selepas melihat orang Melayu yang banyak membantu kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihanraya lepas tidak lagi merasakan kerajaan sedia ada mampu mempertahankan nasib bangsa Melayu dan Islam.

Lim Kit Siang tidak layak untuk bercakap tentang perpaduan kerana parti DAP itu sendiri mengamalkan perkauman walaupun selama ini menekankan aspek kepelbagaian dalam piagam mereka.

Malah, Kit Siang dianggap rasis oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu sewaktu didalam UMNO, beliau sendiri kata Kit Siang dan DAP adalah rasis. Dan ia tidak pernah berubah dari dahulu sampai sekarang. Itu bukan kenyataan saya tetapi kenyataan Tun Dr. Mahathir.

Selama ini yang memainkan isu perkauman adalah DAP. Isu kecil seperti tulisan Jawi pun mereka mainkan dan jadikan isu perkauman. Jadi yang bersifat perkauman selama ini adalah DAP.

Kelmarin, Kit Siang kata kerjasama UMNO dan PAS akan memburukkan lagi politik toksik kaum dan agama.

Muafakat Nasional dibentuk atas dasar mahu memperkukuhkan agama Islam dan orang Melayu yang tertekan serta tercabar dengan tindakan kerajaan PH.

Muafakat ini juga bukan sahaja menjadi benteng dalam menjaga kebajikan orang Melayu tetapi juga kaum lain yang berada dalam negara ini.

_*Kit Siang tak usah lah menakut-nakutkan rakyat khususnya kaum bukan bumiputera untuk melihat Muafakat Nasional sebagai satu ancaman kepada kaum dan agama lain. Tiada apa yang perlu ditakutkan.*_

Penyatuan ini juga menjaga kepentingan kaum-kaum lain sebab itu kita lihat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu malah parti-parti politik bukan Melayu pun turut serta menyaksikan acara tandatangan piagam di Himpunan Penyatuan Ummah,PWTC.

_*DSIS*_

Categories: Politic