LIM GUAN ENG ULANGI SUARA MENGHASUT LIM KIT SIANG KETIKA 13 MEI 1969?

*LIM GUAN ENG ULANGI SUARA MENGHASUT LIM KIT SIANG KETIKA 13 MEI 1969?*ASSALAMUALAIKUM WBT30 JamadilAkhir 1440H/7 Mac 2019*ISMAIL SABRI YAAKOB**NAIB PRESIDEN UMNO*Apakah kita hari ini berada di bawah pemerintahan kerajaan yang rasis dan mengamalkan sikap perkauman ketara dengan mengetepikan konsep saling menghormati kaum dan mendokong perlembagaan yang jelas berkaitan hak semua kaum dan agama?Pihak polis perlu mengambil tindakan segera terhadap Lim Guan Eng apabila mengeluarkan kenyataan bahawa kerjasama rasmi UMNO – PAS sebagai pengistiharan perang terhadap orang bukan Melayu dan bukan Islam.Tindakan ini boleh dianggap sebagai hasutan dan provokasi kepada orang bukan Melayu terhadap orang Melayu.Tindakan ini tidak ubah seperti tindakan Lim Kit Siang yang memimpin DAP pada 13hb Mei 1969 yang akhirnya mencetuskan rusuhan kaum terburuk dalam sejarah negara.Apakah tindakan LGE tersebut mahu supaya orang bukan melayu juga mengistiharkan perang terhadap org melayu? Tindakan LGE ini sangat merbahaya kepada perpaduan di negara kita ini. Tindakan LGE merupakan satu tindakan jahat dan amat tidak bertangggungjawab.Sebagai seorang Menteri, LGE sepatutnya menyeru kepada perpaduan antara kaum.Mutakhir ini walaupun orang Islam dicabar begitu dahsyat sehinggakan Nabi Muhammad SAW pun di hina.Apabila Nabi Muhammad SAW dihina, kita tidak mendengar walau sepatah komen dan kenyataan dari LGE yg mengutuk tindakan sedemikian.Kenyataan LGE tersebut menggambarkan sikap sebenar LGE yang merupakan seorang pemimpin yang sangat rasis dan perkauman.Kerjasama UMNO-PAS hanya untuk menyatupadukan Melayu/Islam tanpa meminggirkan kaum lain.Tidak ada niat langsung untuk membuat provokasi keatas kaum lain malah Islam sentiasa adil dan menjaga kepentingan kaum minoriti.Tanggapan jahat LGE ini lahir dari dalam diri LGE yang sentiasa berfikiran rasis sempit.Jika tindakan dan sikap menghasut LGE ini dibiarkan tanpa tindakan, saya bimbang ianya akan mencetuskan bencana kepada negara.Dari kenyataan LGE ini juga menggambarkan bahawa PH berada dalam ketakutan dengan termeterainya kerjasama rasmi dua kuasa politik Melayu/Islam.Penyatuan UMMAH yang sedang dijayakan UMNO-PAS ini bakal menjadi mimpi ngeri,malapetaka dan bencana kepada Kerajaan PH yang terbina dari perpecahan Bangsa Melayu/Islam hasil dari fitnah dan perancangan halus Bangsa DAP demi kuasa dan kedudukan.Apa yang saya nampak ialah LGE dan PH telah mengakui kegagalan menghasut Melayu Islam yang telah semakin sedar dari perpecahan yang merugikan Melayu/Islam dan kini LGE dan PH mencuba untuk menghasut kaum bukan melayu untuk membenci orang Melayu/Islam.Fitnah dan hasut merupakan formula dan ramuan wajib Bangsa DAP sehingga mereka berjaya berkuasa di Putrajaya.*Saya berharap pihak Polis harus bertindak segera terhadap LGE tanpa mengira kedudukan beliau hari ini.Pihak PDRM tidak seharusnya berkompromi dengan apa jua unsur hasutan dan tindakan provokasi sebegini kerana ianya boleh mencetuskan ketegangan kaum seperti peristiwa berdarah negara 13 Mei 1969.Perpaduan kaum lebih penting daripada LGE.*_*Jangan kita benarkan LGE mengulangi kejahatan bapanya LKS satu ketika dulu sehingga mencetuskan 13 Mei 1969 dan menjadikan negara berada dalam sejarah hitam dan berdarah*_Wassalam

Categories: Uncategorized