MAHATHIR “One Man Show” DALAM ISU LANTIKAN PENGERUSI PAC.

*LAGI KEPUTUSAN BERSENDIRI MAHATHIR DENGAN MENGEKALKAN RONALD KIANDEE SEBAGAI PENGERUSI JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC)?*

Assalamualaikum WBT
10 Rejab 1440H/16 Mac 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*KETUA PEMBANGKANG/*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

Keputusan Perdana Menteri ,Tun Mahathir Mohamad mengekalkan Ahli Parlimen Beluran YB Dato Seri Dr Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara(PAC) jelas bertentangan dengan *”Janji 16”* yang tertulis *”Jawatan Pengerusi Kawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan dikhaskan kepada Ahli Parlimen daripada Parti Pembangkang”* tertera jelas dalam manifesto(Buku Harapan) Kerajaan PH.

Bukan sekadar bertentangan dengan janji manifesto mereka malah ianya bertentangan dengan prinsip “Semak dan Imbang” yang perlu ada khususnya dalam Institusi Demokrasi Berperlembagaan dan Berparlimen.Ini demi memastikan pengurusan kewangan negara diurus dengan telus tanpa wujud persepsi jika berlaku kepincangan dalam soal kewangan negara.Tindakan mengekalkan Pengerusi PAC dari kalangan Pihak Kerajaan boleh menggagalkan usaha Speaker untuk transformasikan parlimen.

Benar sebelum ini Ronald merupakan salah seorang Ahli Parlimen BN tetapi hari ini Ronald telah menyertai PPBM.Nurul Izzah dari PKR dan Hanna Yeoh dari DAP juga menyuarakan penentangan kepada keputusan Mahathir mengekalkan Ronald sebagai Pengerusi kerana tidak lagi mewakili pihak pembangkang.Kedua pemimpin ini mahukan Pengerusi PAC dari kalangan pembangkang.

Jelas dalam hal dan isu ini, Mahathir langsung tidak menghormati pandangan dari rakan dalam pakatan sendiri.Tindakan Mahathir jelas membuktikan beliau sebagai bersendirian atau *”One Man Show”* mengulangi sikap lama beliau yang pernah dituduh oleh DAP dan PKR ketika itu sebagai *”Diktator”*

Sebagai rakyat kita semua maklum,PH tidak menunaikan janji manifesto *bukan perkara baru*.Mahathir tidak tunai janji dengan rakan dalam pakatan *bukan perkara baru*.Mengambil Ahli Parlimen UMNO yang lompat ditentang rakan pakatan *juga bukan perkara baru*.PPBM masuk ke Sabah ditentang WARISAN *lagi bukan perkara baru*.Setidaknya Mahathir melakukan *satu perkara baru* dengan menunaikan janji 16 manifesto dalam bab *PAC* demi menghormati Institusi Parlimen yang seharusnya bebas dari campur tangan Eksekutif.

Saya menggesa agar Perdana Menteri mengkaji semula keputusan untuk mengekalkan Ronald dan menamakan nama baru untuk jawatan Pengerusi PAC dari pihak Pembangkang.

Kita mahukan sebuah negara yang maju dan berdaya saing dalam apa jua aspek dan sektor.Kita mahu melihat negara ini diurus dengan baik agar ianya mampu memberikan kesan langsung kepada ekonomi rakyat.Negara memerlukan kepercayaan pelabur luar yang memerhati kekuatan kewangan negara kita.Jika berlaku ketidaktabilan kewangan dan ekonomi hasil dari kegagalan sistem “Semak dan Imbang” dalam parlimen maka ia akan merugikan seluruh rakyat dan negara.

PAC harus dipengerusikan oleh nama baru dari kalangan Pembangkang.

_*#PengerusiPACdariPembangkang*_

Categories: Uncategorized