MENTERI LUAR MASIH MAHUKAN STATUT ROM DIRATIFIKASIKAN.APA AGENDA PH?

MENTERI LUAR MASIH MAHUKAN STATUT ROM DIRATIFIKASIKAN.APA AGENDA PH?

ASSALAMUALAIKUM WBT
24 April 2019/18 Syaa’ban 1440H

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*Ketua Pembangkang/*
*Naib Presiden UMNO*

Membaca kenyataan terbaru Menteri Luar YB Dato’ Saifuddin Abdullah yang jelas menunjukkan beliau masih mahu memperjuangkan Statut Rom Jenayah Mahkamah Antarabangsa (ICC) sehingga diratifikasikan oleh Kerajaan PH.Dengan kenyataan *”Jalan mati buat ICERD tapi Statut Rom kita akan lihat bagaimana (kesudahannya) nanti”* – *FreeMalaysia Today / 23 April 2019* menunjukkan beliau dan PH akan memperjuangkan Statut Rom ini walau mendapat tentangan dari rakyat dan pihak pembangkang.

Bagi saya dengan kenyataan Saifuddin ini mereka masih berniat jahat terhadap Institusi Raja-Raja Melayu.

Beliau tidak bercakap benar dalam parlimen tentang kegagalan membawa Statut Rome ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja.Menteri Luar ketika menjawab dan menggulung perbahasan di dalam parlimen tidak memberi jawapan dengan jelas seolah ingin menyembunyikan agenda sebenar mereka terutamanya apabila cuba mengelak dari menjawab mengenai keperluan kerajaan berdasarkan perlembagaan untuk membentangkan Statut Rom kepada Majilis Raja-Raja.

Jelas kenyataan kali ini membayangkan Saifuddin Abdullah masih berniat untuk meratifikasi Statut Rom dengan apa cara sekali pun dan saya merasa ada sesuatu yang memaksa beliau untuk terus dan terus bercakap berkaitan Statut Rom walhal pada 5 April lalu Perdana Menteri sendiri yang mengumumkan selepas mesyuarat kabinet bahawa mereka membatalkan niat untuk meratifikasikan Statut Rom.Tindakan ini jelas membelakangkan keputusan kabinet dan tidak menghormati Perdana Menteri.

Di atas kegagalan menjawab dan menyembunyikan fakta sebenar kepada dewan rakyat, kami pihak pembangkang telah mengemukakan usul potong gaji terhadap Menteri Luar ini.

Dalam pada itu juga sikap yang tidak mencerminkan seorang Menteri dengan tindakan beliau menggelarkan *“Prof Kangkung”* kepada Professor yang membentangkan laporan kepada Majlis Raja-Raja sebagai tindakan angkuh dan biadap.

Dikhabarkan melalui Menteri Pendidikan bahawa Prof dan beberapa ahli akedemi ini akan dipanggil dan diambil tindakan menjelaskan sikap kerajaan yang tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan mereka.Ianya jauh bertentangan dengan apa yang mereka laungkan sebelum menjadi kerajaan.

Hari ini saya faham kenapa pihak kerajaan tidak mengambil cadangan saya di dalam Dewan Rakyat supaya kerajaan mengumumkan dan merekodkan di dalam Dewan Rakyat mengenai keputusan kabinet untuk membatalkan _Ratifikasi Statut Rom_ tersebut melalui pernyataan menteri.

Saya difahamkan jika pembatalan tidak dilakukan sebelum Jun 2019 maka walaupun dibatalkan selepas itu Statut Rom ini akan terus berkuatkuasa selama 1 tahun dari tarikh ratifikasi.Setakat ini kita mahu kerajaan menjelaskan mengenai status tindakan membatalkan proses ratifikasi ini kepada rakyat.

Kita tidak mahu lagi isu Statut Rom ini dibincangkan semula kerana kabinet harus menghormati keputusan mereka sendiri.Malah kita mahu kerajaan mengambil tindakan segera untuk membatalkan ratifikasi Statut Rom tanpa berdolak-dalih lagi.

Wallahualam

_*DSIS*_

Categories: Politic