MENTERI PH CIPLAK LAGI..

MENTERI PH CIPLAK DAN RASMI IDEA PROJEK LAMPU JALAN LED LUAR BANDAR DARI KERAJAAN BN.

Pagi tadi saya terbaca satu berita seperti yang dilaporkan di Berita RTM.

Ianya berkenaan projek Lampu Jalan LED untuk penduduk di kawasan luar bandar.

Namun, apa yang ‘menggelikan hati’ saya, program ini dirasmikan oleh dua orang menteri kabinet dan juga seorang timbalan menteri.

Kenapa perlu sampai dua orang menteri kabinet?

Mungkinkah Menteri KPLB yang baharu Rina Harun sangat teruja dengan projek Lampu Jalan LED?

Sebenarnya projek ini merupakan idea kerajaan Barisan Nasional dan telah pun dirasmikan di Bera, Pahang ketika saya berada di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pada 1 Oktober 2017, untuk negeri Pahang sahaja saya telah mengumumkan sebanyak 7,700 unit lampu jalan akan dipasang menerusi projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8).

Daripada jumlah itu, sebanyak 6,333 unit adalah lampu jenis Diod Pemancar Cahaya atau (LED).

Pada 17 Oktober 2017, untuk negeri Sarawak, saya telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM14.64 Juta bagi pemasangan 16,292 unit Lampu Jalan Kampung (LJK).

Daripada jumlah tersebut, 792 unit merupakan Lampu Jalan Kampung (LJK) jenis Diod Pemancar Cahaya (LED).

Dibawah Bajet 2017, kerajaan Barisan Nasional meluluskan RM100 juta bagi program Lampu Jalan Kampung (LJK) di seluruh negara melibatkan sebanyak 120,000 unit Lampu Jalan Kampung dan daripada jumlah itu, 6,333 unit adalah Lampu Jalan Kampung jenis Diod Pemancar Cahaya (LED).

Pada 26 Disember 2017 juga, saya mengumumkan sebanyak RM245 juta bagi membiayai pemasangan sebanyak 317,000 unit Lampu Jalan Kampung (LJK). Manakala saya juga telah mengumumkan sebanyak 4,847 unit lampu jalan kampung melibatkan kos keseluruhan RM4 juta siap dipasang di seluruh Terengganu sepanjang 2017 dimana 447 daripadanya adalah lampu jenis LED.

Pada 16 Februari 2018 ketika program rakyat di Muar, Johor, saya bersama bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak mengumumkan bajet tambahan sebanyak RM100 juta untuk memasang 50,000 lampu jalan kampung LED di seluruh negara.

Ternyata apa yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu adalah demi kemudahan dan kesenangan rakyat.

Berbeza dengan kerajaan PH yang hanya meneruskan projek ini dengan peruntukan operasi dan selenggara RM83 juta setahun untuk 10,000 unit sahaja bagi kawasan semenanjung.

Tak perlu lah hingga memerlukan dua orang menteri kabinet merasmikan projek Lampu Jalan LED luar bandar ini seolah-olah mereka yang pelopor pembangunan ini.

Hanya teruskanlah kerja dan selesaikan amanah rakyat walaupun kalian sekadar menciplak idea kerajaan BN.

*DSIS*

Categories: Politic