MUNGKIN DISEBABKAN RADIASI LYNAS DIKUANTAN,FUZIAH MEMPUNYAI MASALAH PEMAHAMAN BAHASA.

FUZIAH MASIH BERBOHONG DAN PUTAR BELIT

Pagi tadi saya lihat satu kenyataan media Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama, Fuziah Salleh dalam portal berita Sinar Harian meminta saya menarik balik kenyataan saya yang mendakwa kononnya saya membuat kenyataan bahawa persijilan logo halal kini di bawah Kementerian Kewangan di dalam ucapan saya semasa Ceramah Perdana, Himpunan Penyatuan Ummah, di Plaza Merdeka PWTC.

Dalam statement Fuziah Salleh, beliau menuduh saya berkata bahawa kini logo halal di bawah Kementerian Kewangan.

https://www.sinarharian.com.my/article/47880/BERITA/Nasional/Kenyataan-Ismail-Sabri-berniat-jahat-Fuziah?fbclid=IwAR0-Pn9y3BlpsfFUPxJbtzyLxP1cQgL3SkShQ1d9JCD0knKsSDOdii8-ksI

Sedangkan saya hanya mengatakan dalam ucapan saya bahawa ‘saya difahamkan AKAN DIPINDAHKAN DIBAWAH HDC (Halal Industry Development Corporation), bukan KINI seperti yang dituduh oleh Fuziah Salleh, bermakna kenyataan saya itu belum pasti.

Fuziah Salleh tak faham antara AKAN dan KINI.

Mungkin Fuziah Salleh tak dapat mendengar dengan jelas ucapan saya. Mungkin juga Fuziah Salleh menghadapi masalah pendengaran atau pemahaman akibat terdedah kepada radiasi toksid dari kilang Nadir Bumi Lynas di Kuantan.

Sebenarnya Fuziah Salleh yang perlu memohon maaf kepada seluruh warga Kuantan dan Indera Mahkota malah seluruh negara kerana berbohong menipu rakyat tentang Lynas yang kononnya membahayakan kesihatan dan nyawa rakyat.

Sekarang pihak kerajaan PH sudah membuat keputusan untuk kekalkan Lynas malah difahamkan sisa Nadir Bumi akan diproses di dalam negara.

Dimana Fuziah Salleh? Kenapa diam? Kenapa tidak menangis lagi?!

Jelas Fuziah Salleh memang pembohong dan putar belit.

Fuziah Salleh tidak lagi layak menjadi ahli parlimen Kuantan.

Jika Fuziah Salleh bermaruah dan jujur, beliau sepatutnya meletakkan jawatan sebagai MP Kuantan kerana menyebabkan penduduk Kuantan dan Indera Mahkota bertahun-tahun berada dalam ketakutan akibat hasutan dan pembohongan beliau mengenai bahaya kilang Lynas tersebut.

Kini tanpa rasa bersalah, masih berbohong dan memutarbelitkan ucapan saya.

*DSIS*

Categories: Politic