PERDANA MENTERI GAGAL JAWAB SOALAN TENTANG ECRL

*PERDANA MENTERI GAGAL JAWAB SOALAN TENTANG ECRL*

*ASSALAMUALAIKUM WBT*
*14 Rejab 1440H/21 Mac 2019*

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*Ketua Pembangkang/
*Naib Presiden UMNO*

Pendekatan barisan Pembangkang ialah tidak mencipta polemik politik murahan untuk berdepan Kerajaan PH.Jauh sekali mahu mencipta fitnah yang tidak berasas.Apa jua permasalahan yang timbul pastinya kami akan mendapatkan penjelasan dari pihak kerajaan khususnya sepanjang Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

Tetapi amat malang dan kesal apabila seorang Perdana Menteri yang cukup pengalaman enggan melayan dan menjawab dengan berfakta di dalam dewan yang seharusnya digunakan kerajaan untuk menjawab dan memberikan penerangan kepada seluruh ahli dewan apabila ada isu dan persoalan dibangkitkan.

Apabila kerajaan memutuskan untuk menangguhkan Projek ECRL atau mungkin juga membatalkan maka terlalu banyak impak negatif kepada rakyat khususnya rakyat pantai timur.Untuk menuju sebuah negara maju tidak seharusnya ada negeri-negeri yang ketinggalan sedikit dibelakang berbanding negeri-negeri lain.Ianya harus seimbang dan menyeluruh dalam semua sektor.Penangguhan atau pembatalan (Projek ECRL) tentu sahaja akan menjejaskan agenda merapatkan jurang pembangunan ekonomi antara pantai timur dan pantai barat.

Malangnya Kerajaan PH seolah-olah gagal untuk melihat dan menjaga kepentingan rakyat di negeri pantai timur ini.Sikap kerajaan hari ini jelas ditunjukkan dan dizahirkan oleh YAB Perdana Menteri ketika menjawab soalan parlimen kelmarin (20hb Mac 2019-Rabu) mengenai masa depan projek ini apabila soalan asalnya ditanya oleh YB Dato Seri Ismail Mohd Said (Kuala Krau).

YAB Perdana Menteri gagal menjawab soalan ini dengan tepat malah masih menyalahkan kerajaan BN.Apabila saya mengajukan soalan tambahan atas kapasiti Ketua Pembangkang untuk mendapatkan lebih penjelasan kepada dewan berkaitan isu yang sama ini dalam soalan lisan yang dibenarkan dewan ,sekali lagi YAB Perdana Menteri enggan menjawab dan langsung tidak mengendahkan soalan yang cukup mudah bagi seorang Perdana Menteri yang berpengalaman lebih 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

*Soalan saya..*

1. *Walaupun projek ECRL ini ditangguhkan namun kerajaan tentu sahaja telah menanggung atau telah membayar kos-kos tertentu seperti :-*
*a) Kos pengambilan tanah,*
*b)Kos kerja-kerja awalan seperti kos konsultan, kos penyediaan pelan dan sebagainya.*

_*Saya bertanya..“Berapakah jumlah kos yang telah dibayar atau ditanggung kerajaan hingga kini?*_

*Dan sekiranya projek ini dibatalkan ,berapakah jangkaan jumlah tuntutan gantirugi yang perlu dibayar oleh kerajaan?*

_Soalan saya sangat simple dan straight forward._ Namun yang mengecewakan saya dan rakan-rakan pembangkang yang lain adalah jawapan YAB Perdana Menteri yang berunsur sinis dan langsung tidak menepati keperluan menjawab dengan berbunyi *”Kenapa YB tidak menanyakan soalan ini dulu? “* Bagi saya lain yang ditanya lain pula yang beliau jawab.Saya tidak tanya dulu kerana kerajaan BN tidak bercadang untuk tangguh atau batal projek ECRL.Ini kerana kita ingin meneruskan agenda untuk membangunkan pantai timur dan memberikan kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam kepada rakyat.Oleh kerana tiada tangguhan atau pembatalan maka tidak timbul kerugian atau tuntutan gantirugi kepada kontraktor.

Perdana Menteri bernasib baik apabila memberikan jawapan tersebut ketika sesi pertanyaan lisan kerana mengikut peraturan mesyuarat, Ahli Dewan tidak dibenarkan berbahas mengenai jawapan yang diberi oleh Menteri.Jika jawapan seperti itu dibuat sewaktu penggulungan, saya yakin tentu huru hara akan berlaku di dalam Dewan Rakyat kelmarin.

Sangat menghairankan dan mengecewakan dengan jawapan dari seorang Perdana Menteri yang amat berpengalaman seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun yang jelas jawapan tersebut menggambarkan kegagalan kerajaan dan cubaan untuk menutup tindakan kerajaan yang terbukti merugikan negara dan rakyat Pantai Timur.

*Pastinya rakyat dan kerajaan akan mengalami kerugian jika projek ini ditangguh atau dibatalkan.Kita juga difahamkan proses pengambilan tanah selesai atau sedang berjalan, kerja-kerja awalan juga sedang berjalan dan hampir selesai. Ini bermakna kos tentunya akan ditanggung oleh kerajaan. Akhirnya rakyat tidak mendapat kemudahan awam, pantai timur masih lambat pembangunannya dan kerajaan kerugian.*

Sinario yang sama dalam Projek Keretapi Laju KL-Singapore. Difahamkan apabila kerajaan menangguhkan pembinaannya, kerajaan berdepan tuntutan bayaran gantirugi sekitar RM 400 juta.Kita tidak pasti apakah kontraktor pembinaan ECRL juga akan menuntut gantirugi akibat penangguhan ini.

_*#parlimen20mac2019*_
_*#kerajaanPHgagal*_

Categories: Uncategorized