CAMERON HIGHLAND BUKTI RAKYAT TOLAK KERAJAAN PH

*CAMERON HIGHLAND KEMENANGAN RAKYAT MENOLAK KERAJAAN PH*

ASSALAMUALAIKUM WBT
20 JamadilAwal 1440H/26 Januari 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

Alhamdulllah syukur kepada Allah SWT kerana BN menang cemerlang di Cameron Highland.

Kemenangan Sdr Ramli Mohd Nor calun dari Masyarakat Orang Asli mencipta satu sejarah baru kepada Orang Asli kerana pertama kali Orang Asli mempunyai Ahli Parlimen dari kaum mereka.

Kemenangan ini jelas menunjukkan kebangkitan rakyat menolak kerajaan PH yang dilihat gagal menjaga kebajikan rakyat dan mentadbirkan negara dengan baik.Dengan pelbagai krisis baru yang timbul dalam Kerajaan PH sehingga memberikan kesan kepada pelbagai lapisan rakyat samaada di bandar dan luar bandar untuk lebih memahami dan menggunakan kuasa yang mereka ada untuk memberikan satu signal dan isyarat kepada Kerajaan PH bahawa mereka bersedia untuk terus menolak mana-mana kerajaan sekali pun jika tanggungjawab sebagai kerajaan yang memerintah tidak menunaikan tanggungjawab sebenar mereka sebagai sebuah kerajaan yang peka dan prihatin kepada permasalahan rakyat.

Keputusan ini merupakan referendum rakyat menolak kerajaan PH.Rakyat sudah jelak dengan Kerajaan PH yang tidak habis-habis dengan fitnah dan menyalahkan Kerajaan BN namun gagal menyelesaikan masalah rakyat seperti kos sara hidup yang semakin meningkat sedangkan kos komoditi terus menurun dan ditambah dengan ekonomi yang semakin merudum.

Walaupun mereka berjanji pelbagai janji baru khusus untuk pengundi di Cameron Highland namun rakyat sudah tidak mempercayai janji Kerajaan PH kerana kegagalan mereka menunaikan janji PRU14 terlalu ketara dan menganggap janji mereka itu perkara yang boleh untuk tidak ditunaikan walhal pengundi memberikan kepercayaan kepada mereka atas sebab janji dan manifesto mereka.Bagi rakyat ,Kerajaan PH merupakan kerajaan yang tidak langsung ada tanggungjawab terhadap janji mereka kepada rakyat dan kerajaan sebegini harus ditolak.

Amat mengagumkan dan ianya jarang berlaku dimana kemenangan BN mendahului Undi Awal dan Undi Pos jelas menunjukkan kakitangan kerajaan juga sudah tidak meyakini kerajaan hari ini dan menyuarakan penolakan mereka secara total terhadap majikan mereka sendiri.

Apa yang ingin saya tegaskan dan paling penting ialah kesan dan keputusan PRK Cameron Highland kali ini berkait rapat soal kerjasama UMNO – PAS yang membawa makna yang besar kepada BN kerana BN menang besar undi melayu dan Orang Asli.Sudah pasti kerjasama ini harus diteruskan untuk UMNO dan PAS menerajui sebuah perjuangan Agama dan Bangsa secara bersama.

Saya dengan rasa rendah diri mengucapkan jutaan syabas dan terima kasih kepada seluruh jentera pelbagai peringkat, UMNO Cawangan dan UMNO Cameron Highland,Bahagian-Bahagian UMNO Pahang,Ahli-ahli MT UMNO,Ketua-Ketua Bahagian dan wakil Negeri-Negeri,Terima Kasih kepada seluruh jentera PAS,MCA,MIC,NGO dan orang perseorangan yang sanggup turun membantu BN sepanjang tempoh kempen tanpa mengharapkan imbuhan.

Sudah pasti kemenangan ini juga merupakan kebangkitan Melayu,Bumiputera dan Islam disamping kemenangan batang tubuh calun BN yang sudah bergelar YB Ramli Mohd Nor. *Syabas dan Tahniah saya ucapkan kepada seluruh pengundi Parlimen Cameron Highland*

*Ini perjuangan kita.Ini kejayaan kita.Melayu Islam dan Bumiputera terus BANGKIT*

_WASSALAM_

Categories: Uncategorized

LIM KIT SIANG BUTA HAL EHWAL ORANG ASLI

*KENYATAAN LIM KIT SIANG BUKTI JELAS DAP TIDAK PERNAH AMBIL TAHU KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN ORANG ASLI*

ASSALAMUALAIKUM WBT
17 JamdilAwal 1440H/23 Januari 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

Termenung saya seketika bila membaca satu kenyataan ringkas melalui twitter milik Lim Kit Siang yang kononnya peka dan berhasrat jika PH menang di Cameron Highland pada PRK 26hb Januari 2019 nanti akan mengusulkan supaya Orang Asli akan diberikan taraf kerakyatan penuh Malaysia.Apakah selama ini Kit Siang menganggap Masyarakat Orang Asli ini berstatus Penduduk Tetap(PR) yang diberikan kerajaan malaysia?

Walhal Orang Asli merupakan Masyarakat bumiputera yang cukup istimewa.Untuk pendidikan mereka kerajaan menyediakan biasiswa penuh kepada Orang Asli.Bukan sahaja sekolah percuma malah mereka dibekalkan dengan pakaian lengkap persekolahan percuma dan mereka mendapat duit poket dari kerajaan dan lain-lain keistimewaan.Apakah secetek itu pemikiran seorang Ahli Parlimen yang paling lama berada dalam Dewan Rakyat ini?

Untuk pengetahuan Kit Siang, Kabinet Kerajaan BN sebelum ini telah mewujudkan satu Majlis Penasihat Orang Asli untuk memantau pembangunan masyarakat Orang Asli.Majlis ini dipengerusikan oleh Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Wilayah(KKLW). Jawatankuasa dalam Majlis tersebut terdiri daripada Wakil-wakil Orang Asli,Persatuan Orang Asli Semenanjung,Wakil Persatuan Keusahawan Orang Asli,Wakil Profesional,Wakil Belia Orang Asli dan lain-lain.Majlis ini merupakan badan yang bertindak bagi pihak kerajaan untuk mengkaji dan memikirkan keperluan pembangunan kepada seluruh Masyarakat Orang Asli Malaysia.

Ketika saya menjadi Menteri di KKLW , dalam mengangkat martabat Orang Asli saya telah melantik Orang Asli Pertama dalam Sejarah apabila Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di terajui oleh seorang berpangkat Ketua Pengarah dari kalangan Orang Asli iaitu Dato Ajis Sitin yang berasal dari Cameron Highland yang ketika itu berkhidmat di Kementerian Kerjaraya.Pengarah Negeri seperti Pahang dan Perak dari kalangan Masyarakat Orang Asli.Negeri Johor ketika itu dalam tindakan untuk mengesahkan jawatan Pengarah juga dari kalangan Orang Asli.Ketika itu pencapaian tertinggi Orang Asli ialah berjaya melahirkan 4 orang PhD Holder dari masyarakat mereka hasil dari keistimewaan yang disediakan kerajaan BN sebelum ini.Sasaran kerajaan ketika itu ialah untuk menghantar 15 orang pelajar dari kalangan masyarakat Orang Asli ke Luar Negara setiap tahun dalam pelbagai kursus dan mendapat biasiswa penuh dibawah tajaan MARA.

Dalam pada itu semasa saya di KKLW juga, Kerajaan BN amat memberikan perhatian khususnya kepada masyarakat Orang Asli apabila dalam pelancaran Program Transformasi Luar Bandar bertemakan Membandarkan Luar Bandar yang melibatkan Orang Asli dalam 5 asas utama seperti :-

1.Menyelesaikan Pengukuran Tanah Simpanan Orang Asli.
2.Membangunkan Prasarana kawasan Orang Asli.
3.Membangunkan Ekonomi Orang Asli
4.Memperkasakan Pendidikan Orang Asli
5.Melahirkan dan Membangunkan Usahawan dari kalangan Orang Asli.

Kerajaan BN ketika itu sudah pun mempunyai plan dan tindakan untuk membangunkan masyarakat Orang Asli sedangkan Kit Siang baru mahu mencadangkan apabila berlaku Pilihanraya Kecil Cameron Highland.

Pelbagai peruntukan pembangunan difikirkan dan diangkat oleh Majlis Penasihat Orang Asli untuk dipertimbangkan oleh kerajaan sebelum ini.Hasilnya Kerajaan BN telah meluluskan satu peruntukan yang cukup besar untuk pembangunan masyarakat Orang Asli seperti Pusat Sehenti Gua Musang RM 148 juta.Meluluskan satu peruntukan untuk membina sebatang jalan kritikal dari Pos Betau ke Pos Lenjang berjumlah RM 15 juta.Satu cadangan yang telah dipertimbangkan oleh Kerajaan BN juga sebuah Pusat Sehenti Cameron Highland berjumlah RM 152 juta.Ini merupakan perancangan dan bukti keperihatinan Kerajaan BN sebelum ini tetapi malangnya Kerajaan PH telah membatalkan 2 projek yang telah diluluskan dan tidak meneruskan cadangan pembinaan Pusat Sehenti di Cameron Highland .

Oleh itu Orang Asli perlu tahu siapa yang membantu Masyarakat Orang Asli dan siapa pula yang mencantas dan membatalkan projek untuk kemajuan Orang Asli.Kerajaan BN sememangnya menjaga kebajikan Masyarakat Orang Asli manakala Kerajaan PH membatalkan Projek Kemajuan Orang Asli.Saya juga difahamkan oleh sumber yang sahih bahawa Kerajaan PH juga telah membatalkan satu dana untuk prasarana perkampungan Orang Asli bagi tahun 2019.

Kit Siang tidak pernah tahu akan perkembangan pembangunan Orang Asli sehingga tanpa sedar beliau mengakui bahawa beliau tidak tahu menahu walau status kedudukan Orang asli.Saya nasihatkan Orang Asli agar tidak menyokong DAP yang tidak pernah memikirkan pembangunan Orang Asli malah Kerajaan Baru ini juga yang telah membatalkan projek-projek untuk kepentingan Orang Asli.

Akhir sekali bukti bahawa Kerajaan PH tidak langsung mempedulikan pembangunan dan masa depan Orang Asli apabila JAKOA diletakkan di bawah Menteri Perpaduan sedangkan ketika era pemerintahan BN JAKOA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar.

Lebih ironi lagi DAP menentang usaha BN untuk mengangkat wakil parlimen dari kalangan Orang Asli dan bakal menjadi Orang Asli Pertama dalam sejarah sebagai Ahli Parlimen yang akan membawa suara seluruh Masyarakat Orang Asli didalam Dewan Rakyat apabila menang di Cameron Highland.Malangnya DAP bersungguh-sungguh mahu mengalahkan Calon BN yang berasal dari Masyarakat Orang Asli.

*”Tolak DAP Demi Orang Asli”*

_#Ramli4CH_
_#BN4CH_

Wallahualam.

Categories: Uncategorized

TARIAN YANG MEMBERIKAN PERSEPSI BURUK KEPADA INSTITUSI PERUNDANGAN

*TARIAN YANG MENCALARKAN SISTEM PERUNDANGAN NEGARA*

Assalamualaikum wbt
13 jumadilAwal 1440H/19 Januari 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

Bukan sekadar menjadi viral dikalangan orang bandar tetapi Orang Asli di Cameron pun tahu menilai soal etika apabila menonton video tarian dalam satu majlis oleh Peguam Negara,Ketua Hakim Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Undang-Undang.

Bukan soal tarian.Ini harus jelas.Di mana-mana sesetengah majlis ada saja tarian.Majlis kawin sekarang pun ada tarian yang bersederhana dan tiada unsur lain.Orang tua kita dulu terkenal dengan joget lambak di kampung.

Cuma video yang memaparkan beberapa individu penting dalam negara yang masing-masing memiliki kedudukan dan tugas-tugas yang harus meletakkan etika itu lebih dari cara kehidupan mereka selagi mereka memegang jawatan seperti Menteri Undang-Undang , Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara.

Tarian itu mungkin tidak salah apabila ianya dilakukan oleh orang lain atau orang biasa yang tidak ada kepentingan tetapi menjadi isu dan tarikan perbincangan apabila melibatkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara(menari ala mabuk),Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum dan Menteri Undang-Undang Datuk Liew Vui Keong.

Lebih menambah kerisauan rakyat apabila diatas pentas itu ada juga seorang aktivis yang selalu menimbulkan kontroversi dan berdepan pelbagai masalah yaitu Siti Kassim menjawab persoalan kenapa Siti Kasim ini kebal sangat selama ini walau berpuluh report keatas beliau berkaitan penghinaan kepada Agama Islam tidak pernah di dakwa atau disiasat.

Rakyat akan menganggap apa saja yang dibawa oleh Peguam Negara sudah pasti akan mendapat kemenangan mudah apabila melibatkan geng mereka yang boleh menari sepentas.Harus diingat walau Tommy Thomas bertugas sebagai Peguam Negara tetapi Tommy Thomas juga ada firma guaman beliau yang masih aktif dan beroperasi.Apakah mana-mana kes dan siapa saja yang menggunakan khidmat guaman Tommy Thomas pasti akan menang dengan mudah dalam apa kes sekali pun dari hubungan baik geng mereka.Apakah ini ada kaitan dalam kes kematian Adib juga apabila sehingga kini mereka yang terlubat masih bebas tanpa tangkapan dan pendakwaan termasuk seorang Exco Selangor.

Sesetengah Teori sebelum ini juga terjawab dengan tarian geng ini bahawa satu perancangan yang cukup rapi dari DAP dalam mengawal sistem perundangan negara untuk objektif dan kepentingan mereka mengubah dan menukar undang-undang yang ada untuk kepentingan Bangsa DAP dan ia telah diterjemahkan oleh mereka dalam usaha meraktifikasi ICERD sebelum ini.Tarian ini juga telah menjawab bagaimana kes LGE yang sedang didakwa di mahkamah pun boleh digugurkan begitu sahaja sebelum perbicaraan berlangsung.

Sistem perundangan seharusnya menjadi satu sistem yang berada pada kedudukan nya yang tersendiri.Etika Hakim dan Peguam ada sempadannya dalam bab sosial walau mereka manusia biasa.Hakim-hakim sebelum ini terpaksa mengorbankan cara hidup mereka hanya kerana kedudukan mereka semasa memegang tugas sebagai penegak keadilan.

Sebelum ini antara slogan yang amat lantang dari kalangan PH ialah memperjuangkan supaya sistem perundangan bebas dari cengkaman politik.Rupanya bebas itu mempunyai maksud berlainan pada pemahaman mereka.Ianya bebas untuk mereka tapi bukan untuk orang lain .Sistem perundangan negara berdepan satu persepsi yang buruk dimata masyarakat hari ini hasil dari terdedahnya tarian ini.

Ada desakan supaya mereka ini meletakkan jawatan demi membersihkan persepsi masyarakat dan rakyat terhadap Sistem Keadilan dalam negara kita.Saya juga merasakan semua mereka ini harus meletakkan jawatan demi membersihkan kotoran yang telah mereka calitkan dalam institusi ini jika mereka merupakan manusia-manusia yang bertanggungjawab.

Rakyat boleh menilai semula apa yang berlaku hari ini.Apa yang terdedah ini bukan didedahkan tetapi saya amat yakin dengan kuasa Allah, satu persatu kebobrokokan yang mereka lakukan sedang dipertontonkan oleh Allah SWT untuk kesedaran rakyat dan masyarakat supaya mengetahui dan insaf dari kesilapan yang pernah rakyat lakukan apabila memilih dan mengangkat satu kerajaan yang mengetepikan martabat Agama Islam.

Kita harus bersatu tanpa mengira agama dan bangsa untuk menolak kerosakan demi kerosakan yang sedang kerajaan PH lakukan.Kemerdekaan dan pembangunan negara yang telah kita bina puluhan tahun jangan dirobohkan kerana ianya bakal mengundang penyesalan yang tidak akan mampu kita kembalikan walau dengan air mata darah sekali pun.

_#bnforcameronhighland_

_WALLAHUALAM_

Categories: Uncategorized

UGUT TOK BATIN PENGHINAAN PH TERHADAP SELURUH MASYARAKAT ORANG ASLI

*UGUT TOK BATIN PENGHINAAN PH TERHADAP SELURUH MASYARAKAT ORANG ASLI*.

*ASSALAMUALAIKUM WBT*

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

Nampak senang menjadi pemimpin PH.Buka sahaja mulut pemimpin mereka terus fitnah dan ugut.Selepas ditentang dan dikritik terus mintak maaf.Apakah rakyat hari ini sedang dibiasakan oleh pemimpin kerajaan PH ni dengan budaya cakap dulu lepas tu minta maaf?

Penghinaan demi penghinaan dilakukan pemimpin PH.Terdahulu calon DAP Cameron Highland sendiri menghina Orang Asli dengan menyatakan orang Melayu tidak membeli kueh Orang Asli.Keadaan ini tidak berlaku kerana Orang Melayu menghadiri kenduri kahwin masyarakat Orang Asli dan lain-lain majlis yang dijemput oleh Orang Asli.

Saya cukup yakin kenyataan tersebut keluar dari mulut Calon DAP ini kerana DAP sendiri tidak pernah mengenali masyarakat Orang Asli dan sentiasa memandang hina kepada Orang Asli.

Penghinaan kedua amat mengejutkan saya apabila melihat sendiri video ucapan yang jelas mengugut Tok Batin kaum Orang Asli ini yang dilakukan tanpa rasa bersalah oleh seorang Senator PH Bob Manolan.Sepatutnya Senator ini amat faham dengan sensitiviti kaum mereka kerana beliau juga berasal dari Kaum Orang Asli dan mewakili Komuniti Orang Asli di Dewan Negara.

Tok Batin adalah orang yang paling dihormati dalam Masyarakat Orang Asli.Tok Batin menjadi penjaga kepada soal adat istiadat Orang Asli malah menjadi Hakim Mahkamah Adat Orang Asli.Mengugut Batin merupakan satu penghinaan kepada seluruh masyarakat Orang Asli.

Jika dulu Pakatan Harapan inilah yang menjaja istilah “Kebebasan Bersuara” atau Kebebasan Rakyat” untuk memilih.Kempen kebebasan ini ditujukan terus kepada penjawat awam agar jangan sesekali merasa takut untuk mengundi Pakatan Harapan pada PRU14 lepas atas alasan ianya hak dan rahsia individu.Dari kempen itulah ramai penjawat awam menyokong pembangkang kepada Kerajaan BN sebelum PRU 14 yang lepas.

Ketika Kerajaan BN mengetahui kempen ini dijalankan tidak pula ada pemimpin BN mengugut penjawat awam untuk memecat atau tidak membayar gaji kakitangan kerajaan ketika itu walhal kita tahu ramai kakitangan kerajaan secara terbuka dan tidak terbuka menyokong PH.

Di bawah JAKOA sebelum ini pun kita tahu ada Tok Batin yang tidak menyokong Kerajaan tetapi elaun dan gaji mereka tidak sekali pun tertangguh apatah lagi mahu mengugut untuk memecat mereka.

Kerajaan BN memberikan BR1M,Bantuan Baja untuk Petani,Bantuan Persekolahan,Bantuan Pekebun Kecil,Bantuan Sara Hidup Nelayan dan pelbagai lagi bentuk bantuan tanpa mengira fahaman politik kepartian.Kita Maklum bahawa sebilangan dari penerima Bantuan Kebajikan Masyarakat setiap bulan merupakan penyokong parti pembangkang ketika itu tetapi tidak sekali pun Kerajaan BN mengugut penerima Bantuan Kebajikan Masyarakat ini supaya mengundi dan memangkah BN dalam PRU.

JAKOA merupakan agensi di bawah Kementerian saya satu ketika sebelum PRU 14.Banyak perkara-perkara yang kita pelajari terutama dari segi istilah “Tok Batin” itu sendiri.”Tok Batin” merupakan satu bentuk jawatan yang bukan dilantik oleh agensi atau kerajaan.Ia merupakan satu pangkat dari keturunan dan ianya melalui proses tersendiri dalam komuniti Orang Asli.Kita hanya membayar gaji mereka untuk memastikan komuniti Orang Asli ini terus berada dibawah pemantau kita diperingkat Kementerian dan Kerajaan.

Jika Bob Manolan dalam ucapan beliau mengugut Tok Batin maka ianya satu penghinaan kepada satu sistem yang telah lama diamalkan dan yang telah lama ada dalam adat komuniti Orang Asli itu sendiri.

Jelas Bob Manolan merupakan Wakil Orang Asli yang lupa kepada tanggungjawab beliau sebagai wakil Orang Asli yang diangkat oleh PH.Jelas Bob Manolan seorang Senator yang telah gagal membawa suara Kaum Orang Asli di Dewan Negara.Jelas Bob Manolan merupakan seorang Senator yang menderhaka kepada seluruh bangsa ibunda beliau sendiri apabila menghina Tok Batin.

Penghinaan Bob Manolan ini tidak boleh dimaafkan oleh seluruh Kaum Orang Asli.Ini kerana Bob Manolan telah membayangkan kepada pengundi Cameron Highland secara jelas akan perangai DAP.Mereka sanggup lakukan apa saja demi kemenangan DAP.Mereka sanggup menjadi musuh kaum sendiri demi DAP.Mereka sanggup menjadi samseng kerana DAP dan mereka sanggup mengugut dan menghina kaum sendiri demi DAP.

Justeru itu saya berharap supaya Orang Asli tidak perlu takut untuk mengundi dan memangkah Wakil Orang Asli yaitu Calon Orang Asli yang mewakili BN untuk bersuara di Dewan Rakyat.Selepas Calon BN ini menang maka secara rasminya seorang wakil seluruh Komuniti Orang Asli di Malaysia akan diperjuangkan di dalam Dewan Rakyat.

Soal bayaran gaji Tok Batin bukan kuasa parti tetapi tanggungjawab sebuah kerajaan pemerintah.Tidak kira parti mana yang menjadi kerajaan ,gaji Tok Batin harus dibayar sebagai wakil kerajaan disetiap kawasan Orang Asli.

Wassalam.

Categories: Uncategorized

PENGAKUAN TUN MAHATHIR BUKTI JELAS BAHAWA DAP SEDANG MENGUASAI PENTADBIRAN KERAJAAN PH DAN BANGSA MELAYU DALAM BAHAYA.

*MELAYU PERLU SEDAR APABILA MAHATHIR MENGAKUI NEGARA SEDANG DIPERINTAH BANGSA DAP*

*ASSALAMUALAIKUM WBT*

3 Jamadil Awal 1440H/8 Januari 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*

*NAIB PRESIDEN UMNO*

Sebelum ini dilihat seolah pembangkang cuba menakut-menakutkan rakyat khususnya orang melayu apabila ramai dikalangan pemimpin dari UMNO dan PAS cuba menyampaikan dan membayangkan keadaan sebenar pemerintahan negara hari ini di bawah Kerajaan PH.Perkara ini dilihat kononnya cubaan membangkitkan ketidakselesaan antara kaum dan pemimpin UMNO dituduh “rasis” bila cuba menjelaskan berkaitan bagaimana Bangsa DAP ini sedang menguasai kerajaan dan pemimpin melayu yang ada hanya tidak lebih sebagai *”puppet”* dan boneka semata.

Semalam Tun Mahathir mengakui bahawa DAP memainkan peranan besar dalam Pakatan Harapan khususnya dalam pentadbiran Kerajaan PH termasuk kedudukan beliau sendiri sebagai Perdana Menteri.Bagi saya ianya tidak mengejutkan malah ini yang kami cuba sampaikan kepada rakyat apabila sebilangan kecil dari kaum minoriti sedang menentukan halatuju negara kita yaitu Bangsa DAP dalam tulisan saya sebelum ini https://dsismailsabri.com/icerd-gugat-kedudukan-melayu-dan-anak-negeri-sabah-sarawak-secara-senyap/

Jelas melalui pengakuan Tun Mahathir bahawa Anwar Ibrahim yang akan mengambil kedudukan sebagai Perdana Menteri selepas ini juga merupakan perancangan dan penentuan yang telah ditetapkan oleh DAP.Sama ada Tun Mahathir atau Anwar Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri dalam Kerajaan PH ini , mereka hanya merupakan proksi dan boneka kepada DAP.

Tidak hairanlah tindakan dan dasar Kerajaan PH tidak langsung mengutamakan orang Melayu dan Bumiputera dalam beberapa keputusan penting kerajaan seperti :-

-Perlantikan Peguam Negara ,Ketua Hakim Negara ,Menteri Undang-Undang dan Menteri Kewangan dari kalangan mereka yang mesra DAP.Banyak kementerian-kementerian penting dikuasai oleh DAP samaada sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

-Lihat sahaja Bajet kerajaan PH yang tidak langsung memberikan tumpuan kepada golongan B40 yang ramai dari golongan ini merupakan masyarakat kaum melayu dan bumiputera terutama yang berada di luar bandar.

-Bagaimana insentif yang menjadi keutamaan kerajaan terdahulu terhadap rakyat miskin melayu dan bumiputera dihapuskan.

-Bagaimana insentif-insentif untuk peniaga kecil bumiputera seperti “Status Kontraktor Bumiputera” tidak lagi diteruskan.

-Kita boleh lihat bagaimana beberapa institusi-institusi penting “ Orang Melayu” Bumiputera dan Islam seperti Felda,Felcra ,Khazanah dan Tabung Haji diceroboh oleh Bangsa DAP.Kenapa perlu hak berkaitan Islam perlu diurus oleh orang bukan Islam?

-Tabung Haji yang 100% milik dan hak Orang Islam diletakkan dibawah seliaan Kementerian Kewangan yang dikawal oleh Menteri Kewangan LGE yang jelas bukan Islam.Penjualan aset Tabung Haji yang sebelum ini menjadi kekuatan dan asas keuntungan yang membolehkan pencarum dan pemilik akaun di Tabung Haji yang mana 100% Islam mendapat dividen tertinggi setiap tahun.Ini juga usaha kerajaan BN sebelum ini untuk meningkatkan ekonomi Melayu Islam dan Bumiputera.

Kenyataan Tun Mahathir harus diteliti dan dilihat sebagai satu pengakuan kepada kebenaran apa yang kami cuba sampaikan sebelum ini betapa bahaya dan tergugatnya kita Melayu Islam dan Bumiputera hari ini kerana kita sedang berdepan dengan pemerintahan kaum minoriti DAP terhadap rakyat majoriti Melayu Islam di Tanah Melayu ini.

Tun Mahathir dan kepimpinan Melayu dalam Kerajaan PH hanyalah “Puppet” dan “ Proksi” yang mengikut telunjuk Bangsa DAP.

#melayuharusbangkit

#tolakbangsadap

Wassalam.

Categories: Uncategorized

SELAMAT TAHUN BARU 2019.

*SELAMAT TAHUN BARU 2019*

_*ASSALAMUALAIKUM WBT*_

_*ISMAIL SABRI YAAKOB*_
_*NAIB PRESIDEN UMNO*_

Alhamdulillah kepada Allah SWT kerana masih memberikan kesempatan kepada kita semua untuk berada pada tahun 2019 insya allah.

Tahun 2018 telah meninggalkan banyak peristiwa besar kepada negara,Parti UMNO dan Politik Negara.Tahun 2018 mencatatkan seribu suka duka dan rintangan yang harus kita depani demi kesinambungan sebuah perjuangan Agama dan Bangsa.

UMNO menerima tamparan hebat apabila kehilangan kuasa mentadbir sebagai sebuah parti kerajaan.Hari ini dan tahun 2019 ini menjadikan UMNO sebuah parti pembangkang.Apa yang sama dan kekal ialah asas perjuangan UMNO yaitu untuk terus memperjuangkan Agama Islam,Bangsa Melayu dan Kedaulatan Institusi Raja.

Saya mengharapkan kedatangan Tahun Baru 2019 ini untuk terus mengukuhkan perjuangan kita dan memohon supaya Allah merahmati perjuangan dan diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini.

Setakat ini walau dengan segala serangan bertali-arus dari pelbagai sudut terhadap UMNO dan pimpinannya tapi kita masih teguh bersama parti UMNO dan mempertahankan UMNO sebaik mungkin.

Saya berbangga kerana dari apa yang dialami oleh ahli UMNO selepas PRU 14 lepas membuktikan akar-umbi ahli dibawah masih setia dan terus berharap untuk melihat UMNO kembali pada kedudukannya sebagai sebuah parti pembela Agama dan Bangsa walau sebagai pembangkang.

21 Langkah yang telah diucapkan Presiden DS Zahid Hamidi ketika Ucapan Dasar Perhimpunan Agung UMNO dan 5 teras telah diperjelaskan Timbalan Presiden dan ianya menjelaskan halatuju parti kita.Sama-sama kita dokong dan julang asas ini untuk meneruskan hayat parti yang telah banyak berjasa kepada bumiputera dan bangsa melayu.

Akhirnya saya berharap untuk kita terus kuat dan memperjuangkan asas perjuangan kita untuk menjadi sebuah parti yang konsisten membela ummat Islam dan Rakyat Bangsa Melayu.

*“SELAMAT TAHUN BARU 2019”*

Categories: Uncategorized

NEGARA SURAM DENGAN PEMERGIAN ADIB – PENJENAYAH HARUS DIHUKUM

*NEGARA SURAM DENGAN PEMERGIAN ADIB – PENJENAYAH HARUS DIHUKUM*

*ASSALAMULAIKUM

WBT*
10 Rabiul Akhir 1440H / 18 Disember 2018

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

Dari semalam saya menerima berita sedih Anggota Bomba dan Penyelamat (ADIB) yang bertarung nyawa sebelum ini menghembuskan nafaz pada jam 9.41 malam 17 Disember 2018.

Dalam usia muda dan esok merupakan tarikh perancangan satu majlis perkahwinan beliau yang telah dirancang menambah sedih dan hiba kita semua.

Semua kita diharap mendoakan semoga arwah Adib ditempatkan dikalangan para syuhada dan orang-orang beriman.

Saya berharap semua pihak yang terlibat tidak akan terlepas begitu sahaja.Bukan sahaja yang terlibat dengan pembunuhan tersebut tetapi juga pihak-pihak yang cuba mengapi-apikan sentimen perbalahan sehingga menyebabkan rusuhan tempoh hari.

Tidak kira sama ada ia seorang Exco atau Menteri sekali pun.Mereka ini harus bertanggungjawab.Kita tidak boleh membiarkan mereka yang meniup sentimen dan api perkauman dibiarkan bebas begitu sahaja kerana tindakan mereka juga merupakan punca kepada kejadian rusuhan dan pembunuhan tersebut.Kematian Adib hanya akan terbela sekiranya mereka yang bertanggungjawab dihukum dengan setimpalnya.

Dalam masa yang sama saya berharap PDRM terus menangkap semula suspek kes yang telah diberi jaminan polis sebelum ini kerana didakwa dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Cubaan Bunuh) dan sekarang ianya telah melibatkan Seksyen 302 kanun yang sama tetapi ( Bunuh)

Tindakan segera PDRM harus diambil untuk mengherat mana-mana pihak yang terlibat agar tidak ada individu atau kumpulan yang menjalankan hukuman sendiri dan akhirnya akan menimbulkan ketegangan dan keadaan yang tidak sihat di negara kita.

_*Semoga ADIB tenang bersama pencipta*_

*Innalillahi wainna ilaihirojiun*

Categories: Uncategorized

LOMPAT PARTI – PH MAHU 2/3 MAJORITI DI PARLIMEN .HAK MELAYU BUMIPUTERA TERAMCAM.

*LOMPAT PARTI – REALISASIKAN MAJORITI ⅔ PH DALAM PARLIMEN DAN ISLAM MELAYU BAKAL DIANCAM.*

ASSALAMULAIKUM WBT
7 Rabiul Akhir 1440H / 15 Disember 2018

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

Apa lagi yang boleh kita katakan bila akhir ini hanya cerita “Lompat Parti” mengambil tempat dalam semua berita utama termasuk media sosial.Saya antara pemimpin yang diminta bergegas ke Sabah untuk mendengar sendiri permasalahan sehingga keputusan keluar UMNO diambil.

Selama 2 hari bertemu dengan pelbagai lapisan pemimpin dan rakyat di negeri Sabah.Apa yang mereka luahkan ialah rasa kecewa yang amat sangat dengan keputusan *LOMPAT PARTI* dari kalangan pemimpin mereka.Ada yang menyuarakan supaya pemimpin yang melompat parti untuk mengosongkan kerusi yang disandang agar rakyat boleh menghukum pemimpin lompat ini dengan memastikan kekalahan mereka.Apabila menang atas tiket UMNO maka tidak ada sebab untuk kamu menyertai parti lain kerana kemenangan kamu atas sokongan kepada UMNO bukan batang tubuh kamu- ujar rakyat dibawah.

Rakyat merasakan mereka dikhianati apabila amanah yang diberikan disalahgunakan.Seharusnya seorang Ahli Parlimen atau ADUN yang dipilih mewakili rakyat dikawasan mereka dan membawa permasalahan dalam kawasan mereka untuk diberikan perhatian oleh kerajaan pemerintah dan berkhidmat kepada pengundi dan bukannya membuat keputusan hanya untuk kepuasan dan kepentingan diri sendiri.

Kebimbangan saya ialah jika terus berlaku Ahli Parlimen yang menyeberangi dan menyokong Kerajaan PH maka mereka bakal mendapat majoriti ⅔ dalam parlimen dan mereka memiliki kuasa untuk membuat pindaan apa jua perkara dan fasal dalam perlembagaan negara.

Harus kita ingat kenyataan Tun berkaitan ICERD tidak boleh diratifikasikan ialah kerana mereka tidak mempunyai cukup majoriti ⅔ untuk membuat pindaan kepada beberapa perkara dalam perlembagaan sehingga membolehkan mereka meratifikasikan ICERD.ICERD senang sahaja diratifikasikan apabila majoriti ⅔ dimiliki mereka dari hasil Ahli Parlimen UMNO yang lompat ini.

Jika semua ini berlaku,suka saya nyatakan bahawa Ahli-ahli Parlimen yang lompat inilah yang menjadi punca kepada kejayaan Kerajaan PH dalam usaha meratifikasikan ICERD kelak.Tidak cukup dengan itu, bukan sekadar ICERD boleh diratifikasikan malah Perkara 153 dan Perkara 3 juga boleh dipinda apabila Kerajaan PH mendapat majoriti ⅔ dalam parlimen.

Apa kedudukan kita ketika itu? Apakah kita hanya mampu melihat pelbagai bentuk kesamarataan bakal dibangkitkan.Tiada lagi keistimewaan yang dijamin perlembagaan terhadap orang melayu.Tiada lagi kuota untuk bumiputera dalam apa bentuk bantuan dari kerajaan.Islam bukan lagi agama rasmi kerajaan walau ia menjadi agama majoriti rakyat.Apakah yang mampu kita lakukan apabila segala kuasa penuh menggubal dan meminda perkara dalam perlembagaan menjadi milik mereka kaum minoriti.Apakah kita mahu menjadi sebuah negara yang mengamalkan Dasar Apartied apabila segala dasar kerajaan dan pemerintahan dari kalangan minoriti terhadap kita majoriti Islam Melayu?

Ahli Parlimen yang melompat ini bukan sahaja menjadi pembelot kepada pengundi dalam kawasan mereka tetapi mereka ini juga boleh dikatakan sebagai pembelot kepada Agama Islam dan Orang Melayu keseluruhannya.

Harapan saya supaya Ahli Parlimen yang masih kekal bersama UMNO seramai 37 orang hari ini tidak membuat keputusan yang membangkitkan kemarahan rakyat.Tidak membuat keputusan yang akhirnya menguntungkan musuh agama dan bangsa kita yang gembira dan bertepuk tangan melihat keberantakan kita hari ini.

Nasihat saya kepada rakan yang dah melompat keluar UMNO supaya kembali ke pangkal jalan dan masih tidak terlambat untuk anda membetulkan keadaan dan kembali menyatukan hati kita demi perjuangan yang telah lama kita bersama.Kami sentiasa terbuka untuk bersama selagi ianya sebuah perjuangan untuk rakyat dan agama bangsa.

Saya yakin bahawa tidak ada apa yang istimewa untuk dicari disebalah sana selain hanya bakal diperalatkan untuk memusnahkan Islam , Melayu dan Bumiputera.Jiwa seorang pemimpin seharusnya cekal dan tidak sewenangnya boleh dibolak-balik dengan janji manis yang belum pasti.

*WALLAHUALAM*

Categories: Uncategorized

HIMPUNAN 812 KEJUTKAN DAP YANG SEDANG BERMIMPI INDAH DENGAN KUASA MEREKA.

HIMPUNAN DAULAT 812 KEJUTKAN DAP YANG SEDANG BERMIMPI INDAH DENGAN KUASA MEREKA.

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

ASSALAMUALAIKUM WBT
8 Disember 2018 / 30 Rabiul Awal 1440H

8h Disember 2018 mencatatkan sejarah apabila ianya menjadi medan dan himpunan yang menyatukan Ummat Islam dan Bangsa Melayu tanpa politik kepartian secara langsung.

Lebih 500 ribu yang hadir pada perhimpunan perpaduan ummah menolak ratifikasi ICERD.Perhimpunan 812 hari ini jelas menunjukkan bahawa orang Melayu yang terkenal dengan lemah lembut dan toleransi yang tinggi membuktikan bahawa mereka tidak boleh berkompromi walau seinci pun jika hak mereka dicabar.

Pihak-pihak yang selama ini sedang merancang segala bentuk cubaan dengan kuasa yang mereka ada hari ini terhadap orang Islam Melayu di bumi Tanah Melayu ini harus mengambilkira signal dan amaran yang ratusan ribu rakyat mahu sampaikan.Pesanan dan Amaran ini harus sampai kepada Kerajaan PH.

Kebangkitan ini bakal berterusan sehingga Bangsa DAP yang terkenal dengan sikap Chauvanise dan memperalatkan beberapa kerat melayu dalam pentadbiran PH hari ini yang telah memecah-belahkan perpaduan kaum untuk menghormati ummat Melayu Islam.

Bila tiba soal hak dan keistimewaan kami orang Melayu maka tidak ada perkara dan isu untuk kami tidak bersatu.Bila tiba soal Agama Islam tidak ada satu sebab untuk kami tidak bersatu demi meletakkan Islam pada tempatnya.

Syabas dan tahniah kepada seluruh rakyat dan pejuang Agama Bangsa yang turun dan bersama kita suarakan hak kita pada hari ini.Hari ini adalah permulaan kepada kebangkitan Bangsa Melayu.Jangan di Jolok Sarang Tebuan.Jangan kejutkan harimau yang sedang tidur .Jangan sesekali menguju tahap kesabaran *Orang Melayu*.

*Allahuakbar!!!*

Categories: Uncategorized

HAPUS AMANAH IKHTIAR MALAYSIA? APAKAH PENGHAPUSAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU/BUMIPUTERA SEDANG BERLAKU?

*MEMBUBARKAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA(AIM).APAKAH AGENDA MENGHAPUSKAN HAK ISTIMEWA MELAYU/BUMIPUTERA SEDANG DILAKSANAKAN?*

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
NAIB PRESIDEN UMNO

ASSALAMUALAIKUM WBT
29 Rabiul Awal 1440H / 7 Disember 2018

Terkejut apabila saya mendengar ucapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang disiarkan dari Parlimen berkaitan usaha dan cadangan untuk membubarkan AMANAH IKHTIAR MALAYSIA ( AIM)

Saya tertanya atas dasar apa cadangan untuk membubarkan AIM yang hampir 30 tahun telah dilaksanakan dan diwujudkan dari tahun 1987 untuk tujuan membantu rakyat miskin dengan konsep memberikan kail bukannya ikan.

Pinjaman ini merupakan pembiayaan mikro yang diberikan kepada peniaga kecil atau rakyat miskin untuk memulakan perniagaan dan terbukti telah berjaya mengeluarkan golongan miskin ini dari kemiskinan.

Kebanyakan pemimjam AIM ini dari golongan wanita.Ada dikalangan mereka yang terdiri dari pada ibu tunggal yang menyara hidup keluarga mereka dari hasil perniagaan kecil-kecilan hasil modal dari AIM dan ternyata mereka boleh menyara keluarga mereka dari bantuan ini.

Sehingga kini seramai 379,824 merupakan ahli yang mendapat manfaat dari pinjaman AIM ini yang melibatkan RM 20.2 billion.Apa yang kita harus tahu ialah kadar bayaran balik AIM ini ialah sebanyak 98.25%.

Dengan kata lain bantuan ini tidak membebankan kewangan kerajaan pun kerana peratus bayaran balik itu amat memuaskan dan hampir 100%.

Asas kepada penubuhan tabung ini jelas untuk membantu rakyat miskin.Apakah rasional Kerajaan PH mahu membubarkan AIM hari ini setelah 30 tahun.Jika dasar dan pembiayaan ini tidak baik apakah Kerajaan BN dulu tidak mengkaji dan diteruskan untuk tempoh 30 tahun.Jika pinjaman ini memberikan masalah kepada kewangan negara sudah pasti Kerajaan BN dulu tidak meneruskan skim dan pembiayaan sebegini.Oleh sebab kesan dan kejayaan skim pembiayaan ini yang berjaya membantu rakyat miskin dan peniaga kecil yang mahu memulakan perniagaan maka Kerajaan BN dahulu meneruskan pembiayaan ini.

Saya amat yakin bahawa Pemimpin PH hari ini lebih mementingkan kantung poket mereka dari memikirkan bantuan dan cara bagaimana mahu mengeluarkan rakyat dari istilah kemiskinan.

Alasan yang diberikan Menteri untuk membubarkan AIM ini disebabkan berlaku pelanggaran Akta Pemegang Amanah ( Pemerbadanan) atau Akta 258 kerana mewujudkan Anak Syarikat.

Bagi saya, jika ianya bermasalah dari sudut perundangan atau pelanggaran Surat Ikatan Amanah maka Kerajaan PH seharusnya membetulkan dan menyelesaikan permasalahan itu dan bukannya mengorbankan atau meletakkan beban itu kepada rakyat dan peminjam.Ianya tidak adil.Seharusnya Kerajaan PH memikirkan cara dan kaedah untuk membetulkan masalah yang timbul bukannya membubarkan satu skim pembiayaan yang telah terbukti berjaya dan berkesan membantu golongan miskin.

Saya mendesak agar Kerajaan PH menarik balik cadangan membubarkan AIM ini kerana ianya bakal memberikan kesan ekonomi kepada ratusan ribu rakyat miskin dan purata bumiputera.Saya menentang keras apa jua unsur atau bentuk penghapusan keistimewaan keatas bumiputera yang sedang dilakukan oleh Kerajaan PH.

Jika rasionalnya kerana *Pelanggaran Surat Ikatan Amanah* maka AIM akan dibubarkan.Adakah FELDA malah Tabung Haji juga akan dibubarkan kerana perlanggaran prosedur perniagaan atau salah tadbir urus mereka atau mungkin jika MAS rugi kerana perlanggaran etika perniagaan mereka maka MAS juga akan dibubarkan?

*Jangan hanya kerana lantainya reput kita merobohkan sebuah rumah.Jangan kerana nyamuk kelambu pula dibakar.Ini kebenaran dan hakikat kepada Kerajaan PH hari ini yang tidak mempedulikan kesan kepada rakyat tetapi hanya memikirkan agenda Bangsa DAP yang semakin jelas sedang menghapuskan kesemua bentuk bantuan dan keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera yang telah dilaksanakan Kerajaan BN terdahulu kerana dendam dan kuasa yang ada ditangan mereka.*

*#bangkitpertahanhakmelayu*
*#tentangbangsadap*

Categories: Uncategorized