HARAMKAN DONG ZONG . PERTUBUHAN RASIS SEMPIT

*”HARAMKAN DONG ZONG” – PERTUBUHAN RASIS SEMPIT*

Assalamualaikum WBT
12 Zulhijjah 1440H/13 Ogos 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

Seperti biasa sejak dari dulu jika ada isu yang berkaitan kaum cina maka Dong Zong yang akan menjadi juaranya.Jika ada isu berkaitan penentangan terhadap perkara-perkara berkaitan dengan Melayu dan Islam maka Dong Zong juga akan menjadi pemain utamanya.Apakah kita sekarang ini dibawah Kerajaan DAP-PH akan berterusan berbicara dan dihidangkan dengan isu perkauman dan tuntutan-tuntutan melampau Dong Zong.

Dalam soal Tulisan Khat dan Tulisan Jawi ini walau Tun Mahathir selaku Perdana Menteri telah membuat keputusan yang amat jelas seperti “Keputusan mengenai Khat adalah muktamad”, seharusnya tidak lagi timbul pertikaian dari Dong Zong serta Ahli-ahli Parlimen dan ADUN DAP kerana ia merupakan keputusan kerajaan yang diwakili juga oleh DAP.Kenapa lagi perlu petisyen dan sebagainya.Mereka sengaja mengaitkan isu jawi dengan ugama sedangkan jawi hanya tulisan arab dan Khat pula merupakan seni tulisan.

Seperti yang kita tahu bahawa Dong Zong merupakan salah satu Hua Tuan(Persatuan-Persatuan Cina Utama Malaysia) dari lebih 2065 persatuan cina yang memainkan peranan dalam mengemukakan tuntutan di dalam Dokumen Siqiu.Pelbagai tuntutan yang mempertikaikan hak keistimewaan Orang Melayu Bumiputera Islam.Pelbagai perkara dalam perlembagaan cuba mereka ubah dan hapuskan untuk melenyapkan hak istimewa Orang Melayu.

Setiap perkara yang berkaitan Orang Melayu menjadi masalah kepada Dong Zong._*Apakah Dong Zong ini *”Pelampau Cina” yang menjadi *”Tangan Jahat”* bagi pihak Bangsa DAP?*_ _*Apakah Tulisan Khat yang menjadi sebahagian dari budaya Orang Melayu Islam seawal 1303( Batu Bersurat Terengganu) itu dilihat sebagai ancaman kepada Bangsa DAP?*_ _*Apakah Dong Zong lupa bahawa Malaysia ini Tanah Melayu dan Majoritinya juga Melayu Islam?*_

Dalam cadangan Kerajaan era Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum ini untuk mewujudkan satu Sekolah Wawasan dimana Sekolah Kebangsaan,SJK(C) dan SJK(T) dikumpulkan dalam satu kampus ditentang oleh Dong Zong atas alasan tidak mahu budaya melayu diterapkan kepada anak-anak mereka nanti.

Antara tuntutan lain Dong Zong yang ada dalam Siqiu ialah menuntut agar sistem kouta di universiti ,penjawat awam,pinjaman dan bantuan pelajaran dihapuskan dan digantikan dengan sistem meritokrasi atau berasaskan kebolehan dan pencapaian.

Dong Zong juga merupakan pemain utama dalam menggesa Kerajaan mengiktiraf Sijil UEC dan juga seawal pemerintahan kerajaan DAP-PH ,Dong Zong menggesa agar bantuan kerajaan disalurkan kepada Sekolah-Sekolah Persendirian Cina(Menengah dan Rendah) dan kerajaan DAP-PH secara terus merealisasikan tuntutan Dong Zong ini apabila memasukkan Sekolah Persendirian Cina sebanyak 60 sekolah dengan peruntukan RM12 juta dibawah peruntukan SJK(C) sebanyak RM50 juta yang berada diluar sistem atau dasar Pendidikan Negara sebagai sekolah yang mendapat peruntukan kerajaan dan secara tidak langsung ianya bertentangan dengan dasar kerajaan.Ini juga merupakan tuntutan yang ada dalam Siqiu.

Tuntutan Dong Zong bukan lagi tuntutan tetapi seolah suatu perkara yang harus diutamakan dalam Kerajaan DAP-PH hari ini.Untuk kepentingan mereka semuanya lulus dan “OK” tetapi apabila sampai kepada Orang Melayu Islam dalam bab Tulisan Khat pun mereka menentang dan bersuara lantang dengan pelbagai cara.

Saya ingin memberikan ingatan kepada Dong Zong bahawa mereka perlu ingat dan sedar di mana mereka berpijak dan langit mana yang mereka sedang junjung hari ini.Ini Tanah Melayu dan majoritinya masih Melayu Islam.Jangan dek kerana sikap Dong Zong terlalu lantang ini bakal mengundang semula kepada pertembungan kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 satu ketika dahulu.Dong Zong jangan jadi *”Pelampau Cina”* yang akhirnya membakar kemarahan Orang Melayu Islam yang boleh mengundang perpecahan antara kaum.

Saya amat setuju dengan kenyataan Tun Mahathir bahawa Dong Zong ini merupakan satu pertubuhan yang rasis dan justeru itu saya mencabar kerajaan supaya mengharamkan Dong Zong atas dasar menyelamatkan Malaysia dari terjerumus ke dalam senarai negara bergolak atau negara yang tidak selamat apabila berlaku pertembungan entik,kaum dan agama.Negara pasti tidak aman jika Dong Zong terus dibenarkan bersuara lantang.Dong Zong harus menghormati bangsa majoriti (Melayu) di Malaysia dan teras budayanya juga adalah Melayu.Pasti api kebangkitan Melayu Islam bisa saja membakar setiap kulit Chauvanist yang tidak sedar di mana bumi dipijak dan langit mana yang mereka junjung..

_*#Allahuakbar*_
_*#TanahMelayuPelbagaiKaum*_

_*DSIS*_

Categories: Politic

Salam Eid Mubarak…EIDUL ADHA 1440H

Assalamualaikum wbt.

*Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1440 H.*

*Marilah sama-sama kita berusaha menzahirkan erti pengorbanan dalam setiap tindak-tanduk harian kita dengan menyahut seruan Ilahi dan Rasul-Nya dalam memenuhi tuntutan iman dan takwa terhadap Allah Yang Maha Esa.*

*Berhati-hati ketika di jalanraya bagi mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha. Pandulah dengan cermat agar selamat sampai ke destinasi.*

*Selamat Mengerjakan Ibadah Haji bagi semua jemaah haji dari Malaysia dan seluruh pelusuk dunia serta Selamat Menunaikan Ibadah Korban.*

_*Semoga kita semua dilimpahkan rahmat dan keberkatan dari Allah swt di hari yang penuh kesyukuran ini. Amin yra.*_

_*DSIS*_

Categories: Politic

JIAO ZONG,DONG ZONG DAN DAP..ENOUGH IS ENOUGH!!!

JIAO ZONG,DONG ZONG DAN DAP..ENOUGH IS ENOUGH!!

Assalamualaikum WBT
3 Zulhijjah 1440H/4 Ogos 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

1.Tahap mana lagi kita Bangsa Melayu dan Islam Malaysia harus bersabar apabila satu demi satu cubaan Bangsa DAP untuk mempersoalkan hak dan keistimewaan Orang Melayu Islam di Malaysia.Tindakan Dong Zong untuk mengadakan perhimpunan bantahan terhadap tulisan khat sebagai tindakan biadap,kurang ajar dan mencabar tahap kesabaran orang Melayu.

2.Apabila membaca gesaan *Jiao Zong,Dong Zong dan beberapa pimpinan (ADUN) DAP* yang menentang perlaksanaan Tulisan Khat untuk Tahun 4 menjelaskan kepada rakyat umum bahawa dakwaan DAP sebuah parti rasis dan anti-islam sesungguhnya benar dan ternyata tepat.

3.Setiap perkara yang melibatkan orang Islam dan Melayu pasti akan ditentang oleh Bangsa DAP ini dengan lantang dan tanpa rasa hormat lagi kepada majoriti Melayu Islam di Malaysia.Mereka seakan menjadi raja dan tuan tanah untuk Malaysia ini apabila tanpa selindung menzahirkan penolakan dan ketidakpuasan hati mereka apabila timbul isu dan cadangan untuk Orang Melayu dan Islam.

4.Apakah hari ini Bangsa DAP ini terlalu takutkan apa jua yang berkaitan Islam sehingga gagal membezakan antara Agama dan Budaya.Tulisan Khat bukannya berkait agama tetapi satu identiti dan budaya Orang Islam khususnya sejak zaman Kesultanan Melaka.

5.Orang Islam Melayu seawal sejarah Kesultanan Melayu Melaka 1400 malah ada sesetengah sejarah menyatakan lebih awal yaitu tahun 1303 (Batu Bersurat Terengganu) telah menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi.Apakah hari ini Bangsa DAP amat takut dengan Tulisan Khat sehingga tanpa rasa hormat kepada orang melayu dan islam mereka menolak dan menentang tanpa memikirkan kesannya?

6.Tulisan Khat hanya tulisan dan bukannya agama.Samaada Bangsa DAP _*(Jiao Zong,Dong Zong dan Chauvinist DAP)*_ bodoh atau sengaja buat tidak faham.Di Mesir dan negara-negara Arab yang mempunyai penduduk berugama Kristian mereka menggunakan tulisan jawi dan berbahasa Arab.Ini jelas menunjukkan tulisan dan bangsa tidak melambangkan agama seseorang.Jadi Khat adalah bentuk tulisan dan tiada kaitan dengan agama.

7.Orang Melayu seawal kemerdekaan berkorban banyak perkara untuk menerima kedatangan bangsa lain sebagai rakan sewarganegara dan membenarkan banyak keistimewaan untuk kaum lain atas dasar semangat kebangsaan.Kenapa hari ini dalam negara Malaysia yang agama rasminya Islam dan majoriti bangsanya Melayu , Bangsa DAP ini lantang dan terlalu berani menyuarakan suara mereka setelah tertubuhnya pemerintahan kerajaan baru DAP-PH.Apakah Bangsa DAP hari ini telah mengistiharkan perang secara terbuka terhadap Melayu Islam Malaysia?

8.Saya rasa sudah cukup jelas wajah sebenar Bangsa DAP ini sejak pemerintahan DAP-PH menjadi kerajaan.Bangsa DAP ini mempertikaikan banyak perkara yang berkaitan Bangsa Melayu ,Agama Islam dan juga Institusi Raja Melayu..Bangsa DAP _*(Jiao Zong,Dong Zong dan Chauvinist DAP)*_ hari ini telah bertindak diluar batasan yang sepatutnya dan bersikap kurang ajar yang ketara.

10.Kekhuatiran saya ialah takut nanti kesabaran Orang Melayu sudah hilang dan satu perkara yang tidak kita ingini boleh berlaku.Sejarah lepas telah membuktikan bahawa kita aman damai hidup dalam pelbagai fahaman dan amalan agama tetapi sejarah juga telah tertulis apabila Bangsa DAP (Komunis ketika itu) cuba mencabar kesabaran orang melayu pada 13 Mei 1969.Kita tidak mahu ada sejarah lain selain 13 Mei.Saya berharap Bangsa DAP ini sedar akan api yang cuba mereka nyalakan.Takut nanti marak apinya boleh membinasakan sebuah negara yang ditubuhkan dari semangat harmoni.

11.Jangan sampai orang melayu pula mempersoalkan hal-hak yang telah diberi kepada kaum cina seperti mempersoalkan keperluan wujudnya Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dalam aliran cina ,menggunakan tulisan cina dan sebagainya.Harus diingat bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang terkenal dengan sifat sangat penyabar dan tinggi tahap toleransinya tetapi jangan ambil kesempatan dan ambil ringan dari sifat toleransi ini.

*SAYA BAGI AMARAN KEPADA _Dong Zong,Jiao Zong dan DAP_ ENOUGH IS ENOUGH!!*

_*DSIS*_

Categories: Politic

LAPORAN PAC BUKTIKAN LIM GUAN ENG BERBOHONG DALAM PARLIMEN

*LAPORAN PAC BUKTIKAN LIM GUAN ENG BERBOHONG DI DALAM DEWAN RAKYAT*

Assalamualaikum WBT

14 Zhulkaedah 1440H/17 Julai 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*

*KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA*

*Naib Presiden UMNO*

Blok Pembangkang melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan keputusan Speaker yang tidak membenarkan usul yang saya bawa untuk merujuk Menteri Kewangan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas tuduhan merompak dan mengelirukan Dewan Rakyat.

Speaker cuba mempertahankan Lim Guan Eng dan seolah-olah mempertahankan tuduhan yang mengatakan duit GST dirompak oleh kerajaan yang lepas. Lim Guan Eng seolah-olah mempunyai kekebalan di dalam parlimen. Jika di pihak pembangkang menyebut perkataan pondan pun dihalau keluar. Malah ahli parlimen Pasir Salak yang menegur menteri kerana lari daripada menjawab soalan, beliau digantung 4 hari namun Lim Guan Eng dilepaskan begitu sahaja walaupun berbohong di dalam dewan berdasarkan peraturan 36(12), mengeluarkan perkataan tidak sopan yang menyalahi peraturan 36(4) & peraturan 36(6) iaitu sangkaan jahat terhadap Datuk Seri Najib selaku ahli dewan. Namun Lim Guan Eng mendapat perlindungan sepenuhnya dari Speaker.

Tuduhan merompak ini adalah tuduhan jenayah dan ia sangat serius terhadap Barisan Nasional (BN).

Laporan PAC dengan jelas mengatakan tiada wang tuntutan balik bayaran GST yang hilang sebanyak RM19.4 Bilion sebaliknya ia berada didalam Akaun Yang Disatukan. Didalam Akta GST, Menteri Kewangan mempunyai kuasa terhadap urusan wang GST.

Jika meletakkan wang tuntutan GST di dalam akaun disatukan merupakan kesilapan prosedur, ianya tidak boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah. PAC telah membuktikan bahawa perkara itu tidak benar. Tiada kehilangan wang dan wang ini disatukan.

Tiada rompakan serta tiada bukti yang dituduh oleh Menteri Kewangan tersebut dan tuduhan itu adalah tidak benar.

Sehingga ke hari ini Lim Guan Eng masih berdegil mempertahankan tuduhan merompak wang GST terhadap kerajaan BN.

Lim Guan Eng sepatutnya menarik balik tuduhan rompakan tersebut dan memohon maaf terhadap kerajaan BN.

Lim Guan Eng tidak sepatutnya menggunakan Dewan Rakyat sebagai tempat membuat tuduhan jenayah palsu dan berbohong dengan niat mengelirukan Dewan Rakyat.

Pembohongan sebegini tidak patut berlaku di Dewan Rakyat dan rakyat bukanlah alat untuk diperkotak katikkan sewenang-wenangnya dengan membuat tuduhan jenayah palsu terhadap kerajaan BN. Pihak pembangkang tidak akan membiarkan Lim Guan Eng terlepas begitu sahaja. Saya telah menghantar usul kepada Speaker supaya laporan PAC dibahaskan di dalam parlimen. Kita tetap akan dedahkan penipuan dan pembohongan serta niat jahat menghina BN dengan menuduh kerajaan BN merompak wang bayaran balik GST walaupun semuanya fitnah dan telah dibuktikan di dalam laporan siasatan PAC. Malah saya akan mengemukakan usul untuk membantah keputusan Speaker.

*DSIS*

Categories: Politic

PINDAAN PERLEMBAGAAN 119(1) – LAGI KEMENANGAN BLOK PEMBANGKANG.

*KEJAYAAN BLOK PEMBANGKANG DALAM PINDAAN PERLEMBAGAAN 119(1)-Kelayakan Memilih*

Assalamualaikum WBT

7 Zhulkaedah 1440H/10 Julai 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*

*KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA*

*Naib Presiden UMNO*

Alhamdulillah.Pagi 10 Julai 2019 merupakan hari kejayaan Blok Pembangkang dalam memastikan suara rakyat yang kami bawa terus didengari oleh Kerajaan PH.

Terlebih dahulu saya dan Blok Pembangkang merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan yang akhirnya menerima cadangan dari pihak Pembangkang dalam pindaan perlembagaan yang dibawa.

Pada Cadangan Pindaan asal yang dibawa oleh kerajaan dalam isu “Kelayakan Pemilih” Perkara 119(1) ialah dengan menurunkan had umur dari 21 tahun kepada 18 tahun dan melalui pendaftaran biasa sepertimana sebelum ini.

Pihak Pembangkang meneliti cadangan pindaan ini dan mengambil satu konsenses dari kalangan parti pembangkang pada 3 Julai 2019 agar beberapa syarat dipenuhi untuk kami menyokong pindaan tersebut.Antara syarat yang kami cadangkan ialah :-

1)Setuju had umur 18 tahun untuk melayakkan setiap warganegara Malaysia sebagai pemilih dalam pilihanraya._(Sebelum ini had umur 21 tahun)_

2)Mencadangkan agar pada umur 18 tahun setiap warganegara Malaysia secara automatik menjadi atau disenaraikan sebagai pemilih yang layak untuk mengundi._(Cadangan kerajaan ialah secara pendaftaran sepertimana sebelum ini)_

3)Mencadangkan agar had umur 18 tahun untuk melayakkan setiap warganegara layak menjadi calun dalam pilihanraya._(Sebelum ini had umur 21 tahun layak sebagai calun.Walaubagaimana pun kuasa memilih calun masih tetap kuasa parti tersebut.Tiada istilah automatik dalam cadangan ini.)_

Selepas perbincangan wakil-wakil parti blok pembangkang bersama Perdana Menteri pada pagi ini, Perdana Menteri mengambil ketetapan dan telah menarik balik cadangan pindaan asal dan akan menggantikan dengan pindaan yang baru sepertimana yang dicadangkan oleh Blok Pembangkang.

Selepas pertemuan tertutup tersebut Menteri YB Syed Saddiq telah menarik balik usul pindaan perlembagaan tersebut di dalam dewan dan akan membentangkan semula usul pindaan perlembagaan ini dengan memasukkan cadangan Had Umur 18 tahun untuk pemilih,Pendaftaran secara automatik pada umur 18 tahun dan Had Unur 18 tahun sebagai calun pilihanraya seperti cadangan Blok Pembangkang..Dijangka bacaan pindaan kali pertama akan dibaca pada 11 Julai 2019 dan bacaan kali kedua untuk perbahasan Ahli-Ahli Yang Berhormat pada 16 Julai 2019(Selasa) nanti.

Ini juga merupakan kejayaan berterusan Blok Pembangkang dalam menjadi Pembangkang yang berkesan dan mewakili suara rakyat sebenar.Ini perjuangan kami dan ini kekuatan kami.

Syabas dan tahniah kepada seluruh Blok Pembangkang yang menunjukkan kesepakatan jitu dan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan kerana menerima cadangan pihak Pembangkang.

_*DSIS*_

Categories: Politic

TUN M : UMNO SERTAI BERSATU – SATU TINDAKAN TERDESAK

*TUN M : UMNO SERTAI BERSATU – SATU TINDAKAN TERDESAK*

Assalamualaikum WBT
3 Zhulkaedah 1440H/6 Julai 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA*
*Naib Presiden UMNO*

Kekuatan gabungan UMNO-PAS melalui “Perpaduan Ummah” dan permuafakatan antara dua parti dilihat telah menggerunkan Pakatan Harapan.

Apabila semakin hari ikatan Perpaduan Ummah semakin erat, hari ini Perdana Menteri telah menyeru ahli UMNO dan Melayu sertai Bersatu.

Saya setuju perpecahan yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan perjuangan peribadi sehingga Melayu berpecah kepada 6 parti. Tetapi jika kita lihat hari ini, kebersatuan UMNO-PAS semakin kuat sehingga pihak yang menentang berasa lemah dan terpaksa mencari bantuan sokongan serta beretorik menggunakan nama ‘Melayu’.

Perjuangan Bersatu yang kita lihat pada hari ini tidak ikhlas dalam memperkasakan bangsa Melayu yang telah diperkotak-katikkan oleh DAP sehingga Bersatu gagal mengangkat bangsa Melayu/Bumiputera itu sendiri.

Sehubungan itu, UMNO-PAS pastinya tidak akan melutut setelah kami berjuang habis-habisan untuk mempertahankan Agama Islam, Bangsa Melayu/Bumiputera dan Tanah Air.

Gabungan UMNO-PAS merupakan parti Melayu terbesar iaitu menguasai undi Melayu sebanyak 75% di dalam PRU-14. Manakala PPBM hanya memperolehi 10% pengundi Melayu.

Maka adalah wajar PPBM menyertai UMNO, bukan sebaliknya. Lebih-lebih lagi PPBM merupakan parti serpihan dari UMNO.

Tindakan Tun M ini juga dilihat sebagai tindakan terdesak PPBM akibat kegagalan PPBM menarik sokongan orang Melayu untuk menyertai PPBM dan meninggalkan UMNO.

Setakat ini difahamkan tiada cawangan-cawangan UMNO dibubarkan akibat ahli-ahlinya menyertai PPBM. Malah difahamkan hampir keseluruhan cawangan-cawangan PPBM tidak cukup ahli untuk mengadakan mesyuarat cawangan-cawangan.

Selagi ada UMNO selagi itulah orang Melayu akan terus menyertai parti UMNO dan tidak parti lain.

Jadi sekali lagi saya katakan bukan UMNO yang sepatutnya menyertai PPBM tetapi ahli PPBM menyertai UMNO atau PPBM bersama-sama UMNO menyertai penyatuan UMMAH bersama PAS bagi menyatupadukan dan memperkasakan umat Melayu Islam.

*DSIS*

Categories: Politic

Pembangkang Tolak Cadangan Pindaan Perlembagaan Menurunkan Umur Mengundi ke 18 tahun Secara Pendaftaran!

Pembangkang Tolak Cadangan Pindaan Perlembagaan Menurunkan Umur Mengundi ke 18 tahun Secara Pendaftaran!Selaras dengan hasrat pembangkang mengiktirafkan sumbangan dan hak golongan muda negara ini, ahli-ahli parlimen blok pembangkang walaupun setuju dengan umur mengundi diturunkan kepada 18 tahun tetapi menolak cadangan kerajaan supaya kaedah mendaftar pengundi di kekalkan._*Cadangan blok pembangkang adalah :*_*1. Pindaan Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan warganegara Malaysia yang cukup umur 18 TAHUN TERDAFTAR SECARA AUTOMATIK sebagai pemilih.*__*2. Pindaan kepada Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan iaitu kelayakan menjadi Calon Pilihan Raya juga diturunkan kepada 18 Tahun daripada 21 Tahun.*__Hak mengundi adalah hak semua rakyat. Terdaftar secara automatik ini akan memberi peluang kepada semua rakyat berumur 18 tahun keatas untuk mengundi dan berhak menggunakan hak sebagai pengundi.__Kita teliti dimana ada juga kekangan untuk pengundi yang tinggal jauh di pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak untuk mendaftar sebagai pengundi sedangkan dari segi Perlembagaan mereka ada hak untuk mengundi. Cara penyelesaian kepada kekangan ini adalah TERDAFTAR SECARA AUTOMATIK._*DATO SRI ISMAIL SABRI YAAKOB*
_*Ketua Pembangkang*_

Categories: Politic

“PRESIDEN KEMBALI” . UMNO TUMPU PERKUKUHKAN PARTI.

*”PRESIDEN KEMBALI”..UMNO TUMPU PERKUKUHKAN PARTI*

*ASSALAMUALAIKUM WBT*

27 Syawal 1440H/1 Julai 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*

*KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA*

*Naib Presiden UMNO*

1.Alhamdulillah, apabila mendapat berita bahawa Dato Seri Zahid Hamidi telah kembali menggalas tugas dan jawatan beliau sebagai Presiden.Dalam masa yang sama diucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hassan sebagai Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden dengan pencapaian baik dan sempurna.

2.Dalam pada itu saya melihat pelbagai komen dan pendapat dari keputusan dan berita sekembalinya Dato Seri Zahid Hamidi ke kerusi Presiden.Semua pendapat ada hujah dan sudut pandang masing-masing yang harus kita hormati.Tetapi apa yang harus kita utamakan ialah kekuatan parti.Bukan perpecahan yang akhirnya melemahkan kita.Membincangkan pendapat dalam isu ini secara terbuka juga boleh membuka ruang yang agak besar kepada musuh yang sentiasa mahukan kita berpecah dan berbalah.

3.Saya mahu mengajak semua ahli UMNO khususnya untuk kita memikirkan bagaimana kita mahu memperkasakan dan mengangkat kembali maruah agama dan bangsa yang sekian hari dilanyak dan ditekan oleh pemerintahan DAP-PH hari ini.Kita harus kenal musuh sebenar kita dan bukannya berada dalam perencanaan musuh untuk kita terus bergolak dari dalam dengan membincangkan hal-hal yang tidak perlu.

4.Apa yang perlu ialah kita punya peluang yang cerah dari kesedaran ramai kalangan orang Islam Melayu dari pemerintahan DAP-PH yang banyak pincangnya.Rakyat memperjudikan masa depan mereka yang cukup mahal untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang lebih baik dari Kerajaan BN tetapi hakikat sebenar hari ini telah membuktikan Kerajaan BN terdahulu jauh lebih baik.

5.Namun kita tidak menolak bahawa dalam kelebihan yang kita ada masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Melayu/Bumiputera Islam yang bakal tertubuh nanti hasil dari mempelajari kehendak dan kemahuan rakyat yang sebenar.

6.Sebuah kerajaan yang pasti mendapat mandat dalam pilihanraya umum nanti merupakan sebuah kerajaan yang mengambil pengajaran dari kegagalan kerajaan PH kali ini dan menambahbaik dengan meletakkan keperluan kaum majoriti dan dalam masa yang sama tidak menafikan keperluan dan kehendak kaum minoriti atau permintaan kaum-kaum lain yang menepati perlembagaan dan perjanjian negara kita.

7.Penyatuan Ummah jelas merupakan satu agenda politik untuk semua kaum dan rakyat Malaysia.Buktinya apabila MCA dan MIC menerima penyatuan ini kerana mereka tidak merasakan satu ancaman apabila kita meletakkan asas Islam itu Adil dan menjadi penghubung kepada pelbagai perbedaan fahaman dan amalan agama.Tidak pernah ada satu rujukan pun bahawa Islam menzalimi penganut lain malah bukti kerajaan PAS Kelantan amat jelas apabila rakan cina dan india di Kelantan hidup harmoni dan menyokong kerajaan Islam Kelantan.

8.Saya menyeru kepada semua “Orang UMNO” untuk kita mengenal musuh sebenar dan merapatkan saf perjuangan kita tanpa membenarkan musuh berada dicelah-celah kita untuk menghasut dan menggunakan kita.Tiada lagi masa untuk kita bersuara sumbang dari dalam dan menyerang serta membuka aib sesama sendiri.Kita sepatutnya bersuara lantang dan berani menyerang musuh.

9.Sama-sama kita beri sokongan kepada kepimpinan Dato Seri Zahid Hamidi bersama Dato Seri Utama Mohamad Hasan serta Naib-naib Presiden,Majlis Tertinggi dan kepimpinan tertinggi sayap-sayap parti dalam membawa parti ke puncak kecemerlangan dan kejayaan.Jangan lagi kita hanya lantang dalam gelanggang sendiri tetapi menikus berdepan musuh sebenar.Jangan kita menjadi jentera musuh tanpa sedar untuk melaga-lagakan antara pemimpin kita yang sedikit pun tidak membantu kepada kekuatan parti.Hentikan perbincangan terbuka berkaitan siapa yang layak untuk kerusi Presiden dan sebagainya kerana kita telah bersuara pada pemilihan lepas.Beri ruang untuk mereka bekerja dan menjadi ketua kita agar gerakkerja mereka tidak direncatkan dengan tindakan tidak rasional kita sebagai ahli parti.

10.Ayuh!!! Kita tumpukan dan halakan senjata kita terus kepada musuh agar musuh tewas dan kita tidak tersasar sasaran kita.Kuatkan parti dan sama kita pikul agenda parti untuk mengembalikan sebuah Kerajaan Melayu/Bumiputera Islam di Putrajaya dengan Penyatuan Ummah bersama PAS dan lain-lain rakan yang mahukan sebuah kerajaan selain kerajaan DAP-PH.

_*Allahuakbar!!!*_

_*Allahuakbar!!!*_

_*Allahuakbar!!!*_

_*DSIS*_

Categories: Politic

KEKALKAN KOUTA BUMIPUTERA BAGI MATRIKULASI TANPA PERLU TUNDUK KEPADA CHAUVANIST.

*KEKALKAN KOUTA BUMIPUTERA BAGI MATRIKULASI TANPA PERLU TUNDUK KEPADA CHAUVANIST*

ASSALAMUALAIKUM WBT*

16 Syawal 1440H/20 Jun 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*

*KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA*

*Naib Presiden (Yang Menjalankan Tugas-Tugas Timbalan Presiden) UMNO*

1.Setiap hari kerajaan DAP-PH dilihat berberantakan sesama mereka antara parti dalaman mereka.Bertembung dalam soal dasar antara kementerian dan percanggahan keputusan antara Menteri dan Timbalan Menteri dalam isu yang sama.Segala kecamukan ini sebenarnya merugikan rakyat dan merencatkan perkembangan dalam apa jua sektor dan bidang.

2.Keputusan kerajaan untuk mengekalkan 90% kuota bumiputera bagi matrikulasi sangat dialu alukan.Walaupun tekanan begitu kuat dari DAP, GERAKAN dan lain-lain termasuk Dong Zong supaya kerajaan membuka kouta matrikulasi ini kepada bukan bumiputera.Tekanan ini jelas disasarkan terus terutamanya terhadap YB Dato Seri Dr Mazlee Malik yang merupakan Menteri Pendidikan. Saya berharap YB Dato Seri Dr Mazlee tidak perlu tunduk kepada tekanan-tekanan seperti ini.

3.Pendidikan merupakan salah satu hak istimewa Melayu dan Bumiputera yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Kuota pendidikan, biasiswa UITM, MRSM merupakan hak istimewa Orang Melayu yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.

4.Kepentingan Perkara 153 perlu dilihat dari sudut sejarah kerana Raja-Raja Melayu dalam perjanjian 1948 telah memberikan komitmen kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan,kemajuan ekonomi,kebajikan sosial dan penyertaan dalam perkhidmatan kerajaan.Perkara ini harus dipegang dan dipertahankan.Bukan sewenangnya dipertikaikan apabila Chauvanist merasakan mereka berkuasa pada hari ini.Melayu dan bumiputera masih majoriti dalam negara dan Tanah Melayu ini.

5.Tekanan golongan chauvanist dan rasis ini seolah-olah mencabar hak istimewa Bumiputra yang dijamin oleh perlembagaan.Sikap chauvanist sempit ini juga ditunjukkan dengan tekanan kepada kerajaan secara terbuka dan lantang setelah mereka berkuasa supaya mengiktiraf Sijil UEC walaupun UEC jelas bertentangan dengan dasar Pendidikan Kebangsaan.

6.Jika Sijil UEC diiktiraf maka tidak perlu lagi Sekolah Kebangsaan(SK).Tidak perlu lagi Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK).Tidak perlu lagi peperiksaan SPM.Jika ini berlaku maka perpaduan akan menjadi semakin luntur kerana pemisahan rakyat akan bermula dari sekolah rendah hingga ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).Sudah cukup dengan toleransi sehingga terwujudnya sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang hari ini boleh dilihat salah satu punca kepada kerengganan antara kaum.Toleransi yang ada ini juga telah diambil kesempatan atas faktor ekonomi yang jelas dikuasai oleh golongan Chauvanist sehingga ribuan sekolah-sekolah persendirian cina ditubuhkan.

7.Satu perkara menghairankan apabila ada suara-suara yang meminta kerajaan melihat semula kepada keperluan mengekalkan sekolah jenis kebangsaan maka hiruk pikuk la kumpulan chauvinist ini mempertahankannya dengan alasan ianya dijamin oleh perlembagaan persekutuan walaupun perkara tersebut masih boleh dipertikai. Namun yang hairannya bila persoalkan hak istimewa orang melayu dan bumiputera mereka membutakan mata terhadap perlembagaan persekutuan tapi bila hak mereka terus menjadikan perlembagaan sebagai alasan dan perisai penafian.Inilah sifat hipokrit dan chauvinist sempit dan ultra kiasu golongan ini.Mereka tidak pernah memikirkan soal perpaduan yang perlu dipupuk sejak zaman awal persekolahan.Mereka tetap memekakkan telinga dan membutakan mata tentang pemisahan antara kaum akibat dari sistem sekolah yang memisahkan rakyat berdasarkan kaum sejak dari kecil.

8.Saya menyokong penuh jika kerajaan hari ini terus melaksanakan dasar matrikulasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang lepas.Saya harap kerajaan terus bertegas untuk tidak mengurangkan kuota bumiputera untuk matrikulasi dan seterusnya tidak mengiktiraf Sijil UEC.

9.Saya amat berharap kerajaan tidak bersikap “flip-flop” dalam isu melibatkan dasar dan hak istimewa orang melayu, bumiputera dan anak-anak Sabah/Sarawak.Harus kita junjung dan dokong perlembagaan yang sekian lama terbukti telah menjaga setiap warganegara.Hakikatnya kedudukan semua kaum hari ini bukti kukuh bahawa Perkara 153 bukanlah satu dasar yang menghalang kaum bukan Melayu dan anak negeri untuk meraih kekayaan.Jauh sekali bersifat diskriminasi yang bercanggah dengan prinsip keadilan.Ini kerana realitinya pada hari ini menunjukkan ekonomi dan kekayaan Malaysia masih dikuasai oleh kaum bukan Melayu dan bukan anak negeri dan ia tidak menjadi masalah kepada Bangsa Melayu yang menghormati apa jua bentuk dan dasar yang dijamin dalam perlembagaan.

Bangsa Melayu dan bumiputera bukan mahu merampas hak rakan kaum lain tetapi jangan sesekali cuba menyentuh dan mempertikaikan hak Melayu dan Bumiputera.

_*DSIS*_

Categories: Politic

PERLANTIKAN LATEEFAH KOYA PESURUHJAYA SPRM – LAGI JANJI DIMUNGKIRI

Saya langsung tidak terkejut dengan pengumuman Latheefa Koya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM. Tindakan PH melanggar janji merupakan perkara biasa dan tidak perlu dihairankan. Ini bukan pertama kali mereka (PH) mungkir janji malah berkali-kali dan mereka tidak pernah berniat pun untuk tunaikan janji pilihanraya mereka dan menafikan hak rakyat yang mengundi memberikan sokongan sehingga mereka perolehi kemenangan untuk melihat kononnya satu pembaharuan kepada kerajaan yang ada.

Janji 16 dalam Buku Harapan jelas berkaitan jawatan-jawatan penting untuk tidak melantik dari kalangan “Orang Politik” tidak ditepati oleh Pucuk Pimpinan DAP-PH. Rakyat sekali lagi ditipu oleh Kepimpinan Kerajaan DAP-PH untuk tujuan politik mereka.

Sejak menang berbagai-bagai janji tidak ditunaikan seperti penghapusan tol, menurunkan harga barang, menurunkan harga minyak, penghapusan hutang peneroka, menangguhkan pembayaran PTPTN sehingga gaji mencecah RM4000, gaji minimum RM1500 dan banyak lagi.

Terbaru adalah perlantikan Puan Latheefa Koya yang juga bertentangan dengan janji seperti “orang politik tidak boleh memegang jawatan dalam agensi kerajaan dan syarikat-syarikat milik kerajaan”. Inikan pula jawatan badan bebas yang semestinya tidak boleh diketuai oleh orang politik partisan seperti Puan Latheefa Koya yang merupakan bekas pemimpin tertinggi PKR yang baru semalam keluar parti PKR.

Janji untuk menjadikan SPRM sebagai sebuah Suruhanjaya Bebas hanyalah janji manis seperti juga janji-janji lain. Apabila parlimen menubuhkan “Select Committee” mengenai perlantikan jawatan penting kerajaan termasuk badan bebas seperti SPRM, SPR dan lain-lain ialah bertujuan supaya Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa sepenuhnya dalam perlantikan jawatan-jawatan penting dan badan-badan atau suruhanjaya yang perlu bebas dari cengkaman politik kepartian. Namun Select Committee ini hanyalah seperti “Rubber Stamp” yang tidak punyai apa-apa makna dan kuasa kecuali sebagai kosmetik untuk menampakkan cantik luaran.

Di dalam isu Puan Latheefa Koya ini jelas bahawa perlantikan ini tidak dirujuk kepada Select Committee ini untuk pandangan dan tapisan. Kita tidak mempersoalkan kewibawaan Puan Latheefa Koya sebagai peguam atau kemampuan di dalam mengendalikan kes. Namun kita mempersoalkan kemampuan beliau berlaku adil kepada pihak pembangkang dan lain-lain kerana beliau adalah “Orang Politik” yang menyokong PH dan sudah tentunya mempunyai agenda politik dalam setiap keputusan beliau.

Jika dulu PH mempersoalkan perlantikan Tan Sri Apandi Ali sebagai Peguam Negara kerana pernah bertanding di dalam PRU pada tahun 1990 dan selepas itu terus bersara, inikan pula baru semalam keluar dari parti PKR. Di mana suara pemimpin PH yang selama ini melaungkan perlunya SPRM sebagai badan bebas tanpa campur tangan politik? Ini jelas “Orang Politik” menjadi orang “No 1 SPRM” yang tidak pernah dilakukan atau berlaku zaman Kerajaan BN sebelum ini.

Sebenarnya ramai pegawai di dalam SPRM yang berwibawa, berpengalaman dan mampu menggalas tugas untuk memimpin SPRM. Soalnya kenapa perlu diambil dari luar?. Saya amat berharap YAB Perdana Menteri boleh mengkaji semula perlantikan ini agar SPRM tidak dilihat sebagai badan yang akan berpihak kepada kerajaan untuk berdepan musuh politik pihak kerajaan sahaja.

Saya mencadangkan agar beberapa nama perlu dihantar untuk diteliti dan disemak oleh Select Committee Parlimen sebelum dicadangkan kepada YAB Perdana Menteri untuk membuat keputusan. Jika tidak ianya pasti akan menggagalkan reformasi parlimen yang sedang dilaksanakan.

Justeru itu kami pembangkang mengharapkan pihak kerajaan mengkaji semula perlantikan ini agar SPRM bukan sekadar badan yang perlu dilihat bebas tetapi seharusnya SPRM itu bebas dari cengkaman politik kepartian. SPRM harus menjadi satu badan yang berintegriti kerana ia bukan soal politik tetapi ia berkisar soal kekhuatiran rakyat terhadap satu suruhanjaya atau badan penguatkuasaan undang-undang yang tidak harus wujud “Pendakwaan Terpilih” untuk tujuan dan kepentingan politik kepartian. Ianya harus berada dibawah ketelusan dan adil tanpa ada cengkaman dan tekanan dari mana-mana pihak dalam setiap kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

*DSIS*

Categories: Politic