Yang Di Kejar Tak Dapat

No Comments

Hapuskan tol, hapuskan hutang PTPTN, turunkan harga barang, turunkan harga minyak..

BR1M sepatutnya RM2000, kakitangan kerajaan kenaikan satu tangga gaji.. BR1M untuk orang muda..

Semua terbatal! Yang dikendong berciciran..

Categories: Politic

Bagai Meracik Tubuh Melayu

No Comments

Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan merombak atau memecahkan MARA hanya akan menjejaskan peranannya membantu orang Melayu dan Bumiputera dalam pendidikan dan ekonomi.

MARA tidak boleh dipecahkan kerana ia bukan saja merencat rancangan pembangunan pendidikan dan keusahawanan Melayu serta Bumiputera, tetapi Seksyen 3(1) Akta MARA menetapkan penubuhannya berkekalan di bawah satu menteri, tidak boleh ada pelbagai kementerian menjaga MARA.

Mengikut Seksyen 6(1), MARA bertanggungjawab membangunkan usahawan dan pendidikan orang Melayu. Menerusi MARA, kita melahirkan satu juta usahawan dan 1.2 juta pelajar Melayu dan Bumiputera. Mengikut Seksyen 36, MARA hendaklah disifatkan sebagai orang Melayu, maka memecahkan MARA bermakna meracik-racik tubuh orang Melayu.

Categories: Politic

Batalkan Projek ECRL

No Comments

Kerajaan hari ini tidak perlu menghukum rakyat di Pahang, Terengganu dan Kelantan hanya kerana mereka memilih pembangkang..

Inikah kerajaan ‘adil dan berperikemanusiaan’ yang dilaung-laungkan selama ini?

Categories: Politic

UEC

No Comments

Pengiktirafan UEC bersifat memperlekeh sekolah aliran kebangsaan kerana tidak menghormati Bahasa Melayu sekaligus mewujudkan persaingan dalam pekerjaan bagi pelajar lepasan SPM.

Categories: Education

Kekurangan Korum..

No Comments

Baru minggu kedua siang tadi, Speaker terpaksa menekan loceng sebanyak 2 kali krn kekurangan korum..
Menteri pun hanya seorg walaupun ditegur oleh PM.
Tahniah Malaysia baru !

Categories: Parlimen

Sungai Kandis

No Comments

Kita berharap Barisan Nasional berjaya menawan hati rakyat Sungai Kandis pada PRK kali ini. Dato’ Lokman Adam antara yang aktif menyuarakan isu-isu rakyat dan seorang yang jelas hala tuju dalam perjuangannya demi rakyat.

Categories: PRK Sg Kandis

Dato’ Loqman Noor Adam

No Comments

Tahniah Dato’ Lokman Noor Adam. Calon Barisan Nasional N49 Sungai Kandis. Saya di Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Kandis oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja.

Perasmian Parlimen Ke-14

No Comments

Alhamdulillah, Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Majlis Parlimen Malaysia Yang Keempat Belas. Perasmian Parlimen Ke-14 yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Bersama kita membawa Malaysia..ke arah kemajuan.

Categories: Parlimen