“PRESIDEN KEMBALI” . UMNO TUMPU PERKUKUHKAN PARTI.

*”PRESIDEN KEMBALI”..UMNO TUMPU PERKUKUHKAN PARTI*

*ASSALAMUALAIKUM WBT*

27 Syawal 1440H/1 Julai 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*

*KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA*

*Naib Presiden UMNO*

1.Alhamdulillah, apabila mendapat berita bahawa Dato Seri Zahid Hamidi telah kembali menggalas tugas dan jawatan beliau sebagai Presiden.Dalam masa yang sama diucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hassan sebagai Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden dengan pencapaian baik dan sempurna.

2.Dalam pada itu saya melihat pelbagai komen dan pendapat dari keputusan dan berita sekembalinya Dato Seri Zahid Hamidi ke kerusi Presiden.Semua pendapat ada hujah dan sudut pandang masing-masing yang harus kita hormati.Tetapi apa yang harus kita utamakan ialah kekuatan parti.Bukan perpecahan yang akhirnya melemahkan kita.Membincangkan pendapat dalam isu ini secara terbuka juga boleh membuka ruang yang agak besar kepada musuh yang sentiasa mahukan kita berpecah dan berbalah.

3.Saya mahu mengajak semua ahli UMNO khususnya untuk kita memikirkan bagaimana kita mahu memperkasakan dan mengangkat kembali maruah agama dan bangsa yang sekian hari dilanyak dan ditekan oleh pemerintahan DAP-PH hari ini.Kita harus kenal musuh sebenar kita dan bukannya berada dalam perencanaan musuh untuk kita terus bergolak dari dalam dengan membincangkan hal-hal yang tidak perlu.

4.Apa yang perlu ialah kita punya peluang yang cerah dari kesedaran ramai kalangan orang Islam Melayu dari pemerintahan DAP-PH yang banyak pincangnya.Rakyat memperjudikan masa depan mereka yang cukup mahal untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang lebih baik dari Kerajaan BN tetapi hakikat sebenar hari ini telah membuktikan Kerajaan BN terdahulu jauh lebih baik.

5.Namun kita tidak menolak bahawa dalam kelebihan yang kita ada masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Melayu/Bumiputera Islam yang bakal tertubuh nanti hasil dari mempelajari kehendak dan kemahuan rakyat yang sebenar.

6.Sebuah kerajaan yang pasti mendapat mandat dalam pilihanraya umum nanti merupakan sebuah kerajaan yang mengambil pengajaran dari kegagalan kerajaan PH kali ini dan menambahbaik dengan meletakkan keperluan kaum majoriti dan dalam masa yang sama tidak menafikan keperluan dan kehendak kaum minoriti atau permintaan kaum-kaum lain yang menepati perlembagaan dan perjanjian negara kita.

7.Penyatuan Ummah jelas merupakan satu agenda politik untuk semua kaum dan rakyat Malaysia.Buktinya apabila MCA dan MIC menerima penyatuan ini kerana mereka tidak merasakan satu ancaman apabila kita meletakkan asas Islam itu Adil dan menjadi penghubung kepada pelbagai perbedaan fahaman dan amalan agama.Tidak pernah ada satu rujukan pun bahawa Islam menzalimi penganut lain malah bukti kerajaan PAS Kelantan amat jelas apabila rakan cina dan india di Kelantan hidup harmoni dan menyokong kerajaan Islam Kelantan.

8.Saya menyeru kepada semua “Orang UMNO” untuk kita mengenal musuh sebenar dan merapatkan saf perjuangan kita tanpa membenarkan musuh berada dicelah-celah kita untuk menghasut dan menggunakan kita.Tiada lagi masa untuk kita bersuara sumbang dari dalam dan menyerang serta membuka aib sesama sendiri.Kita sepatutnya bersuara lantang dan berani menyerang musuh.

9.Sama-sama kita beri sokongan kepada kepimpinan Dato Seri Zahid Hamidi bersama Dato Seri Utama Mohamad Hasan serta Naib-naib Presiden,Majlis Tertinggi dan kepimpinan tertinggi sayap-sayap parti dalam membawa parti ke puncak kecemerlangan dan kejayaan.Jangan lagi kita hanya lantang dalam gelanggang sendiri tetapi menikus berdepan musuh sebenar.Jangan kita menjadi jentera musuh tanpa sedar untuk melaga-lagakan antara pemimpin kita yang sedikit pun tidak membantu kepada kekuatan parti.Hentikan perbincangan terbuka berkaitan siapa yang layak untuk kerusi Presiden dan sebagainya kerana kita telah bersuara pada pemilihan lepas.Beri ruang untuk mereka bekerja dan menjadi ketua kita agar gerakkerja mereka tidak direncatkan dengan tindakan tidak rasional kita sebagai ahli parti.

10.Ayuh!!! Kita tumpukan dan halakan senjata kita terus kepada musuh agar musuh tewas dan kita tidak tersasar sasaran kita.Kuatkan parti dan sama kita pikul agenda parti untuk mengembalikan sebuah Kerajaan Melayu/Bumiputera Islam di Putrajaya dengan Penyatuan Ummah bersama PAS dan lain-lain rakan yang mahukan sebuah kerajaan selain kerajaan DAP-PH.

_*Allahuakbar!!!*_

_*Allahuakbar!!!*_

_*Allahuakbar!!!*_

_*DSIS*_

Categories: Politic