SALAM RAMADHAN KAREEM -DSIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, sekali lagi kita dipilih untuk menikmati kemuliaan Ramadan pada tahun ini 2019, 1440 Hijrah.

Ramadan adalah bulan yang menjanjikan seribu rahmat buat seluruh umat Islam. Pada bulan ini pintu keampunan oleh Allah SWT dibuka seluas-luasnya buat hambanya sejajar dengan hadis Rasulullah SAW:

“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu dan barangsiapa yang bersolat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim).

Tarbiyyah Ramadan juga mengajar kita erti tawaduk. Kita dididik untuk terus istiqamah melakukan kebaikan, mempertingkat kebajikan dan lebih empati terhadap golongan miskin dan mereka yang memerlukan. Kita harus menepati janji-janji kita dan menghormati amanah yang diletakkan pada kita.

Sama-sama jua kita menjayakan prinsip ihsan pada mereka yang memerlukan dan fastabiqul khairat (berlumba-lumba melakukan kebaikan) pada bulan yang mulia ini.

Marhaban ya Ramadan.

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Naib Presiden UMNO Malaysia

Categories: Politic