SECARA RASMI UMNO/PAS METERAI KERJASAMA-MALAPETAKA BAGI PH

*5 MAC 2019 TERMETERAI KERJASAMA ANTARA UMNO-PAS SECARA RASMI.*

*ISMAIL SABRI YAAKOB*

*NAIB PRESIDEN UMNO*

ASSALAMUALAIKUM WBT

6 Mac 2019/29 JamdilAkhir 1440H

Seperti yang semua tahu 5 Mac 2018 merupakan tarikh sejarah negara apabila termeterai satu kerjasama dua kuasa Islam Melayu antara UMNO dan PAS.Dua parti yang konsisten dalam mengangkat dan memperjuangkan Islam dan Melayu dan dua parti ini juga yang memulakan perjuangan seawal selepas kemerdekaan.

Disebalik kejayaan semalam secara rasmi nama Dato Seri Zahid Hamidi tidak boleh kita tinggalkan kerana kerjasama ini walau secara tidak rasmi telah berlangsung dan berlaku sebelum ini dengan usaha kearah perbincangan dan pendekatan mencari titik temu antara kedua parti dan akhirnya semalam ianya di terjemahkan dengan jelas dan nyata.

1. Kali Pertama “pre council” Ahli Parlimen BN dihadiri oleh PAS ketika sidang pertama selepas PRU 14.Ketika itu penyatuan ini dizahirkan dengan kebersamaan membincangkan isu-isu yang perlu dibawa dan diperjuangkan di Parlimen untuk kepentingan rakyat.Juga harus diingat bahawa Dato Seri Zahid Hamidi merupakan pemimpin UMNO pertama yang memenuhi jemputan untuk hadir ke MUKTAMAR PAS di Terengganu pada 15 September 2018 bersama kepimpinan UMNO lain.

2. BN dan PAS sepakat untuk menentang perlantikan Speaker Dewan Rakyat yang tidak mengikut peraturan.Kesepakatan ditunjukkan apabila Ahli Parlimen BN dan PAS bertindak bersama keluar dewan.

3.Kerjasama diteruskan di dalam Pilihanraya Kecil(PRK) .Bermula dengan PRK Sg Kandis apabila PAS tidak meletakkan calon untuk memberi laluan kepada UMNO.Walaupun gerak kerja kempen secara bersama tidak begitu jelas pada ketika itu.Di Balakong walaupun MCA bertanding, PAS juga memberikan sokongan sepanjang kempen.

Di PRK Sri Setia hubungan lebih mantap apabila UMNO memberi laluan untuk PAS bertanding sebagai wakil Pembangkang berdepan calon Pakatan Harapan.Malah kempen secara bersama bermula dgn jelas. Ceramah sepentas bersama pemimpin UMNO dan PAS. Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO secara terbuka berkempen membantu calon PAS.

PRK Cameron Highland menunjukkan kerjasama yang lebih mantap dan tersusun apabila jawatankuasa bersama PRK UMNO – PAS diwujudkan dan di Pengerusikan bersama oleh saya dan YB Dato Taqiyuddin Hassan SUA PAS. Kerjasama bukan sahaja berkempen bersama malah gerak kerja sehingga hari mengundi yang dirancang bersama yang cukup berkesan.

Kerjasama secara terbuka diteruskan di PRK Semenyih diakui lebih mantap, lebih tersusun, lebih berstruktur dan lebih nyata.

4.Ini bermakna kerjasama antara UMNO dan PAS telah lama berlaku seawal Dato Seri Zahid menjadi Presiden UMNO.Malah kerjasama ini juga dilaksanakan sewaktu menentang ICERD.Bermula dengan perhimpunan bersama Pemuda UMNO dan Pemuda PAS sehingga ke Himpunan Melayu Bangkit di Pasir Salak dan kemuncaknya di Dataran Merdeka.

Alhamdulllah.Dari rentetan kerjasama awal tersebut maka kelmarin 5hb Mac 2019 bersamaan 28 JamadilAkhir 1440H kerjasama Penyatuan Ummah ini menjadi rasmi dan formal dengan Mesyuarat Pertama antara UMNO dan PAS untuk melihat secara terperinci dan mendalam bagi bergerak lebih jauh ke depan dengan kita bersetuju untuk mewujudkan Jawatankusa Teknikal Bersama untuk mengkaji dan mencari titik temu untuk Penyatuan Ummah dengan lebih mantap dan berkesan

Hubungan ini merupakan penyatuan ummah yang dinanti-nantikan oleh Orang Melayu dan Islam yang kini terasa ditekan dan dihimpit oleh pelbagai isu dan permasalahan juga kegagalan Kerajaan PH.Melayu Islam terus dipinggirkan.Penghinaan kepada umat Melayu dan Islam secara terbuka semakin menjadi-jadi tanpa segan silu dan rasa bersalah oleh pihak mereka atau Bangsa DAP.

Kerjasama ini pasti akan bakal memperkuatkan Melayu dan Islam.Kemenangan besar di Cameron Highland dan Semenyih juga hasil kerjasama dan penyatuan ummah ini.Kerjasama ini pasti akan membuka peluang untuk sebuah kuasa Islam dan Melayu mengambil-alih Putrajaya dan mengembalikan kekuasaan Melayu/Bumiputera dan Islam tanpa meminggirkan kaum-kaum dan bangsa lain.

Dengan berprinsipkan Islam itu _*“Syumul “*_ maka kaum dan bangsa lain tidak perlu bimbang dan rasa tergugat dengan kerjasama ini kerana Islam yang Syumul itu merupakan Islam yang *”menyeluruh”* .Menghormati rakan dari bangsa lain secara menyeluruh sebagai rakyat dan penduduk negara Malaysia.Bukan sahaja soal agama tetapi kebajikan dan keselamatan semua rakyat yang mencintai keamanan dan kemakmuran negara.

Oleh itu,saya mengharapkan kerjasama yang telah dimulakan sebelum ini oleh Dato Seri Zahid Hamidi akan terus menjadi tanggungjawab seluruh kepimpinan UMNO dan ahli di bawah juga kepimpinan PAS juga ahli di bawah diteruskan dan dinyatakan dengan jelas oleh kita semua.Ini penyatuan kita.Ini kesatuan kita demi Agama dan Bangsa juga Negara yang semua kita cintai.

_*KEMBALIKAN KUASA ISLAM MELAYU DI PUTRAJAYA*_

_*ALLAHUAKBAR*_

Categories: Uncategorized