SELAMAT HARI MERDEKA KE 62 MALAYSIA.


*Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Tanahair yang ke-62 buat seluruh rakyat Malaysia.*

Bersyukur kita kerana kita dikurniakan Malaysia yang berbilang kaum, tinggi nilai budaya dan tinggi peradabannya. Namun, apa yang merisaukan adalah perpaduan diantara kita yang semakin goyah. Pentadbiran negara oleh pemimpin-pemimpin PH tidak lagi mencapai kesefahaman justeru kian menghimpit rakyat.

Bumi bertuah ini adalah hadiah daripada pejuang-pejuang bangsa yang telah banyak berkorban untuk memberi kita makna sebagai ‘anak-anak merdeka’ didalam kehidupan kita.

Tanggal 31.08.1957 merupakan detik yang bersejarah buat negara dimana Tanah Melayu dan rakyatnya telah memperoleh kemerdekaan setelah dijajah beratus tahun lamanya.

Perjalanan untuk mencapai kemerdekaan bukan lah mudah.

Oleh itu, sebagai anak merdeka, kita wajib meneruskan kelangsungan perjuangan pahlawan-pahlawan negara demi menjaga serta membina negara kearah yang lebih baik.

Negara kita adalah kebanggaan kita. Jangan kita alpa dengan penjajahan minda dari pengaruh asing.

Jangan tunduk kepada mereka yang cuba mengiktiraf musuh negara, komunis atau bintang tiga, atau apa jua sekali pun untuk merobek perjuangan kita.

Kitalah anak bangsa merdeka yang berdaulat.

Kita bebas memacu negara berlandaskan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ayuh Rakyat Malaysia! Kibarkanlah Jalur Gemilang dengan bangga.

Bersama kita menghayati erti kemerdekaan dan sematkan perasaan cintakan tanah air serta eratkan perpaduan diantara kita.

Salam Merdeka.

*Merdeka!*

*Merdeka!*

*Merdeka!*

_*DSIS*_

Categories: Politic