STATUT ROM – AKHIRNYA KERAJAAN PH-DAP TUNDUK DENGAN DESAKAN RAKYAT

STATUT ROM – AKHIRNYA KERAJAAN TUNDUK DENGAN DESAKAN RAKYAT

ASSALAMUALAIKUM WBT

11 Ramadhan 1440H/16 Mei 2019

ISMAIL SABRI YAAKOB

KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA

Naib Presiden UMNO

Allahuakbar..

Allahuakbar..

Allahuakbar..

Hanya ayat ini boleh saya lafazkan apabila mendapat perkhabaran bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan pengesahan menyatakan Malaysia telah menarik balik niat untuk menyertai atau _*Meratifikasi Statut Rom.*_

Sepanjang ramadhan ini kita melalui saat tegang dan berada dibawah tekanan kerana Kerajaan DAP-PH melalui Menteri Luar YB Dato Saifuddin Abdullah masih beria-ia untuk mengkaji dan mahu meneruskan usaha meratifikasi Statut Rome ini walau Perdana Menteri telah mengumumkan pembatalannya sebelum ini seperti perincian yang ada dalam tulisan saya sebelum ini diblog saya :-
https://dsismailsabri.com/menteri-luar-masih-mahukan-statut-rom-diratifikasikan-apa-agenda-ph/
Pengesahan PBB yang bertarikh 15 Mei 2019 dengan caption *MALAYSIA: WITHDRAWAL OF THE INSTRUMENT OF ACCESSION* telah memberikan rasa lega kita rakyat Malaysia setelah pelbagai perjuangan dan tekanan khususnya dari Blok Pembangkang,NGO dan individu yang cintakan negara dalam acuan dan bentuk Malaysia yang tersendiri.Blok pembangkang membantah ratifikasi Statut Rom didalam parlimen.UMNO dan PAS mengadakan ceramah bersama.Kumpulan NGO-NGO mengadakan himpunan dengan kemuncaknya himpunan menentang Statut Rom di Sogo pada 4hb Mei 2019 .Kita tidak perlukan undang-undang luar untuk diamalkan kerana perlembagaan dan perundangan dalam negara kita sudah cukup untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan damai juga selamat untuk rakyatnya.
Kejayaan rakyat hari ini merupakan sebuah kejayaan bersama menentang kerajaan DAP-PH yang sedang membawa masuk agenda tersembunyi untuk menghapuskan hak Melayu,Hak umat Islam dan Institusi Raja-Raja terutama untuk menghapuskan Kekebalan Raja-Raja Melayu yang selama ini kita dokong dan julang sebagai hak keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan.Dalam masa yang sama Statut Rom juga memperlekehkan Raja-Raja Melayu malah segala undang-undang yang terdapat di Malaysia terutama Mahkamah Khas untuk membicarakan Raja-Raja Melayu.
Agenda demi agenda boleh kita lihat yang mahu dibawa oleh kerajaan DAP-PH ini sepanjang setahun mereka berkuasa.Kesemua agenda yang mahu dibawa ialah berkaitan penghapusan hak istimewa Islam,Melayu,Bumiputera dan samarata agama melalui cadangan ratifikasi ICERD.Maka jelaslah bahawa kerajaan DAP-PH ini merupakan sebuah kerajaan Anti Islam dan Anti Melayu.
Kita tahu siapa yang ada dibelakang kesemua agenda yang telah dibawa.Kita tahu keterlibatan individu-individu penting yang sentiasa mencuba dan mengkaji apajua cara untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu.
Alhamdulillah, dalam bulan Ramadhan yang barakah ini perjuangan kita diberikan kemenangan oleh Allah SWT.Benarlah, dalam bulan mulia ini doa kita semua dimakbulkan oleh Allah SWT.Bagaimana Rasulullah berjaya dalam Perang Badr bersama para Sahabat pada 17 Ramadhan berdepan Kaum Quraisy dan begitu juga kita telah mencatat sejarah kemenangan pada 10 Ramadhan menentang Bangsa DAP-PH di Malaysia..Allahuakbar.
Kita semua harus sujud syukur kepada-Nya atas pengurniaan kemenangan ini yang telah menidakkan agenda jahat DAP-PH yang mahu dibawa.Moga Allah terus melindungi kita rakyat Malaysia dari dihina dan dizalimi oleh sebuah kerajaan DAP-PH.

_*DSIS*_

Categories: Politic