TARIAN YANG MEMBERIKAN PERSEPSI BURUK KEPADA INSTITUSI PERUNDANGAN

*TARIAN YANG MENCALARKAN SISTEM PERUNDANGAN NEGARA*

Assalamualaikum wbt
13 jumadilAwal 1440H/19 Januari 2019

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

Bukan sekadar menjadi viral dikalangan orang bandar tetapi Orang Asli di Cameron pun tahu menilai soal etika apabila menonton video tarian dalam satu majlis oleh Peguam Negara,Ketua Hakim Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Undang-Undang.

Bukan soal tarian.Ini harus jelas.Di mana-mana sesetengah majlis ada saja tarian.Majlis kawin sekarang pun ada tarian yang bersederhana dan tiada unsur lain.Orang tua kita dulu terkenal dengan joget lambak di kampung.

Cuma video yang memaparkan beberapa individu penting dalam negara yang masing-masing memiliki kedudukan dan tugas-tugas yang harus meletakkan etika itu lebih dari cara kehidupan mereka selagi mereka memegang jawatan seperti Menteri Undang-Undang , Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara.

Tarian itu mungkin tidak salah apabila ianya dilakukan oleh orang lain atau orang biasa yang tidak ada kepentingan tetapi menjadi isu dan tarikan perbincangan apabila melibatkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara(menari ala mabuk),Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum dan Menteri Undang-Undang Datuk Liew Vui Keong.

Lebih menambah kerisauan rakyat apabila diatas pentas itu ada juga seorang aktivis yang selalu menimbulkan kontroversi dan berdepan pelbagai masalah yaitu Siti Kassim menjawab persoalan kenapa Siti Kasim ini kebal sangat selama ini walau berpuluh report keatas beliau berkaitan penghinaan kepada Agama Islam tidak pernah di dakwa atau disiasat.

Rakyat akan menganggap apa saja yang dibawa oleh Peguam Negara sudah pasti akan mendapat kemenangan mudah apabila melibatkan geng mereka yang boleh menari sepentas.Harus diingat walau Tommy Thomas bertugas sebagai Peguam Negara tetapi Tommy Thomas juga ada firma guaman beliau yang masih aktif dan beroperasi.Apakah mana-mana kes dan siapa saja yang menggunakan khidmat guaman Tommy Thomas pasti akan menang dengan mudah dalam apa kes sekali pun dari hubungan baik geng mereka.Apakah ini ada kaitan dalam kes kematian Adib juga apabila sehingga kini mereka yang terlubat masih bebas tanpa tangkapan dan pendakwaan termasuk seorang Exco Selangor.

Sesetengah Teori sebelum ini juga terjawab dengan tarian geng ini bahawa satu perancangan yang cukup rapi dari DAP dalam mengawal sistem perundangan negara untuk objektif dan kepentingan mereka mengubah dan menukar undang-undang yang ada untuk kepentingan Bangsa DAP dan ia telah diterjemahkan oleh mereka dalam usaha meraktifikasi ICERD sebelum ini.Tarian ini juga telah menjawab bagaimana kes LGE yang sedang didakwa di mahkamah pun boleh digugurkan begitu sahaja sebelum perbicaraan berlangsung.

Sistem perundangan seharusnya menjadi satu sistem yang berada pada kedudukan nya yang tersendiri.Etika Hakim dan Peguam ada sempadannya dalam bab sosial walau mereka manusia biasa.Hakim-hakim sebelum ini terpaksa mengorbankan cara hidup mereka hanya kerana kedudukan mereka semasa memegang tugas sebagai penegak keadilan.

Sebelum ini antara slogan yang amat lantang dari kalangan PH ialah memperjuangkan supaya sistem perundangan bebas dari cengkaman politik.Rupanya bebas itu mempunyai maksud berlainan pada pemahaman mereka.Ianya bebas untuk mereka tapi bukan untuk orang lain .Sistem perundangan negara berdepan satu persepsi yang buruk dimata masyarakat hari ini hasil dari terdedahnya tarian ini.

Ada desakan supaya mereka ini meletakkan jawatan demi membersihkan persepsi masyarakat dan rakyat terhadap Sistem Keadilan dalam negara kita.Saya juga merasakan semua mereka ini harus meletakkan jawatan demi membersihkan kotoran yang telah mereka calitkan dalam institusi ini jika mereka merupakan manusia-manusia yang bertanggungjawab.

Rakyat boleh menilai semula apa yang berlaku hari ini.Apa yang terdedah ini bukan didedahkan tetapi saya amat yakin dengan kuasa Allah, satu persatu kebobrokokan yang mereka lakukan sedang dipertontonkan oleh Allah SWT untuk kesedaran rakyat dan masyarakat supaya mengetahui dan insaf dari kesilapan yang pernah rakyat lakukan apabila memilih dan mengangkat satu kerajaan yang mengetepikan martabat Agama Islam.

Kita harus bersatu tanpa mengira agama dan bangsa untuk menolak kerosakan demi kerosakan yang sedang kerajaan PH lakukan.Kemerdekaan dan pembangunan negara yang telah kita bina puluhan tahun jangan dirobohkan kerana ianya bakal mengundang penyesalan yang tidak akan mampu kita kembalikan walau dengan air mata darah sekali pun.

_#bnforcameronhighland_

_WALLAHUALAM_

Categories: Uncategorized