TIADA “DUIT RAYA” – PENEROKA KECEWA DAN RASA TERTIPU.

*TIADA “DUIT RAYA” – PENEROKA KECEWA DAN RASA TERTIPU*ASSALAMUALAIKUM WBT18 Ramadhan 1440H/23 Mei 2019*ISMAIL SABRI YAAKOB**Ketua Pembangkang Malaysia**Naib Presiden UMNO*Kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi YB Dato Seri Mohamad Azmin Ali tiada “duit raya” untuk Peneroka sangat mengecewakan seluruh warga peneroka.Tidak seperti Kerajaan BN sebelum ini walau apa kedudukan kewangan Felda tetap mereka diutamakan terutama dalam keadaan kos sara hidup yang makin meruncing menjelang Syawal.Setidaknya ada sedikit saguhati untuk mereka berbelanja dalam persiapan raya.Ketika pemerintahan BN .Felda mampu memberikan duit raya RM450/500 dan Duit Bonus RM350.Setidaknya jumlah ini mampu meringankan keluarga peneroka menjelang Aidilfitri.Peneroka menunggu-nunggu duit raya kerana memang setiap tahun mereka terima duit raya dan bonus raya.Lebih-lebih lagi di dalam waktu harga sawit yang rendah sekitar RM350 setiap tan untuk buah tandan segar seperti ini mereka sangat mengharapkan pemberian duit raya tersebut.Ditambah dengan kenaikan kos barangan di pasaran menambah perit mereka.Pendapatan mereka hari ini kadang-kadang kurang RM700 dan ada yang hanya berbaki RM50 selepas di tolak hutang, upah ladang, sewa lori, baja dan lain-lain.Dulu sewaktu BN memerintah segala pembayaran hutang ditangguhkan jika pendapatan kurang dari RM1,500 sebulan.Hari ini walaupun pendapatan kurang tapi potongan hutang tetap dikenakan.Saya bersama rakan-rakan pembangkang bawa perkara ini dalam parlimen untuk pihak kementerian mengkaji cadangan supaya menangguhkan potongan hutang jika pendapatan kurang dari RM1,500.Akhirnya Menteri janji untuk tangguhkan pembayaran hutang namun pendapatan mereka tetap dipotong untuk pembayaran hutang.Jika diikutkan janji Pilihanraya 14 PH berjanji untuk hapuskan hutang.Namun sekarang bukan sahaja hutang tidak dihapuskan tapi pendapatan kurang RM1,500 pun hutang tetap dipotong.Bagi peneroka yang sedang tanam semula.Pinjaman Sara Hidup sewaktu Kerajaan BN sebanyak RM1,500 sebulan.Walaubagaimana pun kadar tersebut dikurangkan kepada RM1,000 selepas PH ambil alih pemerintahan.Difahamkan ada cadangan untuk kurangkan kepada RM750.Saya membangkitkan isu ini dalam parlimen supaya kekalkan RM1,500 sepertimana sebelum dan Menteri Ekonomi di dalam membentangkan Kertas Putih telah berjanji untuk menaikkan semula kepada RM1,500.Namun sehingga hari ini masih kekal RM1,000.Tiada tindakan segera dari kerajaan PH dalam melaksanakan apa yang sudah mereka janjikan.Bukan itu saja malah ada potongan lain seperti untuk keceriaan kampung dan lain-lain menjadikan baki RM900 sahaja.Bagi peneroka yang menanam semula dengan Technoplant sebuah anak Syarikat Felda, pendapatan mereka terjejas kerana kegagalan Technoplant menguruskan ladang dengan baik.Kegagalan tersebut menyebabkan hasil ladang makin berkurang.Menteri hanya beri sedikit harapan berkaitan Pinjaman Sara Hidup dan Bayaran Pendahuluan Hasil tetapi ianya masih tidak dapat mengembirakan peneroka yang semakin tertekan berdepan persiapan raya yang tidak lama lagi.Alasan kedudukan kewangan negara yang tidak mengizinkan untuk diberikan “duit raya” merupakan alasan yang tidak dapat diterima oleh peneroka.Seperti ada sesetengah pendapat jika BN masih memerintah pada hari ini sudah pasti akan ada duit raya walau apa kedudukan ekonomi negara.Kenapa BN boleh bagi?Kerajaan yang dikatakan rasuah boleh bagi “duit raya” tapi kerajaan yang kononnya bersih tak mampu bagi “duit raya”.Sudah jadi terbalik.Sepatutnya kerajaan yang rasuah yang tak mampu kerana hasil Felda dijaras dan di rompak.Mana lagi ada duit untuk diagih.Tapi sebaliknya berlaku.Kerajaan yang tak rasuah (kononnya) tapi tak mampu bagi “duit raya”.Siapa perompak sebenar ni?Kesimpulannya. Peneroka telah melakukan kesilapan yang besar apabila memilih PH.Janji untuk menghapuskan segala hutang sangat mempersonakan peneroka.Namun harga sawit terus rendah dan tiada polisi jangka pendek untuk bantu peneroka ,pendapatan terus dipotong walaupun pendapatan rendah.Tambah menyedihkan duit raya dan bonus yang diterima setiap tahun masih seperti di dalam mimpi yang tak menjadi nyata.Walau apa pun saya dan barisan pembangkang tetap akan berjuang tanpa henti untuk peneroka sehingga kerajaan memulangkan hak yang seharusnya diberikan kepada peneroka.Kekadang setiap dugaan itu datang untuk menyedarkan kita akan kesilapan kita untuk selepas ini kita tidak lagi melakukan kesilapan sama dengan mempercayai kerajaan yang hanya pandai bercakap sebelum menang dan khianat selepas mendapat mandat._*DSIS*_

Categories: Politic