UGUT TOK BATIN PENGHINAAN PH TERHADAP SELURUH MASYARAKAT ORANG ASLI

*UGUT TOK BATIN PENGHINAAN PH TERHADAP SELURUH MASYARAKAT ORANG ASLI*.

*ASSALAMUALAIKUM WBT*

*ISMAIL SABRI YAAKOB*
*NAIB PRESIDEN UMNO*

Nampak senang menjadi pemimpin PH.Buka sahaja mulut pemimpin mereka terus fitnah dan ugut.Selepas ditentang dan dikritik terus mintak maaf.Apakah rakyat hari ini sedang dibiasakan oleh pemimpin kerajaan PH ni dengan budaya cakap dulu lepas tu minta maaf?

Penghinaan demi penghinaan dilakukan pemimpin PH.Terdahulu calon DAP Cameron Highland sendiri menghina Orang Asli dengan menyatakan orang Melayu tidak membeli kueh Orang Asli.Keadaan ini tidak berlaku kerana Orang Melayu menghadiri kenduri kahwin masyarakat Orang Asli dan lain-lain majlis yang dijemput oleh Orang Asli.

Saya cukup yakin kenyataan tersebut keluar dari mulut Calon DAP ini kerana DAP sendiri tidak pernah mengenali masyarakat Orang Asli dan sentiasa memandang hina kepada Orang Asli.

Penghinaan kedua amat mengejutkan saya apabila melihat sendiri video ucapan yang jelas mengugut Tok Batin kaum Orang Asli ini yang dilakukan tanpa rasa bersalah oleh seorang Senator PH Bob Manolan.Sepatutnya Senator ini amat faham dengan sensitiviti kaum mereka kerana beliau juga berasal dari Kaum Orang Asli dan mewakili Komuniti Orang Asli di Dewan Negara.

Tok Batin adalah orang yang paling dihormati dalam Masyarakat Orang Asli.Tok Batin menjadi penjaga kepada soal adat istiadat Orang Asli malah menjadi Hakim Mahkamah Adat Orang Asli.Mengugut Batin merupakan satu penghinaan kepada seluruh masyarakat Orang Asli.

Jika dulu Pakatan Harapan inilah yang menjaja istilah “Kebebasan Bersuara” atau Kebebasan Rakyat” untuk memilih.Kempen kebebasan ini ditujukan terus kepada penjawat awam agar jangan sesekali merasa takut untuk mengundi Pakatan Harapan pada PRU14 lepas atas alasan ianya hak dan rahsia individu.Dari kempen itulah ramai penjawat awam menyokong pembangkang kepada Kerajaan BN sebelum PRU 14 yang lepas.

Ketika Kerajaan BN mengetahui kempen ini dijalankan tidak pula ada pemimpin BN mengugut penjawat awam untuk memecat atau tidak membayar gaji kakitangan kerajaan ketika itu walhal kita tahu ramai kakitangan kerajaan secara terbuka dan tidak terbuka menyokong PH.

Di bawah JAKOA sebelum ini pun kita tahu ada Tok Batin yang tidak menyokong Kerajaan tetapi elaun dan gaji mereka tidak sekali pun tertangguh apatah lagi mahu mengugut untuk memecat mereka.

Kerajaan BN memberikan BR1M,Bantuan Baja untuk Petani,Bantuan Persekolahan,Bantuan Pekebun Kecil,Bantuan Sara Hidup Nelayan dan pelbagai lagi bentuk bantuan tanpa mengira fahaman politik kepartian.Kita Maklum bahawa sebilangan dari penerima Bantuan Kebajikan Masyarakat setiap bulan merupakan penyokong parti pembangkang ketika itu tetapi tidak sekali pun Kerajaan BN mengugut penerima Bantuan Kebajikan Masyarakat ini supaya mengundi dan memangkah BN dalam PRU.

JAKOA merupakan agensi di bawah Kementerian saya satu ketika sebelum PRU 14.Banyak perkara-perkara yang kita pelajari terutama dari segi istilah “Tok Batin” itu sendiri.”Tok Batin” merupakan satu bentuk jawatan yang bukan dilantik oleh agensi atau kerajaan.Ia merupakan satu pangkat dari keturunan dan ianya melalui proses tersendiri dalam komuniti Orang Asli.Kita hanya membayar gaji mereka untuk memastikan komuniti Orang Asli ini terus berada dibawah pemantau kita diperingkat Kementerian dan Kerajaan.

Jika Bob Manolan dalam ucapan beliau mengugut Tok Batin maka ianya satu penghinaan kepada satu sistem yang telah lama diamalkan dan yang telah lama ada dalam adat komuniti Orang Asli itu sendiri.

Jelas Bob Manolan merupakan Wakil Orang Asli yang lupa kepada tanggungjawab beliau sebagai wakil Orang Asli yang diangkat oleh PH.Jelas Bob Manolan seorang Senator yang telah gagal membawa suara Kaum Orang Asli di Dewan Negara.Jelas Bob Manolan merupakan seorang Senator yang menderhaka kepada seluruh bangsa ibunda beliau sendiri apabila menghina Tok Batin.

Penghinaan Bob Manolan ini tidak boleh dimaafkan oleh seluruh Kaum Orang Asli.Ini kerana Bob Manolan telah membayangkan kepada pengundi Cameron Highland secara jelas akan perangai DAP.Mereka sanggup lakukan apa saja demi kemenangan DAP.Mereka sanggup menjadi musuh kaum sendiri demi DAP.Mereka sanggup menjadi samseng kerana DAP dan mereka sanggup mengugut dan menghina kaum sendiri demi DAP.

Justeru itu saya berharap supaya Orang Asli tidak perlu takut untuk mengundi dan memangkah Wakil Orang Asli yaitu Calon Orang Asli yang mewakili BN untuk bersuara di Dewan Rakyat.Selepas Calon BN ini menang maka secara rasminya seorang wakil seluruh Komuniti Orang Asli di Malaysia akan diperjuangkan di dalam Dewan Rakyat.

Soal bayaran gaji Tok Batin bukan kuasa parti tetapi tanggungjawab sebuah kerajaan pemerintah.Tidak kira parti mana yang menjadi kerajaan ,gaji Tok Batin harus dibayar sebagai wakil kerajaan disetiap kawasan Orang Asli.

Wassalam.

Categories: Uncategorized