ULANGTAHUN KE 73 UMNO

Assalamualaikum wbt..

*Selamat Menyambut Hari Ulangtahun UMNO yang ke-73.*

UMNO adalah perjuangan. Ahli UMNO telah bersedia mengharungi segala cabaran demi membina kembali negara yang luhur ini. Saya ingin mengucapkan syabas atas jasa-jasa kalian yang tidak pernah terhenti menyambut perjuangan sebenar parti keramat ini.

Semangat Perjuangan Parti Keramat UMNO tidak akan luntur dengan segala retorik-retorik Pakatan Harapan. UMNO tidak akan berdiam apabila harapan rakyat terabai dan nasib rakyat tidak lagi terbela. Sehingga kini UMNO sentiasa berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira kaum dengan membawa prinsip menjulang agama, bangsa dan negara.

UMNO terus berbakti kepada rakyat. Kemenangan UMNO didalam PRK Cameron Highland, Semenyih dan Rantau membuktikan bahawa UMNO adalah suara rakyat yang sebenar. Rakyat mengharapkan UMNO untuk membela kembali nasib mereka; petani, peladang, nelayan, penduduk pedalaman, peniaga, belia dan seluruhnya.

Kita telah mengambil sebuah langkah yang besar menjalinkan kerjasama bersama parti PAS demi mengukuhkan Perpaduan Ummah kerana kita tidak mahu umat Islam berpecah belah.

UMNO adalah parti yang menjaga perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan :

1) Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.

2) Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

3) Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

4) Soal berkaitan kerakyatan.

Kita tidak akan membiarkan agenda-agenda seperti Ratifikasi ICERD, STATUT ROME, Pindaan Perlembagaan dan agenda-agenda terselindung mengganggu gugat keamanan negara yang tercinta.

UMNO dibina dengan penuh kepayahan, kewibawaan untuk membentuk sebuah kerajaan yang merdeka. Jasa UMNO juga terlalu besar untuk kita biarkan parti keramat ini musnah oleh kerana retorik-retorik yang dibawa oleh Pakatan Harapan.

Semoga perjuangan UMNO dirahmati Allah SWT hendaknya, InsyaAllah.

*DSIS*

Categories: Politic